Bab 22

385 38 10
                                    

Aku hanya berdiam mendengar cerita Anna. Tak sangka sampai jadi begitu sekali.

Qasha..

"Kenapa you tak bagitau pun I tadi?" Tanya Azim.

"Masa tu I tak terdaya nak bagitau. Otak I macam tak berfungsi nak hadam semua ni. I.. I.."

"Dah dah takpe. Sekarang ni kita kena cari dulu Qasha sampai dapat. Lepas tu baru kita fikir macam mana nak keluar dari tempat celaka ni." Aku dah serabut kepala otak. Ahh macam-macam dah jadi ni!

Kami berlima turun tangga ke bawah. Azim paling hadapan. Diikuti Anna, Aku, Afiq dan Sabrina. Ya Sabrina paling belakang kerana aku dan Afiq telah berebut untuk duduk ditengah. Huhu

Mata aku meliar tengok kiri kanan. Lilin yang dipegang Sabrina sudah lama padam. Mujur Azim dan Anna ada membawa 'torchlight' bersama semasa datang ke sini.

"Wei Jim. Kau janganlah suluh sana sini sangat. Kang tersuluh benda bangang nanti tak ke naya kita." Afiq menegur.

"Tulah, ni pun dah rasa seram sangat dah ni." Aku mengosok leher.

"Uisyh mulut jangan celuparlah!" Anna menampar bahu aku.

"Pulak.. aku sebut seram pun celupar? Lainlah kalau aku sebut han.."

"Jangan sebutlah!!" Anna menekup telinga pantas. Beria sungguh! Haha

"Fokus wei.. kang terlepas pulak Qasha nanti." Azim masih menyuluh ke setiap arah. Kami masih berjalan menyusuri lorong bilik-bilik tersebut.

***

"Wei Jim, kau tak rasa ke kita kena pergi balik tempat first kita berkumpul dulu?" Afiq mula bertanya sewaktu kami mengambil nafas berehat sebentar sebelum meneruskan pencarian.

Penat weii, bukan main besar rumah ni kami geledah. Langsung tak ada bayang si Qasha tu!

"Nak buat apa?"

"Manalah tau, kot-kot Qasha kena sorok kat situ ke. Kan punca problem dia kat situ.."

"Betul jugak tu Jim. Kita jumpa benda tu kat sana. Aku rasa Qasha ada dekat situ." Aku menyokong.

"Tapi bukan kita dah geledah ke tadi kat situ? Takde kan?" Anna mula menyampuk.

Kami terdiam seketika. Betul jugak. Kalau diikutkan, lebih 5 kali kami berpusing disitu. Tapi tetap tak jumpa.

Tapi firasat aku kuat mengatakan dia ada kat situ!

"Mungkin Qasha ada dekat situ, tapi.. kita yang tak nampak dengan mata kasar?"

"Macam mana pulak tu? Kalau nak cakap pasal mata, kau kan boleh nampak benda halus? Kenapa kau tak nampak dia kat sana tadi?" Pertanyaan Azim buatkan aku terdiam sejenak. Betul jugak. Kenapa aku tak nampak?

"Sab? Kau nampak dia tadi?" Aku memandang Sabrina yang asyik terdiam dari tadi.

"Aku? Kenapa aku?"

"Aku tau yang kau pun boleh nampak benda halus ni. Dari kita start main tadi aku tahu yang kau boleh nampak benda tu, kan?"

"You pun boleh nampak Sab?" Anna sedikit terkejut.

"Eh macam mana kau boleh tau Lip?" Afiq memandang aku semula meminta kepastian.

"Dari start tadi aku perasan yang Sab ni boleh nampak apa yang aku nampak. Contoh time kita main game tadi, aku nampak ada benda yang sentiasa ada disekeliling kita. Aku pandang benda tu, Sab pun pandang sekali. Siap tersenyum scary lagi. Lagi satu part masa korang nampak aku berlari kat satu bilik tu, masa turn aku bercerita tu kan. Ingat tak?"

HYAKU MONOGATARIWhere stories live. Discover now