Bab 2

9.2K 608 33
                                    

Farish memandang sekeliling. Begitu nyaman pagi ini. Matanya dipejam rapat. Menikmati angin pagi yang menyapa lembut pipinya. Earphone di telinga kini mendendangkan lagu Canon in D. Alunan violin dan pianonya memang sesuai dengan suasana nyaman ini.

Namun, masih lagi ada kerjanya yang belum selesai. Rambutnya yang sedikit panjang itu ditolak kebelakang. Niatnya memang hendak memotong rambut, tapi sering saja dia terlupa. Jadi cekak hitam sentiasa dibawa, takut jika diperlukan.

Farish berfikir sejenak, wajahnya kosong memandang sekeliling. Siapa yang harus dikejutnya dahulu?

Pasangan 'monyet' kembar yang terbungkang di atas lantai?

Atau Si ' Sleeping Beauty' yang tidur matinya hanya 'Beast' yang sedang berada di atas katil itu saja yang boleh mengejutkannya?

Farish berfikir lagi. Tak gunanya kejutkan si tidur mati itu. Jadi dia mengambil keputusan untuk mengejut pasangan monyet tersebut. Bantal keras milik Syafiq si Beast di ambil.

Matanya tajam merenung wajah Dani. Jika dia bangunkan abangnya, pasti adiknya akan turut terjaga.

Dengan bacaan bismillah dalam hati, Farish membaling kuat bantal tersebut.

Bulleyes!

Tepat mengenai wajah Dani! Tidak sia-sia dia mewakili sekolah dahulu dalam pertandingan bola baling.

Dan sebagai bonus, Dani dengan tidak sengajanya tersiku tepi bibir adiknya kembarnya, Danish dan menyebabkan Danish segera terduduk dengan matanya yang terbeliak.

" Ouch!" Danish memandang tajam wajah abangnya. " Kenapa kau siku aku?"

" Not my fault! Kau tanya Far! Dia campak bantal batu Syafiq dekat aku!" Dani menjerit apabila Danish mula menyalahkan dirinya.

" Go and take a bath, will you?" Farish dengan muka tidak bersalah dan tiada riaksinya mengambil kembali bantal yang telah dicampak. Bantal keras tersebut digemburkan kembali. Kini dia cuba untuk baling kuat ke wajah Ariffin. Tapi tiada sebarang respon diberi.

" Kau memang suka gunakan kekerasan untuk kejutkan kita orang bangun." Dani dan Danish serentak merungut. Lihat sajalah dia. Dengan wajah poker face nya itu, boleh dia menampar kuat pipi Syafiq supaya dia bangun dari tidurnya

Malas hendak melayan cara Farish mengejutkan yang lain, mereka bergegas mengambil tuala yang tersidai lalu menuju ke bilik mandi yang berasingan.

" Oii! Sakit lah!" Syafiq lantas bangun dari tidurnya lalu mencampakan bantal kerasnya ke arah Ariffin.

Tak semena-mena Ariffin yang dihukum atas kesalah yang dibuat oleh Farish. " Aku ingat Finn yang tampar aku." Syafiq terpinga-pinga memandang Farish yang berada di hadapannya.

" No, Ariffin is still asleep."

" So, kau yang tampar?" Farish mengangguk dengan muka tidak bersalahnya.

" Please jangan buat muka poker face kau dengan aku sedangkan kau yang bersalah dalam hal ni." Syafiq merungut. Farish hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Geram pula rasanya apabila mempunyai kawan yang memang tidak reti hendak membuat riaksi wajah pada muka. " Fine, aku kejutkan Ariffin."

Tengok, siapa yang lagi kejam sekarang. Syafiq ataupun Farish? Cara Syafiq mengejutkan Ariffin lah perkara yang paling Farish tidak mahu tahu sekali dalam dunia ini.

Betapa tidur matinya si Ariffin sedangkan Syafiq mengheret tubuhnya juga dia masih tidak terjaga.

Farish hanya mempu menggelengkan kepalanya. Malang sungguh nasibnya mempunyai sahabat yang pelik-pelik perangai masing-masing. Walhal dia sendiri tidak sedar, bahawa perangai dia lah yang paling pelik sekali diantara mereka berlima.

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now