Bab 21

5K 431 13
                                    


     Farish menghembus nafas perlahan sebelum dia melangkah masuk ke dalam perkarang hospital. Jantungnya tiba-tiba saja berdegup laju. Sudah lama dia tIdak menjejakkan kakinya ke sini.

    Sejak kejadian 'itu'.

    Langkah Farish kini semakin dekat dengan pejabat yang hendak dituju. Namun sepanjang perjalanannya, dirinya tidak lekang denagn pandangan kesemua ada yang di situ.

    " Hensem gila weyh dia tu!"

    " OMG! Foreigner ke weyh?! Seriously cool gila!"

    " Ya Allah, kenapa dia tu hensem sangat?!"

    Farish melajukan langkah memandangkan tempat yang paling banyak orang adalah tempat yang paling dia tidak gemari.

    Sampai saja dipejabat yang dituju, sekali pintu diketuk, tanpa undangan masuk Farish lantas menarik pintu lalu terus masuk ke dalam pejabat. 

   " Wow, such a nice manners you have there."

    " Things happen. Let it slide and act like it was an accident." Ujar Farish sambil mengambil tempat di hadapan doktor tersebut. 

    Doktor Yani hanya mampu tersenyum kecil. Dia kenal benar dengan perangai Farish. Jadi dia sedikit pun tidak kesah. " Ingatkan dah tak tahu jalan datang sini lagi."

    " I forgot. I asked the front desk earlier." Jawab Farish selamba. 

    Doktor Yani tergelak kecil. Farish sememangnya terkenal dengan mulut jahatnya. Jika mulutnya tidak begini, maka bukan Farish lah nama lelaki ini. " So, apa masalah awak kali ni?"

    " A dream."

   " Mimpi?"

   " About a girl. And her fiancee."

   " Then?"

    " The fiancee died."

    Doktor Yani segera terdiam seketika. Tak lama kemudian, dia kembali bersuara " Mungkin cuma mimpi biasa je. Tak ada yang istimew-"

    " Aku mimpi pasal perempuan ni tiga bulan berturut-turut. Dari dia lahir sampai tunang dia meninggal, aku tahu semuanya tentang dia. Masih tak istimewa lagi?"

    Ujaran lembut tapi dingin Farish sekali lagi membuatkan Doktor Yani terkesima seketika. Apa yang dikatakan oleh Farish tadi seolah-olah tidak masuk akal. Mana mungkin seseorang boleh mendapat mimpi yang sebegitu?

    " Don't play dumb with me, Farish. Saya tak ada masa nak ma-"

    " Aku pun tak ada masa nak datang main-main dengan kau."

    Doktor Yani mengetap giginya kuat. Farish bukanlah jenis orang yang datang sesuka hatinya. Pasti bersebab. Dalam kamus hidupnya, seoalah-olah tidak ada huruf 'sengaja'. " Dia tahu lelaki ini sedang serius. Lebih-lebih lagi apabila dia kini berbicara dalam bahasa melayu.

    Sama seperti ibunya.

    " Ceritakan pada saya. Dari mula sampai akhir."

    " Tiga bulan lepas, aku mimpi pasal dia. Mula-mula, pasal kemalagan. Then, about her life story. And it goes on and on, non stop. Sampaikan ada satu masa, mimpi pasal kemalangan tu asyik berulang."

   Catatan yang dicatit oleh Doktor Yani terhenti seketika. Sesekali, wajah Farish dikerling. " Kenal siapa perempuan tu?"

    Farish lantas menggeleng kecil. " Not a clue. But I think..." Dia ingin mengatakan bahawa dia sepertinya pernah bertemu pasangan tersebut. Namun, niat tersebut dihentikan. " No, never know them."

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now