BAB 5

113 5 0
                                    

"Nek Bi... Saya dah mandikan dan siapkan cucu Nek Bi... Nek Bi ingat ya suruh anak Nek Bi tu untuk berpantang... Empat puluh hari... Kalau tak ada apa-apa lagi... Saya balik dulu lah ya..." Ujar Bidan Tini selepas menyerahkan bayi itu kepada nenek kandungnya sebelum meminta diri untuk pulang terlebih dahulu .

"Ha iyalah... Terima kasih Bidan Tini... Sudi bantu anak aku melahirkan... Hanya tuhan sahaja lah yang dapat membalasnya... Pasal pantang tu Bidan Tini janganlah risau... Tahulah ibu dia ni nak buat apa... Sebelum terlupa sesi mengurut tu bermula bila ya..." Tanya Nek Bi .

"Maaf Nek Bi... Bukan apa...?? Saya tak boleh la nak mengurut anak Nek Bi tu... Sebab mulai minggu depan saya nak kena ikut anak lelaki saya tu berhijrah ke sabah... Maaf sangat-sangat ya Nek Bi..." Ujar Bidan Tini serba salah .

Sebenarnya bukan itu tujuannya tapi nyata Bidan Tini takut andai dia akan dipersalahkan kerana telah menukar cucunya dengan anak orang lain .

"Oh tak apa lah kalau macam tu..." Jawap Nek Bi agak sedikit kecewa .

"Kalau tak ada apa-apa saya balik dulu lah ya..." Pinta Bidan Tini mengundurkan diri .

Nek Bi hanya mengangguk perlahan dan menghantar kepergian Bidan Tini melalui ekor matanya sahaja .

😱😱😱

Nek Bi duduk termenung sambil memangku cucu kandungnya .

Nek Bi masih teringat lagi sewaktu Nek Bi ingin memanggil bidan daripada kampung sebelah beberapa jam yang lalu .

Sewaktu basikal yang di kayuh oleh Nek Bi terlanggar sebuah batu kecil yang berada di atas jalan raya .

"Aduh... Sakitnya... Tolong...!! Tolong...!! Ada siapa-siapa tak...!!?? Tolong...!! Tolong Nek Bi...!!" Jerit Nek Bi meminta tolong .

"Ya Allah...!! Nek... Nenek tak apa-apa ke...??" Tanya seorang pemuda lelaki sambil mengangkat basikal yang telah menghempap Nek Bi .

"Nenek tak apa-apa cu... Tolong bantu nenek boleh... Cu tolong panggilkan Bidan Tini daripada kampung sebelah... Anak nenek nak bersalin..." Pinta Nek Bi lemah .

"Boleh Nek... Lagipon Bidan Tini tu mak saya..." Ujar pemuda lelaki itu ramah sebelum membantu Nek Bi untuk menuju ke rumahnya .

"Ibu...!! Ibu...!! Ibu...!!" Racau Fara di dalam tidur membuatkan Nek Bi tersedar daripada lamunan panjangnya .

"Fara...!! Fara...!! Fara kenapa ni sayang...!!??" Nyata hati kecil Nek Bi risau apabila melihatkan anak perempuannya itu yang tiba-tiba sahaja meracau tak bertempat .

"Abang Farid...!! Abang Farid...!! Abang Farid...!!" Jika tadi Fara memanggil nama ibunya . Kini Fara memanggil nama suaminya pula .

Entah apa yang telah dimimpikan oleh Fara Nek Bi pun tidak tahu .

"Fara...!! Fara...!! Bangun Fara...!! Ibu ada ni...!! Suami Fara dalam perjalanan... Fara...!! Fara sayang...!! Bangun Fara...!!" Kejut Nek Bi sehingga membuatkan Fara tersedar daripada mimpi buruknya itu .

"Haaaa... Ibu...!! Fara takut...!! Fara takut...!! Haaaaaa...!!" Tangis Fara sebaik sahaja terjaga daripada tidur lenanya .

"Fara takut apa sayang...?? Ibu ada ni... Suami Fara pun sekejap lagi sampai... Ibu sudah hubungi suami Fara tadi... Fara jangan takut sayang..." Pujuk Nek Bi lembut .

Nyata riak wajah wanita tua itu bertambah risau apabila melihatkan keadaan anaknya yang sedemikian rupa .

"Ibu Fara takut ibu...!! Fara takut...!! Ibu...!! Tadi Fara mimpi...!! Kalau ada orang tukar anak Fara...!! Fara takut ibu...!! Fara takut...!!" Tangisan Fara bertambah kuat .

"Fara sayang... Fara tak perlu takut... Sebab... Anak Fara ada dengan ibu ni... Lagi tidur di pangkuan ibu... Daripada tadi lagi anak Fara ada dengan ibu... Tak de siapa pun nak ambil anak Fara ni..." Pujuk Nek Bi juga lembut lalu meletakkan cucunya itu di atas ribaan anak perempuannya .

Mendengarkan itu nyata riak wajah Fara berubah menjadi lega .

"Ya Allah... Busuknya anak Fara ni ibu..." Ujar Fara apabila memegang badan anaknya .

"Cuba Fara cek... Takut-takut berat ke...?? Apa ke...??" Arah Nek Bi lembut .

"Ya Allah patutlah anak ibu ni busuk semacam je... Berak rupanya..." Ujar Fara penuh sifat keibuannya .

"Oh berak ke...?? Meh sini nenek dia cuci..." Pinta Nek Bi lembut .

"Tak pe lah ibu... Ibu rehat aje... Lagipon ibu mesti letihkan sebab jaga Fara semalaman... Biar Fara je yang cuci..." Balas Fara menolak pelawaan daripada ibunya lalu berjalan perlahan ke arah bilik air .

Ketika membuka lampin pakai buang yang di pakai oleh anaknya itu .

Alangkah terkejutnya Fara apabila mengetahui kalau jantina bayi yang dikendongnya itu ialah perempuan dan bukannya lelaki seperti mana yang telah diberitahu oleh Bidan Tini selepas dia melahirkan anaknya semalam .

"Ibu...!!"

😱😱😱

Alamak...


Apa reaksi Fara apabila mengetahui kalau jantina anaknya telah bertukar...


Kalau nak tahu tunggulah update seterusnya ya...




Jangan lupa BACA, KOMEN dan VOTE sekali ya...

Btw congrates Dayang Nurfaizah - Lelaki teragung sebab menang #AJL31 ...

Bak kata Pak Ngah...


Awesome...



Tq...

JODOH CINTA MONYET (SORRY MUNGKIN LAMBAT UPDATE JUST TUNGGU JE...)Where stories live. Discover now