Bab 48

3.6K 176 11
                                    

Natalia Adawiyah duduk di kerusinya.

"Heyy Nat. Hannah mana? "Tegur Cindy.

Natalia Adawiyah memandang sepi tempat duduk di sebelahnya. Tempat yang sepatutnya diduduk oleh Hannah. 

"Entahlah. "Ringkas saja jawapan Natalia Adawiyah.

"Entah kau kata? Kawan baik kau kan? Ke korang gaduh? "Soal Cindy.

"Eh taklah! Mana ada gaduh. Entahlah. Saya pun tak tahu kenapa sejak akhir ni dia kerap tak datang. Saya cuba hubungi dia tapi tak dapat. "Terang Natalia Adawiyah.

Dia benar benar tidak tahu ke mana sahabatnya itu pergi menghilang. Hannah makin menjauhkan diri. Setiap kali Hannah datang ke sekolah, dia akan bertindak seperti tiada apa. Puas Natalia Adawiyah bertanya kenapa.

"Eh.. Mana boleh entah. Kau kena pujuk dia datang sekolah. Ini sem akhir ni. Lagi sikit saja kita nak habis form six ni. "Pujuk Cindy. Cindy sememangnya seorang yang sangat prihatin.

"Okey Cindy. Saya akan cuba. "Natalia Adawiyah mengukirkan senyuman.

"Bagus. Good luck! "Cindy menyetuh bahu Natalia Adawiyah sebelum berlalu pergi.

*****

Natalia Adawiyah menuruni anak tangga. Kelihatan Danial Akmal melintasi dirinya. Dia terus mengekori Danial Akmal. Tiada senyuman yang terbit di sebalik wajah tampan lelaki itu.

Sejak ibu sakit, Danial Akmal banyak menghabiskan masa di kampung. Danial Akmal memberi perhatian penuh kepada ibu. Apabila ibu ada janji temu dengan doktor, Danial Akmallah yang bertanggungjawab membawa ibu.

Kaki mereka terus melangkah ke tempat letak kereta. Danial Akmal terus menunju ke keretanya.

"Danny. "Tegur Natalia Adawiyah.

Danial Akmal menghentikan langkah. Dia terus berpaling ke arah Natalia Adawiyah.

"Jangan lupa senyuman awak. "Pesan Ntalia Adawiyah.

Perlahan lahan otot otot di muka Danial Akmal bergerak membentuk senyuman di wajahnya. Senyuman itu tidak lama. Hanya beberapa saat saja, Danial Akmal menundukkan kepalanya kerana tidak tahan untuk terus senyum.

Danial Akmal membuka pintu kereta. Beg sekolahnya di letakkan di tempat bahagian sebelah pemandu. Setelah memakai tali pinggang, dia terus menekan minyak dan berlalu pergi. Natalia Adawiyah di luar sempat melambai ke arah Danial Akmal. Natalia Adawiyah menahan sedih.

Natalia Adawiyah pura pura senyum gembira. Setelah kereta Danial Akmal meluncur meninggalkannya, terus saja matanya berkaca. Natalia Adawiyah terus masuk ke dalam kereta miliknya. Kereta yang di hadiahkan oleh mamanya beberapa bulan yang lalu.

Sejak dia miliki kereta sendiri, dia tidak lagi ke sekolah bersama Danial Akmal. Datin Rozana menyuruh dia terus menaiki kereta dengan Danial Akmal, tetapi dia menolak. Bukan dia tak sudi, tapi dia tahu Danial Akmal mahu bersendirian selepas sekolah.

Air mata Natalia Adawiyah jatuh dengan deras. Dia rindu lelaki itu. Dia rindu senyuman lelaki itu. Da rindu sangat. Natalia Adawiyahh segera menghidupkan enjin kereta. Dia tak mahu dirinya dilihat oleh rakan rakan lain.

Terus saja Natalia Adawiyah memecut meninggalkan perkarangan sekolah.

Sebaik saja dia beredar, mula mulut mulut berkata kata.

"Weyy. Dia gaduh dengan Danny ke?" Kata seorang pelajar di situ.

"Agaknyalah. Pergi sekolah pun dah tak sama. Kalau tak dulu asyik berkepit saja. "Rakannya di sebelah juga mula bergosip.

"Tadi perasan tak, Natalia nangis wey. Sahlah tu. Sah mereka sedang gaduh. "Semakin rancak perbualan mereka.

"Gaduh sebab apa ye? Sebab Tania ke Rayyan ye? Sebab Tania pun dulu gedik mengaku Danny tu konon pakwe dia lah. "

"Kan.. Rayyan pula selalu suka berkepit dengan Natalia Adawiyah. Haaa.. Tu kot kemungkinan mereka gaduh. "

"Kalau mereka gaduh, mereka akan putus kan?? Jadi Danny akan single kan? "

"Haa kau dah kenapa kalau Danny single? "

"Bolehlah aku usyar dia. "

"Amboi engkau. Gatal! "

"Eh biarlah. Siapa aje yang tak suka dapat kekasih hati yang kacak, bergaya, bijak. Huuu. Mr Perfect! "

"Ehem. "Tiba tiba saja ada orang berdehem daripada belakang.

Rupanya itu Cindy. Cindy, Zati dan Mia dari tadi mendengar perbualan mereka.

"Oh.. Nak pakwe macam Danny. "Kata Cindy.

"Pandai kau buat cerita pasal mereka ye. "Zati pula bersuara.

"Err... "Dua orang pelajar tadi dah hilang kata.

"Sedap mulut korang aje buat futnah kan. Tak takut dosa ke? "Giliran Mia pula.

Terus saja dua pelajar itu mengangguk laju.

"Tahu takut. Lagi sekali aku dengaq, siap hang. "Amaran mia.

"Mu kalo sero nok make penumbuk aku, mu royak lah deh. Nanti aku bagi. "Kini giliran Zati pula memberi amaran

Zati, Mia dan Cindy terkenal dengan kehebatan mereka dalam sukan taek won do.

"Dah dah. Aku nak kau bla. Kalau lagi sekali aku dengar kau buat fitnah, siap korang. Dah blah! "Cindy menengking mereka.

Dua pelajar itu dengan segera berdar dalam keadaan takut.

"Haa tahu takut. Tu baru Cindy cakap. Dia belum start keluarkan lagi kekuatannya, ini mau Cindy jentik, terus dia teerkencil. "Galak zati gelak.

Mia pun turut gelak.

"Pandai kau bodek. Aku bukan apa. Natalia tu Kawan kita. Lagi pun aku tak suka dengar gosip gosip ni. "

"Betul! "Serentak Mia dan Zati jawab.

Tanpa mereka sedar rupanya ada mata yang memerhati daripada tadi. Mata itu milik Rayyan. Rayyan dalam diam berterima kasih kepada kumpulan itu. Kalau bukan mereka, paati berita palsu ini akan tersebar, dan pasti Natalia Adawiyah akan sedih. Dia tak sanggup melihat Natalia Adawiyah terus sedih.

P/s:hello reader! Cerita ni dah nak masuk klimaks dah ni. Lagi sikit je. Macam mana bab kali ni. Hubungan Danny dengan Lia tak berapa okeylah. Hubungan Lia dan Hannah pun tak okey. Mana Hannah menghilang? Rayyan pula macam mana? Sofia masih dengan Farid ke? Tunggu. InsyaAllah Nana akan siapkan sebelum cuti sem saya berakhir. Sebab nanti dahh masuk sem, mmg saya akan sibuk utk menulis. Okeyy jumpa lagi. Oh ye. Jangan lupa komen, Nana suka baca komen komen korang. Ada yang emo. Ada yang macam macam lah. Komen tau. Huhu

Encik Crush, aku disini!Where stories live. Discover now