Natalia Adawiyah memandu keretanya dengan cermat. Keretanya memasuki perkarangan sekolah. Dia memakirkan kereta. Selang beberapa saat, kereta Danial Akmal tiba. Kereta itu diparkir di sebelah kereta Natalia Adawiyah. Natalia Adawiyah hanya memandang sepi Danial Akmal yang keluar daripada kereta.
Sejak dia sudah tidak menaiki kereta bersama Danial Akmal, dia merasa sangat kosong. Sunyi. Dia rasa dirinya semakin jauh dengan Danial Akmal. Bermacam memori yang dia telah cipta bersama jejaka itu semenjak dua tahun yang lalu.
Masih segar diingatannya saat dia mengetahui yang Danial Akmal merupakan adik Diana. Dan dia masih ingat saat pertama kalinya dia berjumpa dengan Danial Akmal.
Waktu itu dia baru sahaja usai membeli makanan di pasar malam bersama kak Rina.
"Kak.. Lia tunggu di kereta ye. Rasa lemas pula ramai orang ni." Kata Natalia Adawiyah.
"Okey.. Hati hati tau. Akak nak beli air tebu dan kebab pula ni. Nanti akak datang. "Jawab Rina.
Natalia Adawiyah sekadar menganggukkan kepalanya. Dia melangkah meninggalkan Rina. Dia terlihat seorang kanak kanak dalam lingkungan 3 tahun sedang berpegang tangan ibunya, sebelah tangannya lagi memegang bola. Sebaik saja dia berselisih dengan kanak kanak itu, bola yang dipegangnya jatuh dan terus bergolek ke jalan.
"Ola!! "Kanak kanak itu teriak. Dia ingin mengambil bola itu tetapi di halang oleh ibunya.
Natalia Adawiyah tanpa berfikir panjang terus berlari mengejar bola itu. Dai tersedar yang dia berada di tengah jalan. Sebuah kereta menghampirinya.
Natalia Adawiyah ingin berlari, tetapi dia seolah digam. Natalia Adawiyah ditolak oleh seseorang. Dia tersungkur ke hadapan. Manakala orang yang menolaknya terhantuk di kereta itu. Mujur kereta itu sempat menekan brek, dia hanya cedera ringan di kepala. Ya, orang itu ialah Danial Akmal.
Semua orang di situ terkaku seketika. Ada yang berteriak. Tak kurang juga ada yang pengsan meskipun yang kena langgar itu orang lain. Sejk itu Natalia Adawiyah menyimpan perasaan terhadap Danial Akmal, dan sia benar benar teruja apabila seminggu kemudian dia dapat tahu yang Danial Akmal merupakan pelajar baru di sekolahnya.
Tok! Tok! Cermin tingkap kereta Natalia Adawiyah di ketuk.
Natalia Adawiyah segera berpaling. Rupanya Hannah. Natalia Adawiyah tersenyum riang. Dia segera keluar daripada keretanya.
"Hann!! "Teriak Natalia Adawiyah sebelum dia memeluk sahabatnya itu.
"Weyy.. Mama kau menghilang doe.""Maaf. Aku ada masalah sikit. Alhamdulillah aku dah settle kan semuanya. "Jelas Hannah.
"Masalah apa? Kau tak cerita pun apa apa dengan kitaorang. Senyap sepi je. Dahlah menghilang, tetiba hari ni kau muncul pula di sini. "
"Maaflah. Bukan aku tak nak cerita apa apa tapi aku terlalu tertekan. Aku tak tahu nak cerita macam mana. But don't worry, aku dah settle kan semuanya. Sekarang fokus saja untuk final. "Hannah mengukirkan senyuman.
"Kau dah siap ke semua kerja kursus?" Soal Natalia Adawiyah. Seingatnya hanya Hannah saja di kelas yang masih belum hantar.
"Dah. Settle. Semua langsai. Aku dah hantar pun. "Hannah mengangkat keningnya persis seperti Ziana Zain.
"Wait the minute. Aku baru sedar. Kau pakai skirt? OMG! "Natalia Adawiyah menutup mulutnya dengan tangan. Dia terkedu.
Hannah selama ini berseluar ke sekolah. Dia hanya pakai kain untuk majlis majlis tertentu itu pun baju kurung.
"Siap dengan sepit rambut lagi. Wey.. Ini kawan aku ke? "Natalia Adawiyah memandang sahabatnya yang memakai baju kemeja dengan kain labuh. Rambut hannah paras bahu di biarkan dan di sepitkan.
YOU ARE READING
Encik Crush, aku disini!
RandomPerigi cari timba? Ada aku kisah? yang penting aku stalker setia kau! Salah ke kalau perempuan lamar lelaki? Salah ke perempuan tackle lelaki? Salah ke perempuan lagi advance? Salah ke?? this is my first story.. so byk kekurangan.. tatabahasa dan pe...