Serupa

1.8K 131 18
                                    

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Picture of Woohyun from Infinite as Woohyun (Huruf W).


Bab 25


Giliran Chanyeol dan Mark untuk bertugas pada hari itu dengan bantuan Daehyun. Daehyun kini menjadi orang yang berguna buat mereka memandangkan kuasanya yang boleh menjelmakan haiwan yang boleh mengesan siapa Huruf yang lain. Mereka sudah berbincang mengenai hal itu seharian. Daehyun juga tidak begitu kisah jika dia terpaksa keluar setiap hari. Malah, dia gembira dan menerima dengan hati terbuka mengenai perkara itu.

Sesiapa yang masih tinggal di markas akan menjalani latihan yang semakin kerap dijalankan. Mereka perlu bersedia. Bersedia untuk apa sahaja yang bakal muncul di hadapan mereka. Kadangkala mereka merasakan bahawa mereka tidak akan mencapai kekuatan puak Huruf sebelum ini. Walaupun sebelum ini mereka hanya dapat mengumpulkan seramai dua belas orang, kekuatan mereka mengalahkan Huruf yang ada pada masa kini.

"Jangan berpecah." Chanyeol memberi amaran. Dia masih teringat apa yang berlaku pada Sehun, Seungcheol dan Yixing sebelum ini. Mereka tidak mahu perkara itu berulang lagi. Tidak tahu apa yang akan berlaku pada mereka jika dikurung lebih lama.

Mark dan Daehyun mengangguk serentak tidak membantah. Mereka kini fokus memandang burung merpati putih yang tidak begitu tinggi di atas. Ia hanya terbang dalam jarak lima jenggal dari atas kepala mereka atas arahan Daehyun. Ia sebenarnya adalah burung merpati jelmaannya sendiri. Burung itu akan terbang sekali dan akan menghinggap di mana-mana secara rawak agar tidak hilang jejak dengan tuannya.

"Tahu-tahu je burung tu kita akan berjalan lambat kan.?" Mark mengerutkan dahinya bagaimanapun teruja mengenai itu.

"Ia tak akan jauh daripada lebih sepuluh meter." Daehyun mengangkat bahunya selamba. "Itu yang saya tahu selama ni."

Mark mengangguk-angguk tanda faham, manakala Chanyeol hanya tersenyum senang hati.

"Awak banyak pengetahuan mengenai kuasa awak sendiri." Chanyeol memberi komen dengan selamba.

Daehyun hanya tersengih. "Saya banyak buat eksperimen."

"Eksperimen.??" Ulang Chanyeol.

Daehyun mengangguk-angguk. "Masa saya tahu saya dapat kuasa ni... Saya buat uji kaji untuk setiap perkara. Mungkin sebab tu saya tahu."

Chanyeol mengangguk-angguk sambil tersenyum bangga mengenai itu. Tambahan lagi, mereka juga tidak dapat berbuat apa-apa mengenainya.

"Saya rasa kalau kami semua orang baru ni macam tu kan bagus." Mark mendengus perlahan dengan wajah yang sayu.

"Tak mengapa lah." Chanyeol menepuk bahu lelaki itu.

"Sekurang-kurangnya kamu tak pening kepala nak latih kami." Mark hanya memandang Chanyeol dengan wajah simpati.

"Kami pun dulu tak pernah buat macam tu." Chanyeol memberitahu dengan harapan boleh menghilangkan rasa bersalah gadis itu. "Kami bergantung pada apa yang penaung ajar. Itupun kami bertuah sebab mereka tahu."

Mark dan Daehyun tidak bersuara.

"Maaf, sebab kami tak boleh buat apa-apa." Chanyeol tersenyum tawar.

"Bukannya salah kamu pun." Mark membalas.

Pada ketika itu juga, burung merpatih putih itu membelok ke arah jalan yang sedikit lengang. Mereka sudah tidak berjalan di kaki lima yang sibuk itu lagi. Perjalanan itu terasa amat jauh kerana mereka berjalan kaki. Mereka sudah tidak berbual mengenai apa-apa lagi dan hanya fokus untuk mengikut merpati itu.

Huruf II (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now