Ahli Terakhir

1.8K 130 6
                                    

>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Picture of Youngjae (B.A.P) as Uhm Youngjae (Huruf U).


Bab 45


Semua orang kini duduk sambil fokus memerhati gelagat lelaki yang kini sedang makan dengan lahap sekali di meja makan itu. Mereka sudah tidak tahu ia adalah kali ke berapa dia makan. Badan dan mukanya masih ada kesan luka tetapi tidak begitu teruk. Mukanya kini sudah boleh dilihat dengan baik. Keadaannya semakin pulih.

Mereka mengambil masa dua hari untuk menstabilkan keadaan lelaki yang terseksa itu. Dia terlelap selama dua puluh empat jam tidak bangun-bangun. Mereka cemas seketika memikirkan lelaki itu sudah mati. Selepas itu dia asyik kelaparan. Mereka tidak mengomen apa-apa mengenai gelagatnya.

"Terima kasih." Ucap lelaki itu agak malu setelah sendawa entah untuk kali yang keberapa.

"Sama-sama." Kyungsoo melemparkan senyuman manis kerana dia yang menyediakan semuanya.

"So....." Luhan memandang yang lain sekali imbas sebelum kembali memandang lelaki itu. "Siapa nama awak.?"

Lelaki itu membetulkan kedudukannya. "Youngjae. Uhm Youngjae."

Serentak semua orang mengangguk-angguk. Ada yang mengulang nama lelaki itu sendirian untuk diingati.

"Awak tahu pasal puak ni kan.??" Baekhyun mengecilkan matanya. "Ataupun... Awak perlu kamu terangkan lagi.?"

Lelaki itu menggeleng perlahan. "Saya dah tahu semuanya."

"Awak dah tahu.?" Baekhyun mengangkat keningnya.

Youngjae hanya mengangguk-angguk. "Saya boleh dengar apa yang ada di minda kamu."

Serentak semua orang terkejut. Masing-masing mula berasa takut. Cuba menghilangkan apa sahaja yang berada di minda mereka.

"Kuasa kawalan minda." Baekhyun menggumam. "Dia boleh berkomunikasi dengan sesiapa sahaja melalui mindanya. Tapi hanya kita puak Huruf yang boleh halang dia daripada membaca apa yang ada dalam minda kita."

Youngjae mengangguk-angguk tanda mengiyakan. "Kadang-kadang saya tak dapat dengar juga. Terutamanya kamu..." dia menuding ke arah Baekhyun, Luhan, Kris dan Kyungsoo. "Saya tak dapat masuk langsung."

"Sebab kami memang tahu awak akan masuk." Kris bersuara selamba sambil berpeluk tubuh.

"Jadi..." Seungcheol membesarkan matanya memandang lelaki itu. "Kami semua.... Awak dapat baca.?"

Youngjae mengukir senyuman yang teragak-agak. "Saya baca semuanya. Maafkan saya..."

Junhui dan Jimin sudah mengeras duduk di tempat masing-masing. Yang lain mula berpandangan risau sambil membesarkan mata. Xiumin, Chanyeol dan Sehun kini sudah ternganga. Chen, Yixing, Woohyun, Suho dan Daehyun langsung tidak ambil kisah seolah-olah ia bukan masalah yang besar.

"Jangan risau." Youngjae bersuara lagi. "Saya tak akan masuk campur apa-apa hal kamu."

Kenyataan itu melegakan sedikit.

"Macam mana nak halang dia daripada masuk dalam minda kita.?" Jin memandang Baekhyun masih dengan wajah yang risau.

"Seiapa pun boleh buat." Baekhyun mengangkat bahunya. "Awak cuma block dia dari minda awak."

Huruf II (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now