Chapter 2

576 39 6
                                    

"AYAH! IBU! AYAH! IBU!" Rifiq meloncat-loncat di atas katil sambil menjerit-jerit nama ibu bapanya "AYAH! IBU! AYAH! IBU!" Kaizo dan Lynna terus terjaga dari tidur mereka. Hari masih gelap lagi tetapi Rifqi sudah melompat gembira

"Qiqi, awalnya kamu bangun" Lynna memeriksa jam yang ada di sebelah dia, baru pukul 6 pagi "Pagi-pagi lagi budak ni dah hyper.. heheee..." Lynna terus peluk Rifqi supaya tidak melompat lagi

"Si Pang ada bagi Rifqi makan ice cream ke?" tanya Kaizo kepada anaknya

"Tak, uncle Pang Pang takde bagi apa-apa dekat Qiqi cuma..." Rifqi teringat lagi kata-kata budak perempuan malam tadi. Nama budak itu adalah Alice dan dia beritahu Rifqi bahawa dia adalah kawan kepada ibu Rifqi iaitu Lynna. Sepanjang malam Rifqi berada di dunia fantasy Lynna bersama Alice. Mereka bermain di situ sepanjang malam. Pagi itu, baru Rifqi pulang ke dunia asal dia tetapi dia tidak begitu mengantuk sangat. Tenaga dia masih ada lagi. Sebelum dia pulang, Alice suruh Rifqi simpan tentang rahsia mereka berdua dan Rifqi setuju sahaja

"Qiqi, jom kita pergi mandi. Lepas tu kita sarapan pagi ok"

"Baik ibu!" Lalu Kaizo mengambil Rifqi dari pelukan Lynna "Ayah! heheheee... lepaskanlah Qiqi.. heheheee"

"Ayah nak bermanja dengan kau, sebelum kau mandi" Kaizo geletek di tepi-tepi badan Rifqi "Anak ayah ni bau busuk!"

"Siapa suruh cium bau Qiqi.. hehee" Rifqi terus cium pipi ayah dia "Sayang ayah. Nanti kita main lagi, Qiqi nak wangi dulu!" Kaizo tersenyum melihat Rifqi didukung oleh Lynna. Agaknya, beginilah kehidupan mempunyai seorang anak yang terlampau banyak sangat tenaga. Masa dia kecil dulu, dia seorang yang sangat nakal. Suka kacau ibu dia sedang buat kerja tetapi selepas sahaja adik dia sudah dilahirkan ke dunia, Kaizo terus berubah. Dia tidak lagi menjadi nakal tetapi menjadi seorang abang yang baik kepada adiknya. Dia sentiasa menjaga adiknya sepanjang masa. Kaizo amat menyayangi adik dia sehingga sekarang. Dia terus keluar dari katilnya dan terpandang sekeping gambar yang tergantung di dinding bilik. Gambar itu menunjukkan dia, Lynna dan juga anak mereka yang comel

"Adakah kau akan ikut seperti aku juga? Ikut aku sebagai kapten atau ikut ibu kamu yang lemah lembut itu?"

"Mestilah dia nak ikut abang" muncul Fang di muka pintu sambil bersilang tangan. Kaizo menoleh kebelakang "Abang, nanti adik nak kena balik ke university dah. Kejap lagi adik nak pergi ke supermarket. Nak beli makanan untuk di bawa ke dorm nanti. Abang nak apa-apa tak?"

"Takde apa. Nanti kau bawak Rifqi sekali"

"Ala, adik baru nak pergi beli dengan kawan adik si Boboiboy tu"

"Kau bawak ajelah Rifqi, bukan susah pun" kata Kaizo dengan nada tegas dia "Sudah, jangan nak merungut lagi"

"Yelah abang" Fang keluar dari bilik sambil menghantar mesej kepada Boboiboy. Dia tidak jadi untuk pergi beli makanan bersama. Mereka berdua memang tidak dapat dipisahkan dari dulu sampailah sekarang. Masuk university pun tempat yang sama dan dorm mereka pun sama. Mereka akan pulang ke university bersama

"YEAH YEAH! QIQI DAPAT KELUAR DENGAN UNCLE PANG PANG LAGI SEKALI!" Fang dengar jeritan anak buah dia dari bilik air. Dia juga terdengar gelakan dari Rifqi dan Lynna. Mereka berdua sedang berseronok di dalam bilik air sehingga basah baju Lynna

-----------------------------------------

Fang dan Rifqi sudah sampai di sebuah pasaraya ada di bandar Pulau Rintis. Dia mengambil sebuah trolli dan anak buah yang berusia 4 tahun, hanya berjalan di sebelah Fang. Dia melihat makanan mana yang patut dia akan bawa nanti. Lynna ada juga menyuruh Fang belikan sedikit barang dapur. Mereka lalu di bahagian biskut. Mata Rifqi bersinar-sinar melihat pelbagai biskut yang ada di situ. Tangan dia mengambil satu tin biskut. Fang biarkan sahaja dia mengambil biskut itu kerana kalau dia halang, mungkin Rifqi akan menangis berguling-guling di atas lantai pasaraya

Kawan Baik Ku 3Where stories live. Discover now