Chapter 4

520 39 7
                                    

"PANG PANG PANG PANG PANG!"

"Qiqi buat apa tu?"

"PANG PANG!" Rifqi mengetuk-getuk sebuah kotak permainan dengan tukul mainan dia sambil menjerit-jerit "PANG PANG PANG!" Lynna tergelak melihat anaknya yang masih 2 tahun sudah pandai main ketuk-ketuk. Habis bersepah ruang tamu rumah mereka dengan mainan Rifqi. Fang sendiri tidak larat untuk mengemas balik kerana setiap kali dia kemas, Rifqi akan bersepahkan mainan dia balik

"Pandai juga anak ayah ni. Pandai Rifqi panggil uncle kamu tu Pang"

"Pang Pang?" Rifqi melihat ayahnya dengan muka pelik

"Yea, nama adik ayah ialah Fang tapi dia tu tak reti sebut nama sendiri masa dulu-dulu. Asyik panggil dia diri Pang aje, jadi ayah panggilah dia Pang"

"PANG PANG!" Tukul mainan Rifqi terlepas dari tangan dia "Hehehe.. Pang!"

"Betul tu Rifqi, panggil dia Pang"

"PANG!" Rifqi tergelak sambil melihat pak ciknya Fang yang sudah bermasam muka

"Uncle Pang Pang"

"PANG PANG!" Riqfi berdiri dan meloncat-loncat sedikit "QIQI CUKA PANG PANG!"

"Abang, kenapa abang ajar dia panggil adik Pang Pang"

"Kenapa? Kau tak suka anak buah kau panggil kau uncle Pang Pang"

"Tak" jawab Fang dengan nada geram dia. Rifqi berjalan perlahan-lahan ke arah Fang dan lalu dia melompat sedikit untuk memeluk leher pak cik dia yang sedang bermuka masam itu "Qiqi?"

"Qiqi cuka uncle Pang Pang... uncle Pang Pang happy happy ok" Suara comel Rifqi membuatkan Fang tersenyum sedikit. Tangan dia membelai belakang Rifqi

"Comelnya mereka berdua" kata Lynna. Rifqi lepaskan leher pak ciknya dan lalu duduk di depan Fang sambil bermain-main tepuk tangan

"Rifqi lagi comel daripada si Pang tu" kata Kaizo dengan nada serius dia "Si Pang tu tahu nak marah orang sahaja" Lynna tergelak sedikit sambil gelengkan kepala

"Hehehe.. aku berharap Fang akan menjadi pak cik yang baik kepada Qiqi" Lynna tersenyum sambil melihat Rifqi bertepuk tangan bersama Fang. Mereka berdua ketawa ria di situ dan membuatkan suasan rumah itu menjadi ceria. Lynna berharap kebahagian mereka akan kekal selama-lamanya

-------------------------------------------------------------

"Qiqi" Lynna terjaga dari pengsannya. Memori tadi membuatkan dia rasa sedih. Memori pertama kali Rifqi memanggil Fang, Uncle Pang Pang. Sebutir air matanya mengalir keluar dan terus membasahi pipinya. Dia sudah pun berada di atas katil sambil ditemani oleh kawan-kawan perempuan Fang iaitu Yaya, Ying, Bella dan Lily "Bila korang ada dekat sini?" Lynna melihat kesan-kesan luka di tangannya "Mana Kaizo?"

"Kak Lynna rehat dulu" kata Yaya sambil memberi segelas air kepada Lynna

"Abang Kaizo ada dekat bawah. Lahap tengah balut kaki dia sebab terkena serpihan kaca" kata Bella pula. Baru Lynna teringat, sebelum sempat dia dapat masuk ke dalam cermin untuk mengejar Rifqi, cermin itu meletup dan seterusnya, semuanya menjadi hitam

"Akak kena pergi selamatkan Qiqi" Lynna bangun dari katil itu tetapi Bella dan Lily menolak Lynna secara lembut. Mereka menghalang dia untuk keluar dari katil tersebut "Kenapa korang halang akak?"

"Sebab kak Lynna perlukan berehat. Kami tahu Qiqi dalam bahaya sekarang ni tapi kak Lynna kena tenang dulu"

"Maaf semua tapi kak Lynna perlu selamatkan Qiqi sekarang juga. Ini bukan masanya untuk berehat" Lynna bangun dari situ. Mereka tidak membantah dan melihat sahaja Lynna keluar dari bilik tersebut. Mereka nampak air mata Lynna yang agak sedih. Sebelum dia keluar dari bilik, dia melihat cermin yang sudah di musnah tadi. Hati dia sedih dan risau dengan keselamatan Rifqi. Dia tidak tahu apa yang Dark Fairy akan lakukan terhadap anaknya. Lalu dia pergi mencari Kaizo

Kawan Baik Ku 3Where stories live. Discover now