Epilogue

665 59 9
                                    

"Uncle Pang Pang dan aunty Yaya nak bawa Qiqi ke mana? Nape ayah dan ibu tak ikut sekali?" Mata Rifqi melihat taman permainan yang penuh dengan orang ramai. Taman permainan itu sebenarnya adalah sebuah theme park. Pelbagai mainan yang mereka boleh naiki tetapi Rifqi masih kecil lagi. Jadi dia terpaksa naik mainan untuk kanak-kanak sahaja

"Uncle Pang Pang kamu tu nak bawa Qiqi pergi bermain!" kata Yaya sambil memimpin tangan Rifqi

"Oh.. ibu dan ayah tak nak main sekali ke?"

"Ibu dan ayah Qiqi tu tahu nak berdating aje" balas Fang dengan nada bosan dia "Jadi dia orang suruh kita orang bawa Qiqi ke sini. Boleh kita main-main dekat sini. Jom kita pergi beli cotton candy"

"Qiqi nak ice cream, Qiqi tak nak cotton candy" Rifqi mengheret Yaya ke arah sebuah gerai kecil yang menjual ice cream "Qiqi nak ice cream panda! Ayah selalu belikan untuk Qiqi ice cream panda!"

"Ok ok, tapi kita kenalah beratur dulu. Qiqi sabar ok" kata Yaya sambil berdiri di belakang seorang kanak-kanak lelaki. Tidaklah ramai orang yang beratur di situ tetap Rifqi tidak sabar untuk dapatkan ice cream dia. Yaya melihat Rifqi sudah melompat-lompat kegembiraan

"Hyper betul budak ni" kata Fang sambil bersilang tangan "Masa dia tahu dia bakal dapat adik, 24 jam dia nak berkepit dengan ibu dia"

"Hehehe.. mestilah. Dia tak sabar nak dapat adik tapi nanti takdelah dia kesunyian dekat rumah tu. Bolehlah dia bermain-main dengan adik dia nanti, macam kau dan abang kau dulu-dulu"

"Aku tak berapa ingat sangat semasa aku kecil lagi tapi abang aku ingatlah" Fang rasa sedikit sedih tetapi dia gembira kerana dia sudah mempunyai banyak memori bahagia bersama abang dia "Walaupun aku tak berapa ingat sangat, tapi masa aku tengok gambar-gambar semasa aku kecil bersama ibu bapa aku, buatkan diri aku lebih dekat dengan ibu bapa aku"

"Kadang-kadang uncle Pang Pang menangis seorang diri" Rifqi menyampuk juga. Dia ketawa kecil di situ dan muka Fang sudah naik merah "Hehehe.. uncle Pang Pang jangan marah tapi uncle Pang Pang nampak comel bila menangis"

"Sabar ajelah dengan budak kecik ni" Fang menggenggam tangannya. Mereka sudah pun berada di hadapan gerai

"ICE CREAM PANDA SATU!" Rifqi dengan muka kecomelannya. Pak cik jual ice cream itu terus berikan ice cream panda kepada Rifqi "Terima kasih pak cik! Pak cik nak tahu tak, uncle Pang Pang saya ni selalu kena buli dengan ayah saya. Lepas selalu kena marah-marah.. heheheee.. dah besar panjang pun masih kena marah dengan abang dia sebab degil sangat tapi ayah tak marah uncle Pang Pang keluar ber-" Fang terus tekup mulut anak buah dia

"Hehehe.. maaf yea pak cik, dia ni suka sangat bercerita. Kami pergi dulu" kata Fang sambil tersengih di situ

"Takpe takpe, pak cik faham"

Fang heret anak buah dia pergi ke tempat lain dan jauh dari pak cik jual ice cream itu. Yaya ketawa kecil melihat Rifqi cuba hendak lepaskan tangan dia dari pegangan Fang. Rifqi mahu lari ke sebuah tempat permainan iaitu Ferris Wheel tetapi pak ciknya tidak mahu. Mata Rifqi sudah berkaca, dia hampir hendak menangis di situ sehinggalah Yaya terpaksa memujuk Rifqi

"Qiqi, kita main benda lain dulu. Lagipun Qiqi tengah makan ice cream" Rifqi angguk sambil jilat ice creamnya "Qiqi budak baik"

"Betul tu!" Yaya melutut di hadapan Rifqi untuk lap mulut Rifqi yang comot itu tetapi Rifqi pergi tonyoh ice cream di bibir Yaya "Hehehehee... aunty Yaya comot!"

"Isk budak ni, suka betul kenakan orang" kata Fang yang sudah bersilang tangan

"Biarkanlah dia, Fang. Qiqi hanya bergurau sahaja" Yaya lap mulut dia dan Riqfi "Kau nak pergi ke mana dulu?"

Kawan Baik Ku 3Where stories live. Discover now