Chapter Terakhir

677 51 5
                                    

Para adiwira sudah menghampiri istana Lynna tetapi Boboiboy menyuruh helang-helang itu mendarat jauh daripada istana itu. Dia tidak mahu mengambil risiko kerana dia tahu para askar demon sedang menunggu untuk menyerang mereka dengan anak panah

"Tuan Boboiboy tidak mahu turunkan mereka di tepi atau bahagian belakang istana?"

"Tak perlu cik helang. Tugas kamu hanya untuk bawa kami ke sini sudah pun selesai. Sekarang sudah masanya untuk kami selesaikan masalah kami pula. Lagipun kami semua tidak mahu kamu semua tercedera kerana serangan daripada musuh. Kami mahu kamu semua selamat. Terima kasih kerana bawa kami ke sini walaupun perjalanan kita ada gangguan daripada Dark Fairy"

"Sama-sama tuan Boboiboy"

Helang-helang tadi telah pun mendarat di sebuah kawasan hutan yang tidak jauh daripada istana itu. Gopal, Ying, Bella, Faye dan Lily turun dari belakang helang masing-masing. Manakala Boboiboy, Fang dan Yaya mendarat di hadapan kawan mereka. Suasana hutan itu sangat sunyi. Ianya seperti tahu peperangan akan berlaku sebentar tadi. Haiwan-haiwan yang ada di kawasan itu, telah pun larikan diri ke tempat yang lebih selamat

"Semoga berjaya, semua" kata salah seekor helang tersebut. Lalu mereka terbang pergi dan meninggalkan para adiwira di situ. Boboiboy sudah kembali menjadi Boboiboy biasa

"Sekarang, apa rancangan kita?" tanya Ying. Di hadapan mereka adalah kawasan lapang dan di belakang itu ada sebuah sungai. Istana itu tidak terletak jauh dari sungai. Mereka hanya perlu merintasi sebuah jambatan batu besar untuk sampai ke istana itu tetapi penghalang mereka adalah musuh mereka

"Hmm... kita perlu pergi selamatkan abang Kaizo dan kak Lynna tapi.. halangan terbesar kita adalah askar-askar demon tu" balas Boboiboy

"Boboiboy, aku rasa biar aku sahaja yang pergi cari abang dan kakak aku"

"Tapi Fang.." Boboiboy rasa mereka semua perlu masuk dalam istana bersama. Dia tidak mahu terpisah dengan kawan-kawan dia lagi

"Ha ah, betul juga cakap Fang tu" Mereka pandang ke arah Bella "Kita berikan masa kepada Fang. Kita alihkan perhatian demon-demon tu, sementara Fang menyelinap masuk ke dalam istana itu. Tak perlu masuk secara beramai-ramai"

"Hmm.. aku ikut sahaja tapi kalau kau perlukan bantuan, hubungi aku, Fang" kata Boboiboy sambil melihat musuh mereka yang begitu ramai

"Ok"

"Hati-hati tau Fang" kata Boboiboy lagi "Kau tunggu dekat sini dan tunggu isyarat daripada kita orang"

"Ok tapi korang semua hati-hati. Lebih-lebih lagi Bella, Faye dan Lily. Korang sudah tiada kuasa dan alat memanah kau sudah dimusnahkan" Fang mula risau dengan keselamatan mereka bertiga tetapi dia lebih yakin dengan keganasan Bella yang sentiasa mengganas "Faye, kau ikut aku"

"Aik, apasal pulak?

"Sebab kau tiada kuasa tapi aku yakin Bella dapat melindungi Lily seorang ataupun Boboiboy melindungi dia" Mata Lily terus bersinar-sinar sambil melihat Boboiboy. Senyuman dia bagaikan dapat sesuatu yang istimewa "Errr.. bagi ajelah si Boboiboy lindungi si pelik yang sudah angau ni" Fang hanya memandang Lily dengan perasaan bosan dia

"Hehehee... dia memang sentiasa angau dengan buah hati dia tu" Bella tergelak sedikit melihat Lily masih lagi berbunga-bunga melihat kekasih hati dia iaitu Boboiboy

"Ok, jadi ra-" Boboiboy terdengar suara Dark Fairy yang sedang naik marah itu. Mereka terdiam di situ seketika. Suara Dark Fairy bagaikan bergema di situ

"Aku tahu korang berada di sini sekarang. Tunjukkanlah diri kamu semua sebelum aku sendiri cari kamu.. korang ingat korang dapat masuk ke dalam istana ni. Jangan harap! ASKAR-ASKAR AKU AKAN HAPUSKAN KAMU SEMUA DI SINI JUGA! HAHAHAAAAAA!" Boboiboy melihat Fang dan lalu dia angguk kecil

Kawan Baik Ku 3Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora