mamat poyo 👦🏻

7K 90 2
                                    

  ☀️
Langkah kaki diayun laju menuju ke kelas 5 Al Jazzari. pandangan mata mata nakal yang memandang langsung tidak dihiraukan . sudah biasa ! biarlah mereka bergosip. itu hak mereka yang pasti dia tidak buat apa apa yang salah atau boleh memalukan nama dan maruah baik mama serta papanya. Tempat duduk 3 daripada hadapan dipilihnya. Jika orang lain pasti tempat duduk di belakang yang akan dipilih.  Tetapi, bukan dirinya. dia lebih suka duduk di tengah tengah tidak terlalu ke belakang. Nanti kalau duduk belakang susah pula nak dengar apa cikgu dekat depan dok cakap. Macam mana ilmu nak masuk tu sampai cepat dan senang dalam kepala kan?

tengah sibuk Citra berangan entah sudah sampai ke planet pluto sambil tangan ligat mengeluarkan barang barang lukisan kejuruteraan di atas meja. tiba tiba datang seorang jejaka yang tidak diundang , duduk di sebelah dirinya tanpa meminta izin terlebih dahulu. Citra Nurafilya yang agak geram tetapi terpaksa memaniskan senyuman. tak nak lah nampak berlagak sangat walau hakikat geram benar . " Hai " sapa si jejaka yang duduk di sebelah Citra Nurafilya itu tadi tanpa rasa bersalah sedikit pun. Citra hanya tersenyum kepada lelaki itu. Malas benar nak melayan. pergilah duduk jauh jauh banyak lagi kerusi. nak juga duduk sini.

" Sorang ? " Citra Nurafilya mengeluh perlahan, soalan apakah ini . dah sah sah nampak dia sorang yang nak kena tanya soalan bodoh kenapa ni. Lelaki itu benar benar mahu berbicara dengan Citra allahu bukan tak tahu niat lelaki itu. " eh , taklah sepuluh orang, tak nampak ke? " jawab Citra Nurafilya selamba.  " oh , kerusi  , meja , kipas , papan putih sekali ya ? " balas si jejaka masih melayan.  " semua yang awak sebut tu orang ka ? Ada mata ? Hidung ? Mulut ? Macam awak ? " bidas Citra Nurafilya garang dalam hati Nak ja dia angkat semua barang duduk tempat lain. Sabar Citra sabar , kawal emosi , jangan ikut hati. ikut hati mati , ikut rasa binasa. nanti kalau buat macam tu nampak sangat macam kurang ajar . jangan citra memalukan diri sendiri ja nanti !

Si jejaka tersengih sengih . gadis cantik di hadapannya diperhatikan lama. ' garang tapi cantik dan aku suka hm dan benarlah bidadari itu wujud ' bisik lelaki itu perlahan sambil jantung yang berdegup laju di pegangnya. " Mama saya selalu pesan perempuan cantik macam awak tak elok tahu marah marah macam ni bukan apa takut nanti muka cantik awak tu cepat berkedut. Nak ka sebelum tua lagi dah berkedut, hilang seri tahu ? Btw I ' m Tengku Faiz Fikri  Tengku Iskandar . Nice to meet you si cantik . " ucap si jejaka yang dikenali sebagai Tengku Faiz Fikri itu tadi . Namun Citra hanya diam . Dia memang malas nak melayan mana - mana lelaki. Tik tik . Iphonenya dikeluarkan. Aplikasi whatsapp dibuka dan  di bacanya.  thankyou put selamatkan I dengan whatsapp you ni !

' ada mana ? ' - twins sayang 💋
Lincah tangan citra menaip
' kelas '
Tik tik 🎶
' 5 minit I sampai ' - twins sayang 💋

" Citra Nurafilya am I right ? " panggil si jejaka , Tengku Faiz Fikri perlahan lagi apabila menyedari salam perkenalannya masih tak di balas oleh gadis itu . ' takpa lagi sombong , lagi akuu suka ' bisik Tengku Faiz Fikri perlahan dalam hati, tak mengalah sikit pun bila Citra struggle ignore dia . Namun gadis itu lebih sibuk membelek Iphonenya , Tengku Faiz Fikri di sebelah langsung tidak dilayan . " Hey Citra , I'm talking to you" panggil Tengku Faiz Fikri lagi dan lagi " ya saya" sahut Citra pula akhirnya mengalahh , kesian pula dia tengok . eh eh tulah Citra tadi kau jual mahal sekarang nak kesian pula. Citra Nurafilya ditenungnya lama. Dalam hati, Tengku Faiz Fikri tidak henti henti memuji gadis cantik di hadapannya itu . Gadis di hadapannya sangat cantik bertudung ditambah pula dengan lesung pipit yang menghiasi senyuman gadis itu. jelas menunjukkan kesempurnaan gadis di hadapannya ini. Malu ditenung begitu Citra Nurafilya menundukkan mukanya.  Tengku Faiz Fikri lagi seronok memandang Citra Nurafilya daripada mendengar cikgu lukisan kejuruteraan yang sedang mengajar di depan.

Kelas yang mulanya hanya 2 jam terasa begitu lama dengan kehadiran Tengku Faiz Fikri di sebelahnya. masyaallah !

Done edit ✅✅-
22 may 2019
17 ramadhan 1440 H
- happy reading 💜-

SWEETHEART KIRIMAN TUHANحيث تعيش القصص. اكتشف الآن