breakfast + pengsan 💧

1.3K 25 0
                                    

Hafiz As Syaibani bangun dengan berhati - hati , tak nak budak kecik sebelah dia ni terjaga sambil - sambil dahi citra di ciumnya " biy beruntung sangat sebab kenal sayang . alhamdulillah ya Allah kekalkanlah kasih sayang kami sampai jannah , sesunguhnya aku sangat menyayangi wanita ini ya Alllahn jadikanlah wanita di hadapan ku ini bidadari syurgaku sampai jannah amin" ucap Hafiz As Syaibani perlahan.
dan hanya membiarkan Citra yang kepenatan untuk tetap tidur atas katil. Dia pun tak sedar pukul berapa mereka tidur semalam sebab sibuk buli budak kecik tu semalam ( okay faham fahamlah buli yang macam mana , author malu nak terangkan ) .

Hafiz As Syaibani tersengih puas melihat hasil kerja breakfastnya pagi pagi untuk Citra. siapa cakap lelaki kacak tak pandai masak. Hafiz As Syaibani mendabik dada bangga. " mesti citra suka" bisik lelaki itu perlahan. Tak lupa juga susu secawan di bancuhnya buat Citra dia nak Citra sihat dan semestinya juga untuk bakal anak mereka nanti. ceh berangan lah Hafiz As Syaibani ni !

usai siap semua breakfast dah diletakkan di atas dulang, Hafiz As Syaibani terus naik ke arah bilik tidur mereka . Citra di gerak nya lembut. " sayang , bangun dah pagi " lembut suara Hafiz As Syaibani menggerak Citra. Citra yang malu- malu perlahan - lahan membuka mata. " breakfast in the bed ? " tanya Citra . Hafiz As Syaibani mengangguk , " why not sayang? " balas Hafiz As Syaibani pula. Selalu tengok hero korea sahaja dok buat macam ni. Hehe.

Citra tersengih , tangan Hafiz As Syaibani di capainya " terima kasih untuk semua ni biy. " sambil ciuman dihadiahkan di pipi Hafiz As Syaibani dann Hafiz As Syaibani yang tahuu tindakan Citra terus mengalihkan mukanyaa dan akhirnya ciuman tersasar di bibir lelaki itu. Mereka berdua hanya tersenyum , Citra pun dah malu benar pagi tu muka dia dah merah macam tomato. ' nakal lah Hafiz As Syaibani ni ' bentak Citra perlahan dalam hati. Tapi dalam diam tak dinafikan Citra suka benar dengan layanan Hafiz As Syaibani macam tu dekat dia.

Pagi itu mereka berdua menikmati ' breakfast in the bed ' sama - sama. Hafiz As Syaibani suap Citra dan Citra pun suap lelaki itu. wah bahagianya ! " ni susu habiskan " arah Hafiz As Syaibani . Citra menggelengkan kepala " Sayang tak boleh minum susu lah nanti nak termuntah" Hafiz As Syaibani yang terdengar sudah terkejut. " pregnant ke? " tanya Hafiz As Syaibani. Citra pantas menggelengkan kepala " tak memang tak boleh minum susu dari dulu lagi. "

Hafiz As Syaibani menganggukkan kepala " sikit pun tak boleh? " Citra menundukkan kepala , tak nak hampakan suaminya. susah payah bancuh susu ni dan tangan pantas mencapai cawan berisi susu yang di bancuh Hafiz As Syaibani. Baru sekali teguk , Citra dah rasa nak muntahkan balik semua yang dia minum dan makan tadi . pantas sahaja Citra berlari ke arah bilik air. Hafiz As Syaibani yang melihat mula di huni rasa bersalah, belakang citra ditepuknya " sorry sayang" sambil mulut Citra di lapnya.

Citra hanya tersenyum . " lain kali kalau rasa tak boleh takpayahlah paksa." ucap Hafiz As Syaibani sambil Citra di tariknya ke dalam pelukan. " sayang tak naklah hampakan biy susah payah buatkan sayang susu. " balas Citra pula. Hafiz As Syaibani tersengih " untuk sayang tak pernah ada pun istilah susah , biy sanggup buat apa sahaja untuk sayang ingat tahu benda ni sampai bila - bila. " Citra mengangguk terharuu. Tangan Hafiz As Syaibani di tarik pula menuju ke bilik air . " jom mandi . " ujar Citra. Hafiz As Syaibani hanya menurut , melayan sahaja kehendak Citra entah kenapa dia rasa pagi ni Citra macam sahaja nak menggoda dia.

✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨

Usai mandi Hafiz As Syaibani bersiap - siap hendak ke office . Citra yang dari tadi lesu macam tak sihat , sambil tangan sibuk pegang dahi di perhatikan Hafiz As Syaibani lama. " sayang srs ni tak nak pergi klinik. biy risaulah. tadi okay ja ?" ujar Hafiz As Syaibani pula . mana tak risau sibuk dok mandi tiba tiba Citra boleh pengsan dalam bilik air . mujurlah dia ada tadi , mujur juga Citra ajak dia mandi sekali tadi.

SWEETHEART KIRIMAN TUHANWhere stories live. Discover now