school 🕍

1.7K 50 1
                                    

Kringggggg . Jam loceng yang berbunyi di tepi meja lampu tidur nya lantas di tutup oleh si cantik citra Nurafilya . Matanya yang susah dilelapkan dari semalam bagaikan tidak mahu dibuka . Rasanya berat sekali ! Dia sangat mengantuk ! Mana tidaknya semalaman fikirannya tidak henti henti memikirkan Tengku Faiz Fikri. masyaallah jampi apalah dia guna ni. dalam sibuk nak benci hm kenapaa nak kena ingat dia ni. Mata yang berat dipaksa juga untuk bangun melangkah ke bilik mandi bagi membersihkan diri dan menunaikan kewajipannya sebagai seorang umat Islam.

Usai mengerjakan solat subuh citra Nurafilya mengatur langkah menuruni tangga turun ke ruang makan untuk bersarapan bersama mama dan papanya . Kerusi ditarik Tan Sri Farid buat puteri bongsunya. " morning beautiful princess . " bisik Tengku Faiz Fikri perlahan yang baru turun ke bawah untuk bersarapan bersama sama. Tengku Faiz Fikri yang berkemeja pengawas birunya kelihatan sangat segak pada pagi itu dan sedar tidak sedar citra Nurafilya sedikit sebanyak sudah tertarik dengan jejaka di hadapannya. Tik tik . Iphone di dalam poket pantas dicapainya .
' why tengok aku tak berkelip mata sayang , aku segak sangat ya ? Atau kau dah terpukau dengan kekacakkan aku ? ' - mamat poyo .

' kau ni jenis perasan betul . Nope ! buang masa ja haih'

Tik tik

' ewah , kau tak nak mengaku ya . Cuba tengok muka kau dah merah lah macam tomato lah sayang . ' - mamat poyo

Mesej dibiarkan sepi tidak berbalas . Malu dengan kerenah Tengku Faiz Fikri pagi itu . Suara papanya , secara tiba tiba meluluhkan lagi hatinya "adik , papa must go now . Papa ada urgent meeting dengan client dari Filipina . Pak mat cuti harini . So , adik pergi sekolah dengan abang Fikri ya boleh ?" . ' nak saja cakap tidak , tapi apakan daya tak termampu ' bisik citra Nurafilya dalam hati perlahan. Pilihan apa lagi dia ada , Mengangguk tidak menggeleng lagi lah tidak , Citra Nurafilya hanya akur dan dengan pantas langkah kaki diatur mengekori langkah Tengku Faiz Fikri. " weh , apa kata aku drive kereta aku sendiri ? Nanti kalau kita pergi sekali apa pulak orang cakap. " ucap Citra tiba- tiba. Tengku Faiz Fikri menggeleng " pedulikan lah apa orang nak cakap , aku heran apa , boleh tak kau duduk diam diam dan jangan tanya kalau kau tahu my answer is no . Papa kau dah amanahkan kau pergi dengan aku so why not just masuk princess . Takkan lah kau tak sudi ? Aku dah lewat sangat ni princess so jom . lagi lama kau duduk dekat luar lagi lambat kita. "  bebel Tengku Faiz Fikri sambil pintu kereta Ferrari 458 miliknya tetap di buka buat Citra.

Citra nurafilya melangkah masuk juga ke dalam kereta milik Tengku Faiz Fikri dengan berat hati dan perjalanan mereka ke sekolah sunyi sepi dan hanya ditemani bunyi dj radio di dalam kereta . Ferrari 458 bernombor plat FZ 12 hadiah daripada papanya di parkir cantik di tempat letak kereta yang sememangnya khas buat dirinya . " balik nanti kau tunggu aku , apa apa kau whatsapp aku . Take care ! Aku dah lewat , aku ada friendly basketball harini . Kalau rajin kau datanglah ya , aku alu - alukan . " citra nurafilya pantas membidas " aku ? Basketball ? Oh no ! Memang taklah nak tengok kau . Dengar orang jerit jerit semua tu boleh buat sakit telinga aku . Aku tak nak . Aku malas ! Aku balik dengan taxi ja nanti . Bye . " Tengku Faiz Fikri menggeleng ' kau memang saja jual mahal, nak balik naik teksi eh takpaa kita tunggu dan lihat '

Bilik basketball ( hanya utk budak basketball ja taw ) budak budak lain tidak dibenarkan masuk . Dan jika masuk juga akan dijatuhkan hukuman melainkan masuk atas kebenaran ahli basketball dan semestinya mesti melalui captain basketball sendiri iaitu Tengku Faiz Fikri dan ahli ahlinya .

" Fikri , asal kau lambat sangat harini " soal Tengku Danial iaitu salah seorang pemain utama dan sahabat Tengku Faiz Fikri. " aku ada hal tadi. " ringkas saja jawapan Tengku Faiz Fikri.

- done edit ✅ ✅-
-22 may 2019-
P/s - author payung bab 5 sebab ada member author yang sanggup ws minta cepat update . Nah for you 💞 salam sayang ! Salam ramadhan al - mubarak . @berrynurul

SWEETHEART KIRIMAN TUHANOnde histórias criam vida. Descubra agora