60- Malaysia I'm back!

859 29 0
                                    

Habis sahaja final exam , Citra terus mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia tanpa menunggu hari graduasinya , itupun atas desakan daripada mama dan papanya . gayanya macam urgent benar sebab flight paling awal di booking mereka untuk Citra . Citra hanya menurut , akur untuk pulang ke Malaysia walaupun berat nak tinggal Hafiz As Syaibani di sana.
toing toing
' sampai hati u balik mengejut macam ni . ' - assyaibani 🌚
'sorry , i terpaksa . later i ws u okay , i baru sampai KLIA .' balas Citra ringkas .
Tubuh yang terasa penat akibat flight yang begitu lama terus automatik lenyap setelah melihat muka mama , papa dan seluruh keluarganya yang dirinduinya sepanjang di bumi mesir menyambutmya di Airport petang itu . terharu pun ada di tambah pula kepulangannya kali itu di sambut riang riang oleh Adam dan Mia yang segera berlari untuk menghadiahkan kucupan di kiri dan kanan pipi Citra tanda mereka mahu menuntut janji Citra pada mereka semalam sewaktu Citra bervideo call dengan kakak iparnya , kak Dania. Reaksi teruja di wajah kedua - dua adik beradik kembar itu sudah cukup menunjukkan bahawa tidak akan ada unsur kompromi antara mereka untuk memberi peluang kepada Citra untuk tidak menunaikan janjinya.

" mak usu janji semalam , balik Malaysia nak bawa Adam dengan Mia jalan - jalan. " petah suara si kecil Mia meluahkan isi hatinya. " mak usu penat sayang . mak usu baru sahaja sampai . esok saja boleh ? " sengaja Citra mahu menguji hati si kembar , wajah lesu cuba Citra tunjukkan. si kembar sudah memasamkan muka. Citra sudah tersenyum. tidak sampai hati menghampakan si kembar . " yalah jomlah kejap mak usu balik mandi , solat kejap. " serentak dengan itu si kembar melompat lompat keriangan di tengah tengah Airport tidak peduli jeritan Citra menyuruh mereka berhenti. Malu benar orang tengok.

Sampai sahaja di banglo mewah Tan Sri Farid dan Datin Sri Tifany , Citra meminta diri untuk naik ke balik bagi membersihkan diri dan menunaikan solat asar. untuk kelihatan tidak terlalu menonjol , Citra hanya mengenakan blaus lengan panjang yang dipadankan dengan sehelai polazo berwarna biru bersama shawl yang hanya dililit ringkas. apabila Citra turun ke bawah kelihatan si kembar sudah teruja menanti bersama senyuman yang tidak lekang di bibir. " ma , Citra pergi dulu bawa budak budak ni jalan jalan kejap " ujar Citra kepada Datin Sri Tifany . Datin Sri Tifany mengangguk " hati hati . balik awal sikit mama papa ada benda nak bincang dengan adik. " balas Datin Sri Tifany. dan wajah Citra saat itu hanya memandang si kembar langsung tak endah sangat apa yang mamanya nak cakap . malas lagi nak fikir . nak enjoy dulu dengan si kembar . " janji jangan nakal , siapa nakal mak usu tinggal. " sekali Citra memberi peringatan sebelum kereta audi milik Citra meluncur laju meninggalkan perkarangan banglo 3 tingkat milik mama dan papanya.

🌸🌸
tangan kiri dipegang Mia ,tangan kanan dipegang Adam. " mak usu adam lapar , jom makan . " ucap Adam sambil wajah citra dipandang meminta simpati . " tadi duduk dengan nenek tak makan ka ? " ujar citra . Adam menggeleng. Citra tersenyum , tangan Adam dan Mia ditarik supaya menuruti dirinya. Adam dan Mia diarahkan menunggu di meja sementara dia memesan makanan. Makanan yang dipesan diletakkan di atas meja. namun , belum sempat Citra mahu menyuapkan makanan , Adam sudah mengadu mahu ke tandas . Mia terpaksa Citra tinggalkan sendirian. " Mia stay here , jangan pergi mana - mana , mak usu temankan Adam ke tandas sekejap. " setelah mendapat persetujuan dari Mia , Citra pun memimpin Adam untuk ke tandas .

Setelah keluar dari tandas , dari jauh sudah kelihatan seorang lelaki yang sedang mendukung Mia dan memujuk Mia yang sudah bermandikan Air milo yang Citra order tadi dan sudah pasti sedang menangis. dengan pantas Mia terus Citra ambil dari dukungannya. T- shirt nya yang comot kerana air Mia , Citra pandang sekilas " Mia cakap terima kasih dekat uncle err " Citra memandang lelaki itu lama kerana mengenali gerangan lelaki itu. " Fikri " jawabnya . " still remember me ? " tanya nya lagi . " tak " balas Citra teragak - agak. seketika lelaki itu memandang Citra lama , lama benar tidak ke temu , sudah lain lelaki itu , makin kurus sedikit . tidak makan kah dia ?

🌀

" awak makin cantik Citra " ujar Tengku Faiz Fikri cuba untuk memancing Citra untuk memulakan bicara . " dahlah saya nak balik . Adam Mia jom " bidas Citra tegas , terkejut Adam dan Mia waktu itu. Mungkin first time tengok mak usu jadi garang macam hulk . seolah olah memahami Citra akan bangun pantas sahaja Tengku Faiz Fikri membalas " Citra sekejap , we need to talk " Citra hanya tersengih " apa lagi kita nak talk Fikri , you tinggal I setahun setengah tanpa apa apa khabar pun, hari hari I tunggu you call atau text I tapi mana u . " ujar Citra dengan nada suara yang biasa , sungguh dia penat nak bertekak lagi. " I sibuk " balas Tengku Faiz Fikri pantas benar . " you sibuk study atau sibuk layan perempuan lain , you ingat I tak tahu . I tengok ig story you Fikri , then I tunggu penjelasan dari you , tapi mana you pergi , you hilang macam tu sahaja dan sekarang you muncul depan I, untuk apa lagi . " Tengku Faiz Fikri agak terkejut. " I minta maaf Citra , I tahu salah I . " Tengku Faiz Fikri menepuk dahi. " mata Citra kini hanya memandang lelaki di hadapannya " maaf sahaja tak cukup Tengku Faiz Fikri , macamlah you minta maaf semua benda nak hilang macam tak pernah berlaku kan? sudahlah , I malas nak dengar lagi " ujar Citra . " sekejap lah Citra ,sebenarnya perempuan tu , Melissa " citra terkejut . " what ? Melissa tu kan tunang orang , you tak takut ka keluar dengan tunang orang ? " Tengku Faiz Fikri memandang Citra " Melissa dah putus tunang " mukanya ditundukkan sedikit. Citra semakin faham , kepada siapa lagi Melissa mahu bergantung harap , meluahkan rasa kecewa kalau tidak kepada Tengku Faiz Fikri . Citra mengakui Melissa itu bekas cinta pertama Tengku Faiz Fikri. " be honest ja lah Fikri ." Citra memaksa Tengku Faiz Fikri lagi. " jujur apa ? " pura pura Tengku Faiz Fikri bertanya. " i tak rasa u dengan Melissa berkawan biasa sahaja , i tak tahu setakat mana hubungan korang berdua , tapi i dapat rasa u tak perlukan i lagi , you tak sayangkan I lagi . sebab u tinggal I macam tu ja Fikri , you lupa habis semua janji janji kita. sekelip mata you jumpa bekas kekasih you , you boleh terus lupa I . " ucap Citra , air mata nya cuba di tahan , langsung dia tak nak menangis depan Tengku Faiz Fikri . Tengku Faiz Fikri merayu " jangan cakap begitu citra , i tak tahu apa i patut buat , sana i sayang , sini pun i sayang , kalau boleh i nak kedua - duanya " akhirnya Tengku Faiz Fikri mengaku. " you gila Fikri gila. You bukan tak kenal I , seorang citra Nurafilya tidak sanggup berkongsi kasih itu prinsip hidup I , you lupa ka semua tu atau you buat - buat lupa ? " tanya Citra kepada lelaki itu. " I sayang you citra " ujar Tengku Faiz Fikri lagi cuba memujuk. tapi Citra tidak terpujuk , hati Citra kosong ! " you cakap sayang Fikri , sayang apa kalau tak setia. kalau betul you sayang I , you tak buat I macam ni . " sindir citra . Tengku Faiz Fikri diam , mungkin cuba menyusun kata - kata. " i dengan Melissa dah terlalu jauh citra tak mungkin I tinggalkan dia. " dengar sahaja Tengku Faiz Fikri berkata begitu terasa hendak pitam Citra mendengar pengakuan Tengku Faiz Fikri. ya Allah lelaki itu dulu tak macam ini , Citra tak sangka lelaki itu dah banyak berubah . " I tak sangka iman u senipis kulit bawang Fikri. you nak tahu tak dulu I anggap you ni baik sangat dan sebab tu I boleh sayang pada you. I suka dengan cara you, you tak pernah cuba nak ambil kesempatan dengan I , you jaga I macam mana you jaga kakak dengan adik you. tapi sekarang ? you boleh berubah sebab kita jauh ja Fikri , tak apalah I dah lama redho , you tak perlu buat pilihan sama ada i atau Melissa . from now on , we are over ! jangan pernah cari I dan I tak nak ada kaitan apa apa langsung dengan you. oh ya , you jangan ingat I tak tahuu pasal you hantar cincin tunang melalui mama dan papa I kan dan sebab tu lah mereka suruh I balik sini. don't worry i tak akan ambil cincin tu , I akan suruh mama dan papa pulangkan secepatnya then you boleh bagi ja cincin tu dekat Melissa . " Tengku Faiz Fikri mengangkat kepala " macam mana dengan hubungan kita ? " mungkin tidak faham lagi . " hubungan kita setakat ni sahaja , Melissa lebih perlukan you. selama ni pun i cuma anggap kita sebagai adik beradik sahaja tak lebih pada itu " ujar Citra berbohong , sakit benar hatinya dan pantas berlalu pergi .

SWEETHEART KIRIMAN TUHANOù les histoires vivent. Découvrez maintenant