Bab 25

13.1K 419 6
                                    

Syuhada dengan tidak sengaja melihat skrin telefon yang menyala apabila ada panggilan telefon masuk di telefon bimbit Rafahmi.

Hampir gugur jantung melihat gambar Rafahmi dengan Lydia dijadikan wallpaper di telefonnya. Mereka nampak sangat serasi.

Tanpa disedarinya, dia baru sahaja akan membuat perkara paling bodoh, dia ingin membatalkan panggilan masuk Lydia dari telefon Rafahmi tetapi bunyi pintu dapur mematikan niatnya.

Rafahmi mengambil telefon yang berada dekat Syuhada lalu menjawap lemah panggilan telefon dari Lydia.

“Ada apa?,” soal Rafahmi.

Syuhada yang sedang membasuh pinggan hanya mampu melirik-lirik melihat Rafahmi yang tersenyum menjawap telefon.

“Do you think I am serious?,” ucap Rafahmi. Pada masa yang sama dia melihat ke arah Syuhada. Syuhada kini sudah tertangkap melihat Rafahmi bersembang di telefon.

“Kejap,” Rafahmi sudah membuka langkah menuju ke biliknya. Syuhada kaku melihat tindakan Rafahmi tadi.

Mengapa Rafahmi perlu ke biliknya sudah berbual di telefon?

Mengapa dia pergi setelah dapat tahu aku melihatnya?

Tunggu, bukankah si pemanggil adalah Lydia?

Kenapa dia perlu bersembang secara sembunyi?

Adakah… dia sudah mampu teruskan hidup sekarang tanpanya?

Tanpa disedari, kesemua jawapan bagi soalan-soalan yang bermain di mindanya pasti akan melukainya.

“KAMU nak kemana Syuhada?,” tanya Hajah Ramlah. Rafahmi juga melihat ke arahnya, “Malam macam ni?”

“Ahh, jumpa Ajim. Kejap je”

“Hmm, baiklah. Jangan lewat sangat balik ya?”

“Baiklah,”

“AKU dah kata aku tak setuju, kalau korang nak teruskan juga aku akan bunuh diri!,” ugut Hajah Umi seperti orang hilang akal. Pisau yang cukup tajam untuk menikam lehernya didekatkan.

“Mak, bawa mengucap!,” marah Ajim. “Mak, beristigfar mak! Ya Allah”

“Aku dah kata aku tak suka, aku tak nak anak aku mati lagi pasal perempuan macam dia ni!,” teriak Hajah Umi, nada suaranya seakan-akan menangis. “Aku rela mati dari anak aku yang mati!!,”

Lydia yang kepanikan terus menghubungi Rafahmi kerana dilihat keadaan semakin tak terkawal.

“Asssalamualaikum, Fahmi. Cepat datang sini, mak mengamuk kami perlu tenaga Fahmi untuk tenangkan mak,” ucap Lydia panik bersembunyi di belakang Syuhada.

“Mak, Syu bukan perempuan tu mak, semua anak-anak selamat mak!,”

“Ya, Makcik,”

“Kau diam!!,” marah Hajah Umi.

Keadan mula senyap, membiarkan Hajah Umi bertenang. Mungkin ini dapat membantunya untuk sedarkan diri.

“Mak ini Lydia mak, mak turunkan pisau tu mak, mak sayang anak-anak mak kan?,” pujuk Lydia lembut. Hajah Umi kelihatan agak keliru.

“Aku ada anak perempuan macam kau ke?,” soal Hajah Umi lalu ketawa besar. “Tak da rasanya jadi kau ni perempuan jahanam tu ya?”

Laju Hajah Umi menerpa pisau ke arah Lydia, anak kandungnya sendiri. Laju Hajah Umi melangkah, laju lagi Syuhada melindungi Lydia dari tikaman Hajah Umi.

Tepat tikaman pisau Hajah Umi ke bahagian perut kanan Syuhada. Tikamannya agak dalam.

Terbeliak mata Ajim, “Syu!!!”

“Ya Allah, Syu!!!,” teriak Rafahmi yang baru sampai terus merakul tubuh lemah Syuhada. Lydia yang berada di sisi Syuhada sudah menangis-menangis menyalahkan dirinya.

“Kak Syu!!,”

Hajah Umi duduk memeluk lutut di sudut ruang tamu, bagai tiada apa yang berlaku. Tangannya masih memegang pisau yang sudah berlumuran darah tapi dia berlagak seperti wanita tua yang normal yang duduk sedang menikmati udara petang.

Laju Rafahmi mendukung Syuhada ke keretanya, dengan pantas itu juga dia memandu 130 km sejam menuju ke hospital RIPAS. Cemasnya dia hanya tuhan saja yang tahu. Yang dia pasti, dia tak nak kehilangan Syuhada.

Sepupu yang Tercinta (Novel)Where stories live. Discover now