Bab 35

13.3K 376 5
                                    

“Eh, tengok. Wajah doktor Haiqal nampak berseri semacam je hari ni kan?,” bicara jururawat yang tersipu-sipu apabila terpana dengan senyuman yang amat jarang dilihat.

“Handsome sangat,” balas jururawat seorang lagi. “Selalunya, nak pandang kita pun tak lalu, ini ya Allah, senyum memanjang je. Kau ada pakai ubat apa-apa ke dan bagi kat dia?”

“Gila kau, mana aku berani nak ubat doktor garang tu, walaupun aku teringin sangat memilikinya,”

Jururawat yang lainnya, geli gemalai mendengar perasaan jiwa kawannya.

“RAFAHMI Mahadi,” panggil Haiqal dari jauh. Senyumannya masih tak lekang dari rupa. Gembira sangat dia kerna dipertemukan dengan orang yang sekian lama dicari. Sepupu Syuhada Adlee, Rafahmi Mahadi.

“Hey, Haiqal Manan,” balas Rafahami apabila melihat gerangan si pemanggil. “Dude, lama tak jumpa”

“Well, yeah nearly a decade ago,” bicara Haiqal lalu bersalaman dengan rakan karibnya. “So, apa khabar?,”

“Alhamdulilah sihat, how about you?,”

“Still good though,” jawab Haiqal. Matanya melirik-lirik sekeliling, mencari gerangan orang yang dicari.

“Seragam ni, kau kerja kat sini ke?,”

“Ya, kerja doktor ubat. Lalu sini nak ambil dokumen,” jawap Haiqal. “So, kau pulak apa yang kau buat kat sini?,”

“Ah, melawat kakak ipar yang baru bersalin,” jawab Rafahmi, sambil memandang ke pintu sebelah kirinya, menandakan itu lah bilik kakak iparnya.

“Oh, ingat bini kau yang bersalin,” gurau Haiqal, dia tak tahu rakannya ini sudah kahwin atau belum. Bantai je lah. “Rafaie or Rahim ni?,”

“Abang Rahim, abang Rafaie belum kahwin,”

“Oh, macam mana dengan Syuhada?,” soal Haiqal berhati-hati, dia tak mahu Rafahmi mengesan tindakannya. “Your cousin tu,”

“Ah, Syu-,”

“Fahmi, mama panggil-,” kata-kata Syuhada terhenti. Aduh, rupanya suaminya tengah berbual rupanya dengan orang lain. Patut lah ditunggu-tunggu tak muncul-muncul. “Sorry, ganggu,”

“Hai, Syuhada,” tegur Haiqal, gementarnya cuba disembunyikan.

“Oh, err, assalamualaikum,” gagap Syuhada. Maklumlah, dia sebenarnya tak ingat yang dia pernah mengenali lelaki ini kah belum.

Rafahmi tertawa lucu memandang wajah isterinya. Comel sangat.

“Waalaikumsalam, ni kekok ni, sah tak ingat siapa kita kan?,”

“I am sorry,” jawap Syuhada jujur. Dipandangnya suaminya, langsung tak menunjukkan tanda-tanda ingin menolongnya.

“Ni Haiqal lah, Syu,” beritahu Rafahmi. Membuatkan Haiqal sedikit terkejut. Dulu, seingatnya, Rafahmi tak lah mesra sangat dengan Syuhada. Walaupun dia tahu selama ini Syuhada seorang saja yang berusaha merapatkan jurang antara mereka.

“Oh, Haiqal,” kata Syuhada sambil tertawa kecil. Aduh, muda-muda sudah pelupa begini.

“Kecik hati,” gurau Haiqal. “Ni, korang berdua ni dah mesra sangat ni, ada apa-apa ke?”

Rafahmi selamba menarik pinggang Syuhada supaya rapat dengannya, Syuhada terkejut Rafahmi tak malu ke berpelakuan begini di hadapan rakan lamanya.

“Kami suami isteri sekarang,”

Empat perkataan yang telah membuatkan hati Haiqal retak seribu. Pedihnya.

“Tah… Tahniah,” ucap Haiqal, dia cuba menyembunyikan rasa kecewa dan sedihnya. “Tak, tak sangka you guys-,”

Kata-kata Haiqal terhenti, kalau dia terus bercakap. Nada suaranya akan ketara kedengaran seperti orang sedang kecewa.

“Haiqal, are you ok?,” soal Rafahmi.

“Ah, yeah, cuma migraine menyerang lagi,” bohong Haiqal lalu berpura-pura mengurut kepalanya.

“Awak patut berehat,” nasihat Syuhada.

“I will,” balas Haiqal, tersenyum hambar. “Well, I think I should go, waktu kerja dah nak mula,”

Biarlah nampak ketara dia menghindar sekarang. Tapi berita ini mampu membunuhnya.

“NO, no tak mungkin mereka dah kahwin!,” teriak Haiqal di ruang pejabatnya. Mengapa? Mengapa? Mereka sepupu!

Haiqal menyandarkan dirinya ke arah kerusi yang ada di pejabatnya.

Kenyataan yang baru terucap beberapa minit yang lalu, sangat-sangat mengecewakannya. Musnah hancur harapannya untuk memiliki Syuhada.

Dikeluarkannya dompet kulit berwarna coklatnya, perlahan ia membuka lalu memandang sayu gambar milik pujaan hatinya yang diambil secara rahsia sewaktu ketika dahulu.

Matanya dipejam setelah puas menatap gambar, kenangan dulu terus memenuhi ingatannya.

“EH, siapa tu?,” soal Haiqal yang berseragam sekolah. Begnya disandang ke bahu. “Kenapa dia asyik pandang kau je?,”

“Ah, sepupu belah ibu,” jawab Rafahmi dengan nada sesikit terganggu.

“She’s-,”

“Yes, fat!,” rungut Rafahmi. Kelihatannya dia agak rimas membicarakan tentang sepupunya. “I really hate it kalau dia menumpang kat my house if ada event. Rimas lah”

“Oh, I am sorry,” ucap Haiqal, menggaru-garu belakang kepalanya yang tak gatal. “Dia tak lah teruk sangat”

“I beg to differ,” ucap Rafahmi lalu meninggalkan Haiqal yang masih memandang ke arah gadis yang seronok berborak bersama rakan sejantinanya.

Tanpa dia sedari sendiri, telefon bimbitnya sudah mengeluarkan bunyi seperti telefonnya sedang menangkap gambar. Dia terkejut apabila tangannya sudah menangkap gambar sepupu Rafahmi.

“SYU, aduh mengelamun rupanya, patut lah ditegur tak pandai nak jawap,” bicara Rafahmi dengan kepalanya terjenggok dari bilik wad.

“Maaf, cuma ada benda yang difikirkan,” jawap Syuhada jujur.

“Benda?,” ulang Rafahmi, mengerutkan kedua kirainya.

“Ya,” jawab Syuhada. “Fahmi, Syu ada benda nak tanya,”

“Apa dia?,”

“Pasal Haiqal,”

Sepupu yang Tercinta (Novel)Where stories live. Discover now