Bab 42

13.8K 385 11
                                    

“Assalamualaikum, bang!,” hubung Lydia yang dalam kekusutan memandang geram pada tayar puncitnya hinggakan telefonnya ini ingin dibuangnya. “Macam mana ni, tayar puncit lah bang, kat lebuh raya pulak tu. Lydia mana reti nak buat kerja macam ni,”

“Aduh, abang tengah meeting dengan klien ni, tunggu 40 minit lagi lah, sorry bye,” jawap Ajim di balik telefon.

Tut… tut…

“Eh, dimatikan pulak?,”

Lydia akhirmya membuat keputusan menunggu abangnya dan membazirkan masanya di dalam kereta.

Setelah 13 minit berlalu, Lydia masih di dalam kereta. Bosannya

“Kalau ada orang yang baik hati dan sanggup tolong, kan bagus?,” kata Lydia sendiri lalu memandang sekeliling luar. Hanya banyak kereta yang lalu lalang dengan lajunya, tetapi tiada satu pun yang menolongnya.

Lydia perlahan menutup mata, kalau dalam masa sepuluh saat tiada siapa yang lalu, dia nekad untuk jalan kaki atau menelefon abangnya lagi.

1…

2…

3…

4…

5…

6…

7…

8…

9…

10…!

Ketukan di tingkap keretanya menganggu kiraannya, terbeliak matanya apabila melihat lelaki yang dibencinya sudah berdiri di luar keretanya.

“Haiqal?,”

“Turun,” arah Haiqal, membuatkan Lydia terkoncoh-koncoh ke luar. “Mana spare tyre nya?,”

Hah?

Haiqal mengeluh kuat, “Buka bonet kereta!,”

Laju Lydia membuka bonet kereta, lalu bergegas kembali ke belakang kereta untuk melihat apa mahu si Haiqal ni di bonet keretanya. Jangan-jangan nak rompak aku agaknya.

Tapi buat apa? Dia kan doktor, mesti kaya dari aku.

Haiqal lalu mengeluarkan tayar simpanan yang ada dari bonet kereta Lydia. Laju dia menggolekkan tayar kereta Lydia ke depan.

Betul lah, dia nak rompak tayar aku yang aku tak pernah tahu ada di dalam bonet tu selama ni.

“Tunggu!!,” jerit Lydia.

SETELAH selesai kerja mengantikan tayar kereta, Lydia tersipu-sipu ingin mengucapkan terima kasih. Malu juga bila menyangka Haiqal nak mencuri tayarnya.

“Haiqal, thanks,” ucap Lydia lalu menghulurkan sekotak tisu untuk Haiqal membersihkan tangannya yang ada kesan hitam.

“Tak ada hal,”

“Macam mana awak tahu ini kereta saya?,”

“Dah kereta pun comel macam orangnya, mesti lah kenal,” usik Haiqal sebelum tergelak besar.

Budak ni, “Jom lah, saya belanja makan, saya tak suka ada terhutang budi kat orang macam awak,”

“Orang macam saya?,”

“Name the place, kita pergi sekarang,” ucap Lydia tidak menghiraukan pertanyaan Haiqal.

“Macam ni cik adik, saya tolong awak ikhlas jadi-,”

“Tak, saya takut nanti awak ungkit hal macam ni lagipun kan saya dah kata, saya tak suka terhutang budi,” balas Lydia.

“Fine, since ada orang nak pikat saya, Shabu-Shabu restaurant then, saya ikut kereta awak dari belakang,” beritahu Haiqal lalu melangkah masuk ke keretanya yang terparkir elok di belakang kereta Lydia.

Sepupu yang Tercinta (Novel)Where stories live. Discover now