(04)

407 17 2
                                    

"Hai, Zelia." Harry yang baru sampai itu membuka pintu untuk Zelia. Zelia tersenyum melihat Harry yang masih bersemangat walaupun baru sahaja balik dari kerja itu.

Tali leher yang sudah dilonggarkan itu masih elok tergantung di leher Harry. Lengan baju pula dilipat hingga ke siku.

"Hai, Harry." Zelia tergelak besar. Tali pinggang keselamatan dipakai.

"You dah kenapa tiba-tiba gelak?" Harry memandang Zelia. Tangan memegang stereng.

"Kelakarlah. Rasa pelik panggil you Harry. Selalu panggil Sir." Harry menggeleng kepala.

"Please. I tak suka orang panggil I Sir. Macam tua sangat pula. I am 28 years old for god sakes!" Harry dengan dramatik berkata sebelum mula memandu.

Zelia disebelah hanya tergelak kecil. Tangannya dalam tidak sedar menopang dagu.

"You ni dah jadi habit ni. Asyik nak menopang dagu je. Pemalas." Tangan kiri Harry menolak tangan Zelia yang menopang dagu itu.

Zelia menepuk tangan lelaki itu. Lidahnya dijelir.

"Biarlah. I jadi macam ni pun sebab selalu duduk dalam kelas you. Bosan!" Harry membuat reaksi terkejut.

"Hey! Ramai students suka I mengajar okay. Beside, I'm handsome. Girls love me. Hahahaha." Zelia menggeleng kepala.

"Whatever. You're just full of yourself." Harry mengangkat bahu. Muka comel Zelia dijeling sekilas sebelum memberi perhatian ke hadapan.

x

"Thank you, Harry. The food was hella good." Zelia menopang dagu melihat Harry yang masih lagi sedang makan.

"Don't mention it. I yang patut berterima kasih dekat you. Sudi nak keluar dengan I. Dulu kalau I ajak bukan main susah. Yelah, you kan cantik." Zelia mencebik.

"Merepek. Cepatlah makan. Nanti I belanja you aiskrim." Zelia tersengih.

Tumpuan mereka beralih ke telefon Harry yang sedang berbunyi itu. Zelia menghulur tisu ke Harry. Harry menyambut huluran itu sebelum menjawab panggilan tersebut.

"Helo, Emir." Jantung Zelia mula tidak tentu arah.

"Aku tengah makan. Dengan Zelia." Mata Zelia membesar. Dia meletak jari telunjuknya dibibir. Menyuruh Harry untuk tidak menceritakan apa-apa lagi tentang dirinya.

"Datang lah. Okay." Harry meletak telefon itu di atas meja.

"You dah kenapa? Asal I sebut nama Emir je mesti you gelabah." Harry mengelap mulutnya dengan tisu yang diberi oleh Zelia sebentar tadi.

"No. Takde apa pun. Makan lah cepat." Zelia tersenyum pahit.

"Okay, tell me."

"Tell you what?" Zelia mengangkat keningnya.

"You kenapa dengan Emir. You suka dia eh?" Harry mula menyesal tanya soalan itu apabila melihat reaksi Zelia yang diam itu. Jawapannya sudah diketahui. Hilang semangatnya.

"Kenapa? Kalau I suka dia pun, you jealous ke? Sebab you still suka I macam 2 tahun lepas?" Zelia memandang mata Harry. Harry tersenyum kecil.

"Kalau I kata I suka you, you takkan nak pun kan. Sebab I bukan orang Islam macam you. Macam Emir." Nafas Zelia berhenti di tekak. Tidak sangka Harry akan bercakap pasal hal ini.

"Just drop the topic. I taknak cakap pasal ni." Zelia menunduk. Dia mula tersentak apabila Harry memegang tangannya.

"I nak. I nak kita cakap pasal ni. I nak tahu sangat apa yang you nak I buat untuk you jatuh hati dekat I. I sanggup masuk Islam kalau tu boleh buat you suka dekat I." Zelia mengeluh.

"Harry. I dah banyak kali cakap dekat you. Love Islam first before you love me." Harry mengangguk. Tangan Zelia diusap sebelum dilerai pegangannya.

"Okay. But please. Jangan disebabkan hal ni you lari dari I. My mom loves you." Zelia tersenyum.

"You yang lari pergi U.S., Harry." Harry menepuk dahi lalu tergelak.

Mereka berdua meneruskan perbualan sebelum Emir datang memunculkan diri.

"Hai guys." Emir yang juga berkemeja seperti Harry duduk di sebelah Zelia.

"Hai." Jawab Harry. Zelia hanya mengangguk. Tidak mahu mengeluarkan suara.

Zelia hanya diam mendengar Emir dan Harry berborak. Tidak mahu masuk campur. Dan taknak jatuh perasaan lebih dalam lagi terhadap Emir. Juga tidak mahu melukakan hati Harry.

x

Zafirul menghampiri adik bongsunya yang termenung di meja makan itu. Sudah beberapa kali dia memanggil tetapi tidak pula disahut.

"Zelia?" Bahu gadis itu terhinjut apabila Zafirul menepuk bahunya.

"Abang Zaf! Terkejut Zel." Zafirul menggelengkan kepala.

"Zel tu. Abang Zaf panggil banyak kali tak menyahut. Termenung apa ni?" Zelia tersenyum pahit.

"Abang Zaf boleh simpan rahsia?" Zelia mendekati abangnya.

"Rahsia apa?" Zelia menggigit bibir mendengar suara Zulhan.

Abangnya yang lagi seorang ni bukannya betul. Ada masa macam budak-budak dan suka mengacau. Ada masa tegas dan serius. Dia hanya mampu mengeluh.

"Zel cerita ni habis dekat sini tau. Jangan nak ungkit lagi." Zelia berkata perlahan. Kedua-dua abangnya mengangguk. Zelia menarik nafas panjang lalu menghembuskannya sebelum berkata;

"I think I'm falling in love." Zelia melihat reaksi mereka yang terkejut itu lalu menyambung kata-katanya.

"And I have two problems."

(++++++)

Hai. Please do vote and comment. I really wanna know who's reading my book. Maybe we can be friends? Pretty please?

And who is good with making poster? My current poster is kinda sucks.

Dia Untukku √ (C)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora