3. Tak puasa

913 116 45
                                    

Semua Got7 senyap menikmati juadah sahur pada hari itu. Sudah beberapa hari berlalu selepas satu Ramadhan dan mereka hadapinya dengan baik walaupun ada jadual sebagai idol. Sedang mereka makan, tiba-tiba Yugyeom meletakkan chopsticknya dan memandang Jinyoung.

"Hyung, semalam waktu Gyeom dengan Bambam nak pergi hantar makanan dekat umi untuk berbuka, kitorang ada nampak perempuan ni minum air" kata Yugyeom agak serious dan Bambam mengangguk laju sambil mengunyah. Jinyoung dan Jaebum memandang ke arah mereka serentak, sedia untuk mendengar dengan lebih terperinci.

"So what? Bukan semua orang dalam dunia ni berpuasa" kata Mark dan dia menyumbat lagi satu suapan. Bambam lantas menggeleng dan dia menelan dahulu makanannya sebelum mula bersuara.

"Kitorang rasa dia orang muslim. Sebab dia ada pakai..." Bambam berhenti, kerana dia tidak tahu istilah yang betul.

"Tudung?" tanya Jinyoung seperti meneka.

"Ah, maja. Sebab dia pakai tudung" kata Bambam. Jinyoung mengangguk faham.

"Jadi, kenapa?" tanya Jinyoung lagi dan dia memandang semula YugBam yang berada di hadapannya. Bambam menyuap kembali manakala Yugyeom menyoal.

"Tak apa ke?" tanya Yugyeom dengan nada perlahan entah tak tahu kenapa. Jinyoung mengunyah, dengan mukanya seakan-akan berfikir. Sejurus telan, dia menjawab.

"Dependlah" jawab Jinyoung. Melihat YugBam yang keliru dan yang lain mula mendengar, dia membuka tazkirah dua juzu' dia yang dah berhabuk tu.

"Mengikut apa yang hyung baca, puasa dan sambutan Ramadhan ni kewajipan untuk orang muslim buat. Ada lima...tak silap hyung yang wajib untuk orang muslim buat" terang Jinyoung dan dia menunjukkan lima jarinya.

"Ucapkan dua kalimah...sya..radah? Syahadah? Ah maja. Dua kalimah syahadah. Kalimah syahadah tu macam ikrar yang menunjukkan diorang tu Islam. Tak silap hyung lah. Lepas tu, sembahyang... yang wajib ada lima. Puasa, yang kita cuba nilah. Then, menunaikan haji. Eh, bukan. Zakat dulu. Mengeluarkan zakat. Zakat tu... macam... bila orang muslim ada harta macam duit atau emas, diorang kena keluarkan harta diorang dengan jumlah yang Islam tetapkan supaya harta tu nanti boleh diberi dekat orang miskin atau seumpamanya. And last, menunaikan haji. Haji ni pula, uhm... Tahu tak ada tempat nama Mekah? Dekat Mekah, ada satu tempat yang orang muslim kata... ah, hyung tak tahu nak terangkan. Tapi orang muslim yang mampu untuk pergi Mekah, wajib pergi sebab dekat situ ialah tempat utama diorang sembahyang" terang Jinyoung panjang lebar dan dia menyuap lagi. Yang laim kelihatan sedikit terpinga-pinga.

"So, apa kaitan dengan perempuan yang tak puasa tu?" tanya Jackson, langsung tak faham. Jinyoung hampir tergelak dan dia menelan dahulu sebelum bersuara sambil memandang Jackson.

"Lima perkara yang aku sebut tadi, orang muslim wajib buat. So, kalau diorang tak buat secara sengaja..." Jinyoung sengaja buat suspen dan dia mendekatkan diri ke tengah meja, membuatkan yang lain turut melakukan perkara sama.

"Waktu diorang jumpa Tuhan diorang nanti, diorang akan dibakar" bisik Jinyoung.

"Ahhh!!" maknae line jerit serentak dan mereka kembali duduk seperti biasa. Maknae line nampak terkejut membuatkan Jaebum guling mata.

"Buat apa nak terkejut sangat? Sama je dengan kita. Buat salah masuk neraka, kan?" kata Jaebum dan maknae line terdiam. Ya tak ya juga.

"Tapi perempuan dalam Islam dikatakan istimewa tau?" kata Jinyoung agak teruja dan semua kembali memandangnya. Dia bersedia untuk menyambung.

"Dalam agama diorang, perempuan yang period tak perlu berpuasa. Ramadhan tu kan diorang sambut untuk Tuhan diorang, kan? So bila perempuan period, darah tu kotor, so tak sesuai untuk sambut Ramadhan. Dan hyung dapat tahu yang Islam tak kejam. Sesiapa yang sakit teruk atau tengah travelling jauh, tak dipaksa untuk puasa" kata Jinyoung dan sejurus itu, semua yang lain membuat bunyi 'oh' yang panjang menjadikan Jinyoung sedikit malu.

"So, mungkin perempuan yang kita jumpa tu period kot?" kata Yugyeom sambil memandang Bambam dan Bambam mengangguk. Semua kembali makan kecuali Youngjae yang kelihatan terpinga-pinga. Tiba-tiba dia bersuara.

"Period tu apa?"

Maka tersemburlah semua Got7 yang lain.

-The End : Chapter 3-

------------------------------------------;;

Hi hi!><
Okay maaf lambat update! Lala tak ada feel nak update apa-apa cerita sekarang ni XD and...yeah~ Nothing much to say. Macam mana puasa korang setakat ni?^^

Anyway thanks a lot dekat korang yang support read vote comment share fanfic ni! Lala sangat hargai korang, thank you I love you!! ♡

#StopLyingYoungjae2k17

[C] GotRamadhan! | Got7 Malay FanficWhere stories live. Discover now