6 : Selamat berpuasa! pt.1

802 97 31
                                    

"Got7, berkumpul sekejap!" jerit Jaebum dari ruang tamu membuatkan semua ahli kumpulannya keluar dari bilik dan berkumpul di sekelilingnya yang sedang duduk di atas sofa.

"Ada apa?" tanya Mark, mengambil tempat duduk di lantai di antara Jinyoung dan Jackson. Hahaha this complicated triangle love XD

"Hyung ada jumpa CEO pagi ni" kata Jaebum agak serious membuatkan yang lain senyap, menunggu kata-kata Jaebum yang seterusnya. Tiba-tiba Jaebum tersenyum.

"Company benarkan kita sediakan bekalan berbuka untuk muslim dekat sini, bawah nama Got7" terang Jaebum membuatkan semua gasp terkejut, masing-masing muka teruja.

"Really?! Kita bagi baby birds kita makan?!" tanya Jackson separuh menjerit. Jaebum menggeleng dengan pertanyaan Jackson.

"Bukan untuk ahgase je. Tapi untuk muslim sekitar sini. Company kata diorang akan carikan 150 orang muslim untuk event tu. Jadi kita kena sediakan 150 iftar-pack untuk diorang" terang Jaebum dan mereka semakin excited kecuali Bambam.

"Ifabaek tu apa?" tanya Bambam, blank. Semua senyap seketika sebelum tiba-tiba...

HAHAHAHAHAHA!!

Masing-masing ketawa berguling-guling sampai senak perut. Bambam semakin blank.

"Ifabaek" ulang Jackson kepada Youngjae dan mereka ketawa lagi membuatkan Bambam semakin keliru. Jinyoung yang sudah reda ketawanya lantas memegang bahu Bambam untuk menerangkan.

"Bukan ifabaek. 'Iftar-pack' lah. Iftar dalam bahasa Arab bermaksud 'berbuka' so kita buat macam lunch-pack tapi untuk berbuka. Sebab namanya Iftar-pack, faham?" terang Jinyoung dan dia ketawa kecil. Bambam yang sudah faham lantas mahu memberontak.

"Alaaaa mana Bam tahu!!" marah Bambam dan mereka ketawa lagi untuk beberapa ketika. Sebentar kemudian, ketawa mereka mula berkurangan dan Jaebum sedia untuk meneruskan perbincangan mereka.

"Okay, cukup" kata Jaebum dan yang lain senyap manakala Youngjae menahan tawanya. Jaebum terbatuk sedikit sebelum menyambung.

"Sekarang pukul 12, so oleh kerana kita ada tujuh--"

"Pffft HAHAHAHAHA ifabaek lawak sangaHAHAHAHAHAHA!!" Youngjae terbaring semula sambil ketawa kuat membuatkan Jackson dan Yugyeom turut ketawa.

"Yah! Dah dah lah tu!" marah Bambam dan dia turut ketawa.

Mereka kemudian mengambil 15 minit untuk melupakan lawak itu.

"Okay, sekarang dah 12:15. So kita ada kurang daripada 5 jam untuk siapkan 150 iftar-pack. Lepas tu kita kumpul dekat depan office JYPE untuk agihkan" kata Jaebum lancar dan mereka mengangguk pantas.

"So, kita nak masak apa?" tanya Jinyoung, tersenyum teruja. Yang lain mula berfikir.

"Mark's Meal?" cadang Yugyeom dan Youngjae mengangguk laju.

"Joha! Resepi tu mengenyangkan and murah" kata Youngjae dan dia ketawa kecil. Jaebum mengangguk setuju.

"Air kita boleh buat Kiderella!" cadang Yugyeom semangat. Jinyoung ketawa mendengarnya manakala Mark seboleh-boleh setuju.

"Okay deal. So hyung, Mark hyung, Bambam and Youngjae masak. Nyoung, Jackson dengan Yugyeom buat air. Okay?" Jaebum memberi tugasan dan mereka terus mengangguk setuju teruja. Dengan pantas mereka berlari keluar dorm untuk membeli bahan.

"Yeay yeay buat ifabaek!"

"HOHOHOHO SHI-- LAWAKLAH!!" Youngjae terus ketawa kuat apabila Jackson membahan Bambam. Hampir sahaja dia mencarut membuatkan yang lain turut ketawa.

"Dah dah senyap!! MARHABAN YA RAMADHAN MARHABAN YA RAMADHAN!!" Bambam menyanyi kuat sehingga voice crack sambil menutup telinga dan mereka ketawa lebih kuat.

Haih.. Ada yang batal puasa budak2 ni kang=.="

-The End : Chapter 6-

~~~~~

Jackson Wang's Malay Name
(Yang diberi oleh Umi)

- Rifdi Harith -

"Nama Jackson ialah Rifdi Harith. Rifdi ialah 'pemberian' dalam bahasa Arab dan Harith bermaksud 'kekuatan'. Oleh kerana Jackson ialah happy pill dan positive angel dalam Got7, umi bagilah nama tu untuk dia. Rifdi Harith : Pemberi Kekuatan"

-------------------------------------------;;

ALOHA KALIAN!
Puasa dah nak habis oh geeeez XD so Lala buat keputusan untuk buat 10 chapter sahaja><

Oh untuk yang nak tahu apa itu Kiderella, sila lah tonton Real Got7 Season 4 Ep 7 : Drink, Play, Talk
Untuk mengetahui air apa tu. Kay bye!

Oh! Thanks untuk yang support read vote comment share buku ni. Jeongmal gumawo! Lala love you!>~<

[C] GotRamadhan! | Got7 Malay FanficTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon