4. 'Marlhaban'

898 109 32
                                    

"Hyung!!" jerit Yugyeom apabila dia berlari ke arah ruang tamu di mana semua ahli kumpulannya di situ menonton tv.

....

Tiada response. Yugyeom mengguling mata.

"Wey, pencinta sejenis! Pandanglah sini kejap!" kata Yugyeom selamba. Tiba-tiba 2Jae memandangnya tajam. Pfft.. Mengaku pencinta sejenis!

"Sesungguhnya kami di bulan Ramadhan~ Maka tiadalah golongan-golongan manusia yang mencintai manusia sejantinanya" kata Jinyoung penuh keinsafan. Jackson mengerutkan dahi memandang Jinyoung. Apa sia?

"Hah, Gyeom nak cakap apa?" Mark memandang Yugyeom. Yugyeom tersenyum luas.

"Hari ni tak ada sched. Kita lepak kedai umi jom?" ajak Yugyeom. Semua Got7 diam, memandang satu sama lain sebelum mereka serentak menjadi excited.

"Jom!" jerit mereka dan mereka terus berlari meninggalkan tv yang masih menyala untuk bersiap. Yugyeom dengan senang hatinya duduk di sofa seorang diri, menonton tv sementara menunggu mereka yang lain.

~(^3^)~

"Umi, kenapa umi letak nama lain untuk kitorang?" tanya Jinyoung sewaktu mereka semua 'melepak' di kedai Umi. Oleh kerana kedai Umi merupakan kedai muslim yang terletak di hujung blok, tak ramai orang datang menjengah mahu pun lalu di hadapan kedai itu. Jadi Got7 terasa agak bebas dan tenang berada di situ.

"Sebab dulu nama-nama tu ialah nama-nama yang Umi teringin nak letak kalau Umi dapat anak. Tapi tak ada rezeki, kan? Jadi oleh kerana korang semua ni dah suka sangat jadi anak Umi, Umi letaklah nama tu untuk korang" terang Umi tenang. Mereka bertujuh mengangguk faham.

"Umi, biasanya kalau umi tak ada pelanggan, umi buat apa?" tanya Jaebum pula. Umi tersenyum manis.

"Umi dengar lagu-lagu raya" kata Umi dan serta-merta mereka jadi berminat apabila terdengar perkataan 'lagu'. Youngjae yang tadi duduk terus meniarap menghadap Umi dengan kakinya digoyang-goyangkan.

"Lagu apa tu? Nak dengar!" kata Youngjae teruja. Umi ketawa kecil lantas mencapai radio di atas kaunter.

"Raya tu macam pernah dengar" kata Jackson, mula berfikir dari mana dia dengar perkataan tersebut.

"Alaa, ingat tak tahun lepas, kita nak sambut Syawal tapi tak dapat tu? Hari Raya bagi orang yang berpuasa?" kata Jinyoung cuba mengingatkan dan hyung line terus teringat sambil mereka berkata 'oohhh'.

"Kalau dekat Malaysia, diorang suka buat lagu yang berkaitan dengan hari raya berbanding Ramadhan. Lagu Ramadhan yang umi ada pun lagu ni je" kata Umi dan dia menekan button play, mengeluarkan lagu Ramadhan yang dimaksudkan.

" Ramadhan tiba!

Ramadhan tiba!

Ramadhan tiba!

Marhahan Ya Ramadhan!

Marhaban Ya Ramadhan!

Marhaban Ya Ramadhan!

Marhaban Ya Ramadhan! '

"Woaaa~ Lagu ni seronok!" kata Mark sambil ketawa kecil dan masing-masing mula menari freestyle sambil ketawa keseronokkan seperti kanak-kanak manakala Youngjae menepuk-nepuk lantai mengikut beat dan tubuhnya bergoyang-goyang gembira.

"Umi selalu dengar lagu ni awal-awal bulan. Tapi sekarang--" kata-kata Umi terhenti apabila dia yang dari tadi memandang radio itu mengangkat kepala dan melihat tujuh anak angkatnya itu menari riang. Dia terdiam seketika sebelum ketawa kecil dan menggeleng kepala. Ada ada jelah diorang ni.

~(-_-)~

"Marlhaban ya ramadhan! Marlhaban ya ramadhan!" nyanyi Bambam dengan nada sumbang sewaktu mereka berjalan pulang ke dorm membuatkan mereka yang lain ketawa mendengarnya.

"Lagu tu seronok! Rasa macam nak menari setiap kali dengar" kata Yugyeom lalu ketawa kecil.

"Yah yah, apa kata kita nyanyi sama-sama?" cadang Jackson penuh excited. Jinyoung terlebih dahulu ketawa.

"Jom jom! Jaebum hyung nyanyi yang 'ramadhan tiba' tu lepas tu semua nyanyi 'marlhaban'" cadang Yugyeom teruja.

"Anni. Mula-mula Jaebum, lepas tu Jinyoung, lepas tu Youngjae, bila part 'Marhaban' tu semua nyanyi" cadang Mark pula membuatkan mereka semakin excited. 2Young tak berhenti-henti ketawa.

"Araseo. Hyung start" kata Jaebum semangat dan semua senyap manakala 2Young menahan ketawa menunggu Jaebum memulakan lagu untuk disambung.

"Ramadhan tiba!"

"Ramadhan tiba!"

"Ramadhan tibahahahaha!" Youngjae ketawa kuat lagi membuatkan Jinyoung dan Mark turut ketawa.

"Alaa betul-betul lah!" marah Jackson tak serupa marah.

"Araseo, araseo lagi sekali" kata Youngjae, mula bertenang. Jaebum dan Jinyoung bersedia.

"Ramadhan tiba!"

"Ramadhan tiba!"

"Ramadhan tiba!"

"Marlhaban yaHAHAHAHA!!" semua ketawa berdekah-dekah macam nak gila. Sakit perut masing-masing.

"Yahhh apa yang kita buat ni?" kata Bambam dan mereka ketawa lagi. Lalu sepanjang hari itu dan hari-hari seterusnya, lagu itu menjadi 'makanan' mereka sepanjang bulan puasa.

-The End : Chapter 4-

~~~~~~~~

Mark Tuan's Malay Name (Yang diberi oleh Umi)

-Syafiy Mifzal-

"Syafiy kalau dalam bahasa Arab bermaksud 'Yang tenteram' atau 'Yang Suci'. Mifzal pula dalam bahasa Arab bermaksud 'Yang mulia'. Jadi nama ni Umi letak untuk Mark sebab dia yang paling tenang dan senyap antara korang. Syafiy Mifzal : Yang tenteram dan mulia"

---------------------------------------------;;

Hi lagi! XD
Maaf lagi sekali sebab super lambat update. Lala xde feel lah lately :'D Lala cadang nak update Magu Doll!, Larynx, dengan I Love You sekali hari ni. Tapi tak tahulah. Tengoklah macam mana :D

Oh and utk korang yang support, read, vote, comment and share fanfic ni, thanks so much! Lala saaaaaaayang korang! Peace out! (Y)

Ramadhan tiba! x4
Marhaban Ya Ramadhan! x4

[C] GotRamadhan! | Got7 Malay FanficWhere stories live. Discover now