9: 2 hari sebelum Syawal

602 68 22
                                    

Oleh kerana Got7 ada jadual, mereka dapat jumpa Umi malam itu untuk persiapan menyambut Syawal mereka. Umi menyebut beberapa kali perkataan 'kuih raya' tetapi sampai sekarang mereka tak tahu apa itu.

"Anak umi tak penat ke? Balik kerja terus tolong umi?" tanya Umi sejurus mereka tiba di rumah Umi. Jaebum menggeleng pantas.

"Tak--"

"Kitorang teruja!" Youngjae memotong kata-kata Jaebum sambil menepuk tangan seperti kanak-kanak. Umi ketawa kecil.

"Then jom buat kuil raya!" kata Bambam semangat.

Senyap.

"Kuil?" ulang Umi. Semua senyap lagi. Tiba-tiba...

"HAHAHAHAHAHAHA!!" Got7 bising ketawa berdekah-dekah. Mark sudah pun berguling di lantai, Youngjae melekat di dinding, Jinyoung cangkung, Jaebum mengelilingi seluruh ruang tamu, Jackson melutut sambil tekan perut, Yugyeom pula hanya mampu memeluk Bambam yang terpinga-pinga sambil ketawa.

"Apa yang lawak ni?" tanya Bambam, blank af.

"Kuih lah! Bukan kuil!" Jinyoung membetulkan dalam ketawanya lalu mereka ketawa lagi. Muka Bambam merah menahan malu.

"Alaaa mana Bambam tahu!" kata Bambam dan mereka ketawa lebih kuat.

"H-Hari tu-- Hahahahahaha!! Hari tu ifabaekekekeke!!" kata Youngjae sambil ketawa macam nak gila. Bambam geram lantas menarik tangan Umi ke dapur.

"Abaikan budak-budak terencat ni, Umi" kata Bambam lalu dia juga ketawa kecil.

~(>~<)~

Semua melihat Umi mengeluarkan bahan-bahan untuk membuat kuih raya yang pertama. Mereka duduk mengelilingi meja makan Umi yang family size 8 seater itu.

"Umi, kita nak buat kuil apa?" tanya Jackson sambil menongkat dagu.

"HOHOHOHO SHI-- LAWAKLAH!!" Youngjae ketawa kuat sambil memukul dada Jackson. Jackson menjerit kerana pukulannya dan yang lain terus ketawa melihat mereka.

"Ey, dah dah lah tu mengejek orang" kata Umi lembut dan dia meletakkan bahan di atas meja.

"Tak apa, Umi. Dah biasa" kata Bambam lalu ketawa kecil. Setelah beberapa minit untuk menunggu semua bertenang, akhirnya mereka mula membuat kuih raya pertama, iaitu biskut dahlia. Umi membuat satu adunan manakala Got7 buat dua adunan.

"Keluar atas dulang, lepas tu tekan sikit baru putuskan" kata Umi, mengajar cara menggunakan acuan yang membentukkan biskut itu. Jinyoung dan Mark yang menawarkan diri untuk mencuba lantas mengikut kata-kata Umi. Umi tersenyum.

"Lepas tu, dekat atas dia, boleh lah letak hiasan, ceri atau coklat cip" kata Umi.

Akhirnya mereka bergerak ke kuih raya kedua selepas Youngjae diberi tugas untuk menghias kuih tersebut. Kuih kedua : Almond London.

"Letak almond dekat tengah-tengah lepas tu cover seluruh almond tu dengan doh sampai jadi bentuk bujur macam ni" kata Umi, kali ini semua menawarkan diri untuk buat. Tiba-tiba..

"Umi!! Youngjae rosakkan kuih!!" adu Jinyoung, menunjukkan ke arah Youngjae yang sedang meletakkan M&M di atas biskut dahlia. Youngjae terkejut, lantas dia terus nak menangis.

"M-Mianhae.."

"Eh tak apa, tak apa. Letak coklat tu pun boleh juga" kata Umi lalu tersenyum manis. Youngjae rasa seperti rohnya kembali masuk tubuh membuatkan dia mengeluh lega.

"Ish, hyung ni! Takutkan Jae je!" marah Youngjae kepada Jinyoung.

"Mana hyung tahu! Umi kata tadi ceri atau coklat cip!"

Umi hanya tergelak kecil.

~(☆_☆)~

"Tengok Umi buat" kata Umi lalu dia memasukkan acuan kuih keempat : kuih ros, ke dalam minyak. Selepas membuat kuih ketiga iaitu Cornflakes Madu, mereka meneruskan dengan kuih ros pula.

"Whoaaaaa~~!" Got7 terpegun apabila melihat Umi menggoyangkan acuan itu di dalam minyak dan menghasilkan kuih tersebut. Mereka sangat teruja melihat hasil kuih itu.

"Nak cuba!!" Jinyoung mengangkat tangan.

"Oh, nak juga!" kata Yugyeom.

Akhirnya semua cuba melakukan kuih ros itu. Mark, Jinyoung dan Yugyeom mendapat pujian kerana buat dengan baik, Jackson dan Bambam mendapat sedikit masalah dan dibantu oleh Umi.

"Hohohohoho seronoknya!" kata Youngjae apabila giliran dia. Semua diam melihat Youngjae.

Yang hakikatnya hanya tubuh Youngjae yang bergerak. Acuan itu tegak tanpa bergerak.

Umi facepalm. Macam ni pun boleh.

"Okay, Asyaf. Goyangkan acuan tu" kata Umi kepada Jaebum apabila gilirannya. Malang sekali Jaebum goyang terlebih kuat. Habis merecik minyak panas ke seluruh tempat.

"Woiiiii nak bunuh kitorang ke, setan?!" marah Mark dan mereka melarikan diri ke ruang tamu secepat mungkin. Jaebum terus ketawa kuat. Umi menggelengkan kepala.

Diorang ni kan.

- The End : Part 9 -

~~~~~

Bambam Bhuwakul's Malay Name
(yang diberi oleh Umi)

- Danika Arfa -

"Bambam, kalau Jackson ialah happy virus, Bambam ialah healer. Dia pandai menceriakan balik keadaan kalau keadaan tu terlalu serious atau sedih. Bagi Umi, dia paling bagus dalam hal tu antara Got7. Sebab tu Umi letak nama dia Danika Arfa yang bermaksud Penyembuh Yang Mulia"

-------------------------------------------;;

Halo!
Maaf fanfic ni SLOW AF update but i'm pretty sure korang tak menunggu sangat berbanding mereka yang membaca fanfic Memories Ringing kekekeke XD

1 more chap to do and this book will complete! XD

[C] GotRamadhan! | Got7 Malay FanficWhere stories live. Discover now