10 : Farewell, Ramadhan.

645 64 17
                                    

"Esok dah hari raya, jadi anak-anak Umi tidur awal, okay?" kata Umi sebelum mereka berpisah malam itu kerana Got7 hendak pulang ke dorm mereka. Mereka semua mengangguk faham, senyuman tak lekang dari bibir mereka kerana teruja dengan sambutan hari esok.

"Kitorang balik dulu!" ucap Got7 serentak lalu mereka berjalan kaki untuk balik ke dorm. Sepanjang jalan, semua orang tanpa sengaja menjadi senyap. Jaebum memandang langit, lalu mengeluh.

"Tahun kedua kita sambut Ramadhan" kata Jaebum. Bambam dan Yugyeom tersenyum manakala Mark mengangguk.

"It was fun. Macam tahun lepas" kata Mark pula. Berbanding teruja, mereka bersuara tenang.

"Yup. Banyak benda kita belajar tahun ni. Rasa macam kita dah betul-betul faham Ramadhan" kata Youngjae pula dan dia tersenyum sendiri.

"Betul. Macam kita belajar perkataan baru dari Bambam. Ifabaek dan kuil raya" Jackson mengejek Bambam. Youngjae terus ketawa kuat manakala Bambam terus mengejar Jackson yang melarikan diri.

"Yah! Tunggulah!" kata Yugyeom lalu dia mengekori langkah larian Bambam. Mark pula menarik Youngjae berlari bersama membuatkan Youngjae ketawa lebih kuat. Jinyoung dan Jaebum hanya ketawa melihat ahli kumpulan mereka yang lain.

"Jom sambut Ramadhan lagi tahun depan!" jerit Mark sambil berlari bersama yang lain.

"Yes! Kita sambut Ramadhan tiap-tiap tahun!" jerit Youngjae pula.

"Maja! And kita buat ifabaek dan kuil raya lagi!" ejek Jackson lagi membuatkan Youngjae ketawa lagi.

"Hyung dah lah! Kesian Bambam!" jerit Yugyeom dan Bambam terus menyanyi kuat.

"Marlhaban ya Ramadhan! Marlhaban ya Ramadhan!!" mereka termasuk Jinyoung dan Jaebum ketawa lebih kuat dengan voice crack Bambam.

Apabila yang lain makin jauh, tawa Jaebum dan Jinyoung mula hilang dan mereka masing-masing diam. Senyuman mereka turut hilang dan mereka kekal begitu seketika. Jinyoung memandang kasut dan dia mengeluh kecil.

"Hyung, macam mana nak beritahu diorang?" tanya Jinyoung perlahan. Jaebum terdiam manakala Jinyoung memandang ahli kumpulannya yang makin jauh.

"Diorang dah semangat nak sambut Ramadhan tahun depan" kata Jinyoung dan dia memandang Jaebum yang memandang kasut.

"Entah apa perasaan diorang kalau kita beritahu yang entertainment kita tak benarkan kita sambut Ramadhan lagi" sambung Jinyoung dan dia ketawa tak ikhlas. Jaebum tersenyum lemah, air matanya hampir terbentuk.

"Mesti diorang sedih kalau tahu... ni Ramadhan terakhir kita" kata Jaebum perlahan. Mereka berdua kekal senyap seketika.

"Nyoung tak nak tidur" kata Jinyoung sambil memandang hadapan. Keluhan beratnya dilepaskan. "Nyoung tak nak Ramadhan berakhir" sambungnya. Jaebum mengangguk setuju.

"Hyung pun. Kalau boleh hyung nak peluk Umi tadi lama-lama tadi" kata Jaebum pula. "Esok last day kita boleh jumpa Umi" sambung Jaebum dan suaranya sedikit sebak. Jinyoung memandangnya dengan mata berair.

"Mianhae. Nyoung yang kenalkan Ramadhan--"

"Tak payah minta maaf" kata Jaebum, memotong kata-kata Jinyoung membuatkan Jinyoung terdiam. Jaebum membalas pandangannya dan tersenyum manis.

"Gumawo, Jinyoung. Sambutan Ramadhan yang kita hadapi sepanjang dua tahun ni ialah pengalaman paling manis untuk Got7" ucap Jaebum. Jinyoung tersentuh lantas mereka berpelukan erat. Jinyoung memejam mata rapat dan air matanya mengalir.

"Jangan nangis" kata Jaebum, membalas pelukan Jinyoung. "Kita sebagai idol, kena korbankan apa yang kita suka, okay? Anggap pengorbanan ni demi masa depan Got7 dan ahgase. Araseo?" pujuk Jaebum. Jinyoung hanya mampu mengangguk.

/(T_T)\

"Selamat hari raya, Umi!" ucap Got7 keesokkannya, di pagi itu ketika mereka di rumah Umi. Umi hanya ketawa kecil dan mengangguk.

"Selamat hari raya, anak-anak Umi" kata Umi pula. Seperti yang Umi terangkan malam terakhir Ramadhan semalam, mereka melakukan 'Berbuka besar' dan beberapa lagi adat yang Umi ajar.

"Sejujurnya, semalam Jae berat hati nak tinggalkan Ramadhan. Tak tahu kenapa" kata Youngjae. Jinyoung dan Jaebum tersentak tanpa sesiapa perasan. Bambam mengangguk setuju.

"Maja. Bam pun semalam tak boleh tidur" kata Bambam.

"Eyy bertenanglah. Tahun depan ada lagi Ramadhan" kata Mark, bernada bersahaja. Jinyoung dan Jaebum memandang satu sama lain.

/(;----;)\

"It was so fun! Hari raya is so fun!" kata Jackson. Got7 terpaksa balik petang itu juga oleh kerana ada schedule yang perlu diselesaikan. Umi hanya ketawa kecil.

"Kitorang balik dulu, Umi. Nanti kitorang ada masa kitorang melawat" kata Yugyeom pula. Baru sahaja mereka hendak berlalu pergi, tiba-tiba Jaebum menghampiri Umi. Jaebum cuba senyum semanis mungkin.

"Umi, terima kasih sebab jaga kitorang, ajar kitorang macam-macam and layan kitorang macam anak Umi sendiri" ucap Jaebum, air matanya mula terbentuk. Umi agak terkejut manakala Got7 yang lain mula keliru. Jaebum tak buat apa-apa tindakan untuk mengelap air matanya yang mengalir.

"Terima kasih sebab terima Asyaf sebagai anak Umi, and even bagi nama yang baik untuk Asyaf. Dan Asyaf minta maaf sebab Asyaf bukan anak yang baik" sambung Jaebum, menggunakan nama Melayunya.

Air mata Umi turut terbentuk. Melihat Umi yang hampir menangis, Jaebum terus memeluk ibu angkatnya itu seerat mungkin. "Maafkan Asyaf, ya?" kata Jaebum dengan suaranya yang menggigil.

"Kenapa ni? Kenapa Jaebum hyung menangis?" tanya Youngjae seperti berbisik oleh kerana mereka semua keliru dengan apa yang terjadi. Mereka memandang satu sama lain sehinggalah Mark terpandang Jinyoung dan dia terperasan yang Jinyoung juga sedang menangis melihat Jaebum dan Umi.

Jaebum seakan tak mahu lepaskan pelukan, dan tangisannya mula menjadi-jadi. Dia memejamkan matanya serapat mungkin.

Farewell, Ramadhan.

Farewell, Umi.

Jangan lupa anak-anak Umi ni, okay?

Kitorang akan rindukan Umi.

- The End : GotRamadhan! -

~~~~~

Kim Yugyeom's Malay Name
(yang diberi oleh Umi)

- Ammar Zafran -

"Lepas apa yang kamu semua cerita dekat Umi tentang Yugyeom, yang mana dia harap sangat-sangat Got7 jadi idol sebagai sebuah kumpulan dan dia nangis kalau Got7 ada masalah, Umi buat keputusan untuk namakan dia Ammar Zafran. Kalau dia tak ada, mesti Got7 tak berjaya macam sekarang. Sebab tu nama dia Ammar Zafran - Penerang Kejayaan"

-------------------------------------------;;

Tamat sudah GotRamadhan! XD Macam tak percaya kannnn?!

And Lala sengaja buat ending dia angst sebab it has been funny through this whole book so why not XD Jangan benci Lala plis! XD

So thank you so much for those yang support, baca, vote, comment or share buku ni. It has been a long journey and Lala takkan berjaya siapkan tanpa korang. So thank you so much again!

Until now, GotRamadhan! fin!! ♡♡

[C] GotRamadhan! | Got7 Malay FanficWo Geschichten leben. Entdecke jetzt