KEJAM

3.8K 36 3
                                    

   "Pang,"berbekas merah di pipi Zahratul Husna. Memang ini lah lumrah kehidupannya selepas berkahwin. Tiada bahagia. Bahagia selepas kahwin merupakan impian palsu dalam kehidupannya. Herdik, makian, cacian, sepak terajang sudah menjadi asam garam dalam rumah tangganya dengan Hafizul Alami.

  "Woi,betina,aku balik kerja letih, bancuh kopi pun tak sedap,bangang NAK MAMPOS!"

   "Maafkan Zahra, abang..."

   "Maaf je kau tahu, kau ni jenis perempuan kampung, kolot, busuk, hodoh."

   Air mata Zahratul Husna dah kering. Tidak mampu lagi menangis. Dalam dunia ni dia hanya tinggal sebatang kara. Anaknya baru berusia 5 tahun, belum cukup matang untuk mengerti tentang kehidupan. Waktu kecilnya menumpang di rumah Rimbunan Kasih, rumah anak yatim yang diwakafkan oleh Dato' Ramli, seorang ahli perniagaan tersohor.

   Oleh kerana kecerdikan dan kepandaiannya dalam bidang pelajaran, Zahratul Husna melanjutkan pelajarannya di Universiti Sains Islam Malaysia dalam bidang Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah.

  Dia terimbau kenangan detik perkenalannya bersama insan bernama Hafizul Alami. Lelaki ini merupakan rakan sekuliahnya. Mempunyai perwatakan menarik, berkulit cerah, kacak, tampan, lemah lembut dalam berbicara serta cukup ilmu agamanya. Membuatkan impian setiap wanita mendambakannya sebagai suami soleh. Itu dulu. Jangkaannya meleset setelah sebulan berkahwin. Lemah lembut bertukar ganas dan kejam. Tutur bicara sopan diganti makian dan herdikan. Belaian lembut ditukar ganti hayunan dan layangan tangan kaki.

   "Abang, kenapa abang dah mula berubah, dulu abang tak macam ni, abang..."

   "Eh, pandai nak menjawab nak nasihat kan aku pulak, kepala hotak kau, aku pun tak tahu kenapa aku nikah dengan perempuan puaka macam kau! Nah," dilayangkan tapak kaki tepat di atas muka Zahratul Husna.

   Pedih. Mata Zahra berpinar. Pandangan mula kabur. Bibirnya mula berdarah. Allah, ampunkan aku Ya Allah. Lafaz itulah terakhir keluar daripada mulut Zahra sebelum mukanya tersembam dan tidak sedarkan diri.
  
   Padan muka kau. Hafizul Alami puas dengan perbuatannya itu. Tersengih menampakkan deretan giginya sebelah kiri. Ditinggalkan isterinya yang terbaring kesakitan di depan pintu rumahnya. Dia menyarung kurta hitam dan memakai kopiah putih bercorak masjid sebelum melangkah keluar daripada rumahnya. Kereta Nissan Teana biru dipandu laju beransur meninggalkan rumahnya.

  "Haha..rasakan, nak nasihat aku konon, perempuan BODOH!"

   "Nak, mari, peluk emak, mak minta maaf ye tinggalkan Zahratul Husna sejak kecil lagi."

   "Bukan kehendak mak dengan ayah nak tinggalkan kamu. Ini semua ketentuan Allah, nak. Mak dan ayah harap kamu bersabar dengan ujian ini."

   "Allah tak menghantar ujian yang tak tertanggung oleh hambaNya nak, teruskan berdoa ye nak."

   Air mata Zahratul Husna menitis laju. Hanya mimpi begini yang selalu membuatkan dirinya tabah menghadapi semua ujian ini. Zahratul Husna mula sedarkan diri, dia pun tidak tahu sudah berapa lama dirinya terbaring di hadapan pintu utama rumahnya.

   "Ibu, kenapa ibu tidur dekat sini? Ayah pukul ibu lagi ke?" soal Hani Zalikha yang baru pulang daripada tadika.

   "Tak la nak, mak mengantuk sangat tadi, terlena depan ni."

   Zahratul Husna memeluk erat anaknya, air matanya menitis semakin laju. Dia tahu dia perlu buat sesuatu untuk mengelakkan perkara ini terus berulang. Tapi dia buntu.

   Orang seperi Ustaz Hafizul Alami sangat disegani oleh masyarakat. Wajahnya sentiasa terpampang di semua televisyen kerajaan dan swasta. Manakan seorang ustaz yang baik memukul anak dan isterinya sebegitu rupa. Semua ini sentiasa bermain di fikiran Zahratul Husna.

   Menyesal dengan takdirnya berkahwin dengan Hafizul Alami?? Astaghfirullah Al-Azim.. Apa aku ucapkan ini, ampunkan aku Ya Allah, semua ini ada hikmahnya.. Sampai bila aku harus bersabar?? Bila aku mahu bertindak? Sampai bila aku hendak menipu diri sendiri? Menipu Hani Zalikha? Zahratul Husna bermonolog.

   Allah..berikan aku kekuatan dan penyelesaian terhadap masalah aku ini Ya Allah...

  

TITIK HITAM PENDOSAOù les histoires vivent. Découvrez maintenant