Cuti?

1K 18 8
                                    

7.30 pagi.

Latifah mengheret beg bagasi coklat sambil menggalas beg hitam komputer ribanya, zipnya seakan ternganga sedikit, menjuihkan plastik lapisan dalam beg.

"Assalamualaikum ummi. Selamat pagi," sapa Latifah sambil mencium pipi kanan Datin Aminah.

"Waalaikumussalam, angah. Angah nak pergi mana tu beg penuh tu?"

"Hehe. Angah nak pergi Taiping la ummi, bercuti sementara tak posting lagi ni. Jangan risau, bercuti ngan Adeq je," jawab panjang lebar Latifah.

Dia kenal sangat resam ibunya, jikalau tak cerita semuanya, pasti akan dikorek selapis demi selapis hinggalah dapat semua maklumat yang ingin diperoleh.

Biasa lah. Sifat ibu.

"Eh, sampai ke Taiping. Jauh juga tu. Mak ayah si Adeq tu tak risau ke?" - Dato' Razali menegur sambil menyisip kopi O panas.

"Dah minta kebenaran ibu abah dia dah ayah. Jangan risau."

"Ok la angah. Makan la dulu nasi lemak ayam goreng tu. Ni mak ada bungkuskan untuk si Adeq dan keluarga."

"Baik mak."

Begitu lah Datin Aminah. Walaupun mempunyai dua orang gaji, setiap tugasan memasak tetap dilaksanakan dengan baik. Dia punya prinsip tersendiri, air tangan sendiri mempunyai rencah kasih sayang tersendiri, khas buat suami dan anak-anak.

Latifah menyuap nasi satu demi satu. Sesekali bahagian paha ayam goreng, dicarik lalu diselitkan dalam gumpalan nasi.

Sedap. Tak sedar, dia sedikit gopoh dalam menghabiskan sepinggan nasi.

"Amboi, gelojohnya anak dara makan!"

"Hehe. Sorry ayah. Sedap la pulak nasi ummi ni."

"Sedap pun takkan nak suap dengan pinggan-pinggan."

Gelak tawa mereka sekeluarga memecahkan hening pagi.

----

Kereta Latifah diparkir betul-betul di hadapan pintu kedai runcit kepunyaan Pak Yusof.

Dengar saja bunyi kereta berderam, Atiqah memunculkan diri sambil tersenyum.

Mak Zaiton dan Pak Yusof turut berdiri di belakang kerusi roda Atiqah.

"Masuk dulu Latifah, kita minum pagi," pelawa Mak Zaiton.

"Eh, tak pa Mak Zaiton. Saya dah sarapan nasi lemak ayam dah ni. Perut pun dah buncit ni. Ni ummi saya bagi bekal untuk Mak Zaiton dan Pak Yusof,"
Latifah menolak pelawaan Mak Zaiton, sambil bersalaman.

"Ermm. Tapi kan Latifah, Atiqah ni berkerusi roda, tak susahkan awak ke nanti kat Taiping tu? Ni pertama kali, dia keluar rumah tanpa mak dan bapak dia."

Jelas kerisauan terserlah di muka Mak Zaiton sambil Pak Yusof menganggukkan kepala tanda setuju.

"Tak perlu risau Mak Zaiton, Pak Yusof. Dia ni kawan baik saya. Pandai la saya jaga dia. Kalau nakal, saya tolak dia jatuh bukit," usik Latifah sambil menjentik telinga Atiqah di sebalik tudung.

"Berani kau tolak aku. Aku mati, jadi hantu, aku kokak kepala hang yang fius putus tu," balas Atiqah sambil kedua belah tangannya dihulur ke depan lagak si hantu ingin mencekik mangsa.

"Mak Zaiton, Pak Yusof. Kami gerak dulu ye. Nanti lewat pula."

----

"Jap, aku tak tahu kenapa kau beriya sangat ajak aku bercuti ni. Kalau tempat lain takpa, ini Zoo Taiping kot!" Atiqah mengomel sambil mencebik.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 11, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

TITIK HITAM PENDOSAWhere stories live. Discover now