BERMUKA-MUKA

1.8K 29 19
                                    

Zahratul Husna baru selesai solat Isyak. Sengaja tidak di tanggalkan telekung yang menyarung mukanya yang bujur sirih itu. Wirid dan zikirnya agak panjang. Sesekali matanya di lirik ke tepi, memandang dengan penuh kasih penyambung zuriatnya, Hani Zalikha. Mulutnya terus berkumat-kamit memuji Tuhan. Ya... Manusia selalu mengeluh apabila diuji tuhan, tetapi tak pernah bersyukur dengan pemberian tuhan. Sungguh hipokrit.. Mementingkan diri dan sombong walaupun dengan Si Pencipta Kejadian. Air mata Zahratul Husna mengalir merenung nasibnya jika nyawanya diambil sekarang, cukupkah amalan, terlaksanakah tanggungjawab terhadap tuhan. Dibiarkan sahaja air mata itu mengalir, menitis membasahi kain telekung.

Zahratul Husna menadah tangan berdoa dengan penuh khusyu'.
"Ya Allah, Kau ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapa ku, dosa suami ku, dosa zuriat-zuriat ku, dosa guru-guru ku, seterusnya dosa kaum muslimin dan muslimat. Ya Allah, Kau bantulah hambaMu ini dalam hidup Ya Allah, sesungguhnya aku tak mampu untuk teruskan hidupku walaupun sesaat tanpa pemerhatianMu Ya Allah. Aku mohon Kau lindungilah aku Ya Allah, di dunia yang fana ini. Ya Allah, Kau berilah petunjuk kepada suami ku Ya Allah, sesungguhnya aku hampir tak mampu menghadapi semua ini Ya Allah, tetapi aku sedar, Kau tidak menghantar sesuatu ujian kepada hambaMu melainkan dia mampu. Aku faham dan redha dengan ketentuan mu ini Ya Allah.. Aku hanya mahu mengadu kepada Mu, Ya Allah.."

Seusai berdoa, terdengar bunyi pintu rumah terbuka. Tiada bunyi deruan enjin seperti selalu. "Celaka, kereta rosak! Ada isteri pun tak nak buka pintu kat aku, BANGANG!!!" suara itu terdengar nyaring daripada ruang tamu. "BANG!" Pintu dihempas kembali setelah dibuka.

"Assalamualaikum abang, maaf, Zahra solat tadi abang, tak sedar abang sampai, kalau Zahra dengar bunyi enjin, mesti Zahra datang bukakkan pintu untuk abang.." tergagap Zahratul Husna menerangkan kepada suaminya.

Mata Hafizul Alami merah menyala umpama biji saga. Tiada rupa yang dia memahami kenyataan Zahratul Husna tadi. "Ehem.." terbit dari mulut Hafizul Alami.

"Maafkan Zahra, abang," rayu Zahratul Husna sambil menghulurkan tangan untuk mencium tapak tangan suaminya. Mukanya ditundukkan untuk bersalaman, mencium tangan suaminya.

Hafizul Alami menghulurkan tangan kanannya. Belum sempat bibir Zahratul Husna sempat mengucup tangan suaminya, hinggap satu layangan tangan kiri Hafizul Alami. "PANG!!!".. Berdesing telinga Zahratul Husna akibat dilempang Hafizul Alami. Terjelopok terduduk di bucu meja.

"Amboi!!! Maaf.. Kau ingat aku senang-senang nak bagi kau sentuh tangan aku sial.. Aku jijik la.."

"Abang! Tergamak abang.."

"Memang..memang aku tergamak sangat, aku pun tak tahu kenapa aku boleh kahwin dengan kau!GAMPANG!" Suara Hafizul Alami sudah bertukar, jika di masjid suaranya umpama penyeri, sekarang suaranya umpama naga yang menghamburkan api.

Tak cukup dengan itu, Hafizul Alami merentap telekung yang dipakai Zahratul Husna sehingga tercabut, lantas ditariknya pula rambut panjang Zahratul Husna. Zahratul Husna diseret semahunya.

"Nah!!! Ni jubah untuk perasmian esok,nanti kau iron baju aku.. Esok pagi aku ada kena bagi ceramah dekat rumah YB Hazmi, dia beriya-iya suruh aku bawa isteri aku.. Nak buat macam mana kan.. Kalau ikut hati aku, takdak aku kelapaq nak bawak hang..PUIII," sambil meludah ke atas muka Zahratul Husna.

"Satu lagi.. Jangan lupa.. Kau pun pakai baju warna macam jubah aku NATANG!! Call Mak Zainab minta tolong jagakan Hani.."

"Baik bang..." Air mata Zahratul Husna dah kering. Dia tidak mampu lagi menangis. Kesakitan yang dirasainya juga dah lali. Kalau tidak dipukul dalam satu hari tu, boleh jadi satu rahmat yang besar dalam hidup.

Hafizul Alami meninggalkan Zahratul Husna di bilik tengah yang berfungsi sebagai tempat menyimpan pelbagai kitab agama dan tempat jubah-jubah Hafizul Alami.

______________________________________

"Ting Tong..Ting Tong.." bunyi loceng ditekan di hadapan pintu pagar.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam, Mak Zainab, maaf Mak Zainab, lambat buka pintu kat dapur tadi.Masuklah."

"Ala, takpe la, baru je Mak Zainab sampai ni. Eh, kenapa bibir kau ni Zahra, lebam-lebam. Dahi kau bengkak? Kenapa ni??" Sambil tangan Mak Zainab mengusap-usap lembut dahi Zahratul Husna.

"Kesian dia Mak Zainab, dia terjatuh tu semalam. Tergelincir kat bilik air tu. Kepala tersembam dekat bucu meja," Hafizul Alami muncul tiba-tiba.

"Betul ke Zahra??" Tanya Mak Zainab inginkan kepastian.

Zahratul Husna mengangguk, sedikit tersenyum seolah-olah mengiyakan pertanyaan tadi.

"Jom sayang kita pergi, nanti lewat pula abang. Cantik isteri abang ni," suara Hafizul Alami lembut. Jarang Zahratul Husna mendengar intonasi sebegini jika mereka berdua sahaja.

"Amboi, romantiknya ustaz. Untung la Zahra, suami ustaz, alim dan romantik," puji Mak Zainab. Tak salah pujian Mak Zainab, jika sesiapa pun yang sesekali terserempak dengan pasangan ini, mereka tampak seperti pasangan normal lain. Penuh kasih sayang. Kononnya.

"Mak Zainab, tolong jagakan Hani ye, ni hadiah untuk Mak Zainab," satu sampul surat dihulur kepada Mak Zainab oleh Hafizul Alami.

"Terima kasih Ustaz, tak bagi pun tak pa Ustaz, saya dah anggap Hani tu macam cucu saya dah." Mak Zainab merupakan jiran selang tiga rumah daripada rumah Hafizul Alami. Dia sudah kematian suaminya sepuluh tahun lalu dan tinggal seorang diri kerana tidak mempunyai zuriat sendiri.

"Tak apalah Mak Zainab, saya ikhlas," Hafizul Alami tersenyum.

"Jom sayang naik kereta.."

______________________________________

"Tum!" Pintu kereta BMW 5 Series ditutup kemas. Kereta ini sangat jarang diguna oleh Hafizul Alami melainkan jikalau kereta Nissan Teana nya mempunyai masalah seperti semalam.

Kereta BMW 5 Series dipandu perlahan meninggalkan pintu pagar rumah mereka. Mak Zainab melambai-lambaikan tangan.

"Kau ingat ye perempuan, dekat sana nanti kau jangan buka banyak mulut sangat tau. Tu pun kalau kau nak selamat la!" Hafizul Alami memberi amaran sambil tersenyum sinis ke arah Zahratul Husna.

"Hahaha..kau akan azab duduk dengan aku perempuan. Kau akan terseksa, terkurung tanpa kebebasan. Aku tak akan lepaskan kau.. Hahaha!!!" Hafizul Alami bermain kata-kata sendirian.

Zahratul Husna terus memandang pemandangan luar. Kepalanya disandarkan di bucu cermin kereta. Sampai bila nasibnya sebegini. Dia pun tak pasti, dia hanya mampu berdoa. Subhanallah.. Sesekali dpat keluar melihat alam, itu sudah cukup memberi kesyukuran kepada Zahratul Husna. Sudah lama rasanya dia tak menikmati pemandangan luar. Dia malas memikirkan nasibnya.. Biarlah...


TITIK HITAM PENDOSAWo Geschichten leben. Entdecke jetzt