Anugerah

1.3K 12 4
                                    

Latifah menguak pintu dengan kasar. Mendengus. Nafasnya betul-betul menderam. Umpama sang naga yang kelaparan. Bedebah!

"Eh-eh. Kenapa anak ummi ni, muncung seribu je. Dengan masuk rumah tak bagi salam. Apa yang dimarahkan sangat tu," sapa lembut Datin Aminah.

"Entah la ummi, ada masalah sikit tadi di masjid. Tak berapa berkenan sikit dengan ustaz tu!"

"Hai, ustaz mana pulak ni. Lagi satu, isyak pun belum habis, dah balik?" soal Datin Aminah sambil mengerutkan dahi.

"Ya, mi. Balik la, takkan nak berimamkan ustaz kepala kambing tu. Ingat minggu lepas je ada, rupa-rupanya tiap minggu. Huh!" -rengus Latifah.

Aduh! Terlepas kata pula. Zahratul Husna mula menyedari yang ayatnya tadi tak dapat dihirup semula. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Arghhh. Penyesalan pun tidak berguna.

"Aik. Ustaz kepala kambing mana ni?"

"Hehe. Takda apa-apa la ummi. Cuma. Cuma. Cuma rasa ceramah ustaz tu lembut gusi daripada lidah," mulut Latifah seolah-olah terkunci.

"Tak baik kata orang alim macam tu la sayang. Tu fitnah namanya. Satu lagi peribahasa tu pun salah, Lembut Gigi Daripada Lidah la," ujar Datin Aminah lembut, sambil ketawa kecil.

"Baiklah ummi, saya minta maaf. Tapi comel apa kepala kambing?" usik Latifah.

Mereka dua beranak ketawa serentak.

Malas Latifah mahu memanjangkan atau menerangkan perihal dirinya. Keupayaan derianya yang dapat melihat sesuatu aura atau sifat seseorang melalui wajah bukanlah kuasa yang dia idamkan selama ini.

Jika diceritakan kepada orang lain, tak mustahil semua orang akan gelakkan dan mempermainkannya. Silap-silap ada yang mengatakan dia gila! Dia ambil jalan mudah dan selamat sekadar mendiamkan diri, dan melenyapkan segala persoalan. Yang penting dia tak nampak hantu! Itu pun dah cukup bagus.

----

Latifah memandu dengan berhemah. Setiap selekoh diambilnya cermat. Penuh berhati-hati. Memandu dengan keadaan jalan satu lorong, dipenuhi dedebu pasir beterbangan sangat menguji kemahiran memandunya.

Di sebelah kiri merangkap sahabat baik dan co-pilot setia, Atiqah. Ke mana sahaja mereka pergi pasti Atiqah akan setia bersama Latifah.

Walaupun perangai mereka berbeza, tetapi semangat setiakawan tetap ukuh. Latifah dengan perangai gila-gilanya dan Atiqah dengan lembut tutur kata, sopan santun bila berbicara.

Ada yang menggelarkan mereka kembar gila. Sorang tersangat baik, sorang lagi buas. Tapi gelaran itulah yang menguatkan lagi ikatan persahabatan mereka.

"Berdebunya jalan hari ni. Kuning betul udara!" rungut Latifah.

"Sabar la Latifah, tadi adeq nak bawak kau tak bagi. Kau cakap nak pahala lebih," sampuk  Syahida dari tempat duduk belakang - sambil disambung suara ketawa Hafizah disebelahnya.

"Ala, selalu adeq bawak. Aku mana nak ikut korang pergi majlis ilmu. Ni baru nak kembali ke jalan benar. Apa salahnya aku pandu. Mana tahu pahala lebih," balas Latifah sambil menaikkan kedua kening dan menjeling ke tempat duduk belakang melalui cermin.

"Biar la Latifah drive. Aku boleh rehat kejap," -lembut suara Atiqah atau lebih mesra disapa sebagai adeq, kerana kedudukannya sebagai anak bongsu kesayangan keluarga.

"Haa.. Camtu la adeqku sayang. Ni sayang kat adeq aku ni ketat-ketat," -Latifah memuncungkan bibir ke arah Atiqah.

Bang!

Kereta sedan merah yang disewa mereka dilanggar dari belakang. Melayang, terlambung dua tiga kali dan terhumban ke dalam gaung.

Kepala Latifah berlumuran darah. Sakitnya bukan kepalang. Dalam kesamaran, pandangannya dialihkan di sebelah kiri. Atiqah sudah tidak sedarkan diri. Kedua biji matanya terjojol. Kepala Atiqah pecah, tulang kaki terpacak keluar berceracak.

TITIK HITAM PENDOSAWhere stories live. Discover now