pity her

117 23 0
                                    

“ Kau dah kenapa, Iljoong? ” Junhui menjauhkan dirinya dari aku. Dia....

“ Aku cuma...tak pelah. Kita jumpa malam ni. ” aku membetulkan beg yang disangkut pada bahu. Senyuman yang aku tak tahu manis atau pahit, aku hadiahkan pada Junhui.

“ Kau betul-betul datang malam ni, kan? ” aku hanya mengangguk. “ Tak tipu aku? ” sekali lagi aku mengangguk.  Dia melepaskan nafas. Baru sahaja aku hendak berkata sesuatu, seseorang menyapa Junhui.

“ Jun, malam ni kalau kau dah balik dari kelas tambahan jumpa aku, kat tempat biasa. ” aku hanya mampu memandang mereka. Lama mereka berbual,secara tiba mereka berbisik. Tanpa memberitahu Junhui, aku beredar keluar kelas.

Aku....rasa terkilan.

Aku...tak boleh.

Aku..

Aku terduduk di mana aku pun tak tahu. Yang aku tahu, aku sedang menangis. Muka aku tutup dengan kedua tapak tanganku.

Aku...dengar apa yang mereka bualkan.

Aku dengar...walaupun mereka berbisik.

“ Kenapa kau still dengan perempuan ni? Kau tahu kan, kitorang semua tak suka dia. ”

“ Aku.....kesiankan dia. Dia selalu seorang diri. ”

“ Tinggalkan dia. Tak payah kesian sangat. ”

Apa yang mereka bisikkan masih terlekat kuat di mindaku. Jun hanya kesiankan aku selama ni? Dia tak ikhlas kawan dengan aku, ke?

Kenapa semua orang tak suka aku?

Kenapa semua tak faham apa yang aku lalui selama ni?

Kenapa Junhui buat aku macam ni?

Aku fikir dia ikhlas kawan dengan aku, tapi tak.

Dia hanya kesiankan aku.

Aku tak perlukan orang yang kesiankan aku.

Aku tak perlu kawan.

Aku hanya perlu orang yang faham aku.

Aku hanya perlukan orang faham aku.

Tu je.

【complete】10 june : w.junhuiWhere stories live. Discover now