problems

112 22 0
                                    

Aku tiba di rumah. Air mata yang kering aku lap menggunakan jari telunjuk. Tidak mahu kelihatan lemah di hadapan keluarga. Pintu rumah dibuka.

“ Kalau tak gaduh sehari tak boleh ke? Macam korang berdua je tinggal dalam rumah ni. Jangan jadi macam budak kecik boleh? ” terbantut aku hendak memberi salam apabila terdengar suara orang marah sekali bunyi pinggan dibaling.

“ Saya beritahu je. Bu— ”

“ Tak payah nak mengadu! Ingat korang dah besar! Dah ada anak, tak payah nak jadi macam budak kecik depan anak-anak. Jangan jadi bodoh! ” terkejut aku bila appa tetiba muncul di hadapan aku.

Aku berundur sedikit ke belakang. Appa hanya mendiamkan diri. Tanpa memandangku, dia segera  keluar dari rumah. Aku melepas nafas berat.

Dapur tempat aku dituju.

“ Sikit-sikit nak marah. Bukan selalu aku mengadu. ” aku hanya memandang omma yang sedang mengutip makanan yang bersepah di atas lantai.

Perkara ni berulang lagi.

Aku tinggal di rumah halmeoni belah appa. Dalam rumah ni keluarga aku tinggal bersama keluarga adik beradik appa yang lain. Kesemuanya 8+7 = 15 orang. Patut ke aku panggil dia ahjumma? Dia selalu bergaduh dengan omma dan semua tu buat aku muak.

Otak aku lembab.

Aku hiraukan omma yang masih membebel. Aku tahu omma sakit kat dalam. Appa tak pernah nak dengar luahan omma. Itu membuatkan omma jadi seorang yang pemendam. Macam aku.

Aku ada masalah keluarga, masalah kewangan, masalah sekolah, masalah personaliti, dan.....entah.

Banyak kali juga masuk keluar bilik kaunseling. Banyak kali jugalah aku lari bila guru kaunseling panggil aku. Aku bukan tak nak jumpa. Tapi...aku tak tahu nak cerita masalah aku macam mana.

Walaupun orang nampak macam aku tak pernah nak kisah pasal apa yang jadi pada aku, dorang salah. Aku....sensitif. Sebab tu aku bercadang nak bunuh diri. Tapi, semuanya tak berjalan dengan lancar.

Aku....kesiankan keluarga aku.

Aku hanya ada seorang kawan, Wen Junhui. Tapi entah kenapa, kata-kata Junhui tadi buat aku rasa macam aku ni ketagih rasa kesian daripada dia.

Pintu bilik ditutup rapat. Aku baling beg ke tepi katil. Aku baring di atas tilam dan telefon pintar yang skrinnya sudah retak, aku gapai. Perkara pertama dibuka ialah Whatsapp.

Group whatsapp sunyi.

Telefon diletak sebelah kananku. Mata dipejam. Tanpa menyalin baju atau membersihkan diri, aku lelapkan mata. Aku nak tenangkan diri sebelum malam tiba.

【complete】10 june : w.junhuiWhere stories live. Discover now