i'm not understand

105 22 0
                                    

Sepucuk surat diletakkan di bawah buku teks yang terdapat di atas meja aku. Aku menggapai beg sekolah dan rambut aku betulkan sedikit. Pintu dibuka, kaki dilangkah ke ruang tamu yang kecil.

Omma, pergi sekolah dulu. ” tangan omma dicapai dan dikucup lama. Begitu juga tangan adikku yang lain.

“ Ok, hati-hati. Balik nanti balik dengan Junhui juga, jangan merayap. Belajar elok-elok. ” dikucup lembut kedua belah pipi aku.  Aku hanya mengangguk. Kasut disarung pada kaki, dan kaki aku melangkah ke perhentian bas yang tidak jauh dari rumah.

Pandangan dihalakan ke sekeliling tempat. Jam ditilik. Jam 2017 malam. Tidak lama menunggu, sebuah kereta berhenti di hadapan perhentian bas. Aku bangun dari duduk apabila pasti bahawa kereta itu adalah milik keluarga Junhui.

Junhui keluar dari dalam kereta dan tersenyum kecil. Segera aku masuk ke dalam kereta tersebut sebelum dia pula yang masuk.

Ni hao ma. appa kepada Junhui aku sapa walaupun kekok. Dia hanya tersenyum kecil.

Perjalanan diteruskan. Suasana di dalam kereta itu sunyi, hanya ditemani bunyi radio yang samar-samar. Lagu Chinese. Aku hanya mendengar apa yang dinyanyikan walaupun tidak faham sebutir perkataan pun.

“ Kita balik pukul 10 malam nanti. Kau balik dengan aku, kan? ” Aku hanya mengangguk tanpa memandang Junhui sedikit pun. Tatapan dihalakan ke luar tingkap. Menikmati pandangan indah walaupun otak masih ligat memikir tentang hal di sekolah petang tadi.

“ Kau okey? Tadi kenapa tak tunggu aku masa pulang? Puas aku cari kau. ” masih tidak menjawab. Aku kekalkan posisi aku. Aku tak nak bercakap dengan Junhui buat sementara waktu.

Kami akhirnya tiba di hadapan sekolah. Setelah mengucap terima kasih dalam mandarin kepada appa Junhui, aku segera keluar dari kereta dan tinggalkan Junhui yang masih terpinga-pinga.

“ Iljoong! Tunggulah aku! ” langkah diteruskan. Baru saja sampai di kantin, Junhui tarik tangan aku. Aku berhenti dan pandang dia yang sedang bongkokkan badan mencari nafas. “ Kenapa tak tunggu aku? ” aku hanya mendiamkan diri. Pandangan dialihkan ke arah lain.

“ Kau pasti kau okey? Kalau ada masalah beritahu aku. ”

“ Aku tak perlukan kawan. ” langkah diteruskan dan aku melangkah masuk ke dalam kelas yang sudah dipenuhi manusia kejam. Panggilan dan keluhan Junhui aku pulaukan. Aku tak ada mood.

“ Apa maksud kau yang kau tak perlukan kawan? Kau tak perlukan aku ke? Iljoong, beritahu aku apa dah jadi? Kenapa tiba-tiba kau berubah ni? Petang tadi kita masih elok berbual. Dan sekarang, engkau tak nak berbual dengan aku? Aku tak faham lah. ” punggung dilabuhkan di atas kerusi milikku. Junhui duduk di sebelah.

“ Tak payah faham. ”

“ Iljoong— ”

“ Sedia, tunduk hormat! ” aku lega apabila kata-kata Junhui tidak dapat diteruskan apabila presiden kelas memberi tunduk hormat pada guru yang masuk.

【complete】10 june : w.junhuiWhere stories live. Discover now