lie

102 21 0
                                    

“ Baiklah, pelajar. Esok kelas tambahan dibatalkan. Jadi, tolong siapkan kerja yang saya beri. Pagi lusa, Chae Hana akan kutip buku dan letakkan di atas meja saya. Okey? ” kata Kim ssaem sambil menyusun bukunya ke dalam beg.

Nae, seongsaenim! ”

“ Semua boleh bersurai. ”

“ Sedia, tunduk hormat! ” setelah semuanya keluar dari kelas, Junhui berjalan meratapiku.

“ Iljoong, kau betul-betul okey? ” buku dimasukkan ke dalam beg dan aku menoleh ke arah Junhui sebentar sebelum melangkah keluar dari kelas.

“ Aku tak balik dengan kau. Aku nak spend time di perpustakaan. ” kataku acuh tak acuh setelah mengabaikan soalannya.

“ Tapi, sekarang dah nak masuk pukul 10.30. Perpustakaan tutup pada pukul 10.45. ” balas Junhui. Aku tahu dia tak percayakan aku. Aku bukan pelajar yang sukakan study lebih masa. Di rumah, buku pun aku tak sentuh.

Lagipun, dia kenal aku.

“ Aku boleh balik naik teksi. Jangan risau. Aku betul nak study. Aku dah bilang pada eomma, aku akan pulang lewat untuk study di perpustakaan sekolah. ” bohong. Ya, aku bohong. Aku tidak bercakap apa-apa pun dengan omma mengenai study. Hanya kelas tambahan ini sahaja yang aku beritahu.

“ Betul? Aku tak akan lepaskan kau kalau kau tipu. ” aku hanya mengangguk. Langkah diatur ke perpustakaan sekolah tanpa mengucap apa-apa. Dia pun hanya biarkan saja.

Pintu perpustakaan dibuka. Aku masuk pada jam 2219 dan keluar pada jam 2224. Apa tujuan aku masuk ke dalam perpustakaan sekejap sahaja?

Untuk membuktikan bahawa aku betul-betul ingin study seperti yang aku bilang kepada Junhui tadi. Tidaklah dia syak apa-apa jika aku terus berlalu ke tempat lain.

Pada hari ini, sudah banyak kali aku menipu. Munafiknya aku. Aku tahu Tuhan tidak suka akan orang yang bercakap bohong dan tidak jujur.

Aku mengeluh. Kaki dilangkah ke bangunan kelasku dan menuju ke bumbung bangunan itu. Walaupun agak seram, aku tetap gagahkan diri.

Sampai sahaja di atas bumbung, aku duduk termenung selama beberapa minit. Melihat kecantikan bandar Seoul ini, membuatkan aku berasa tenang sedikit. Tetapi hanya sekejap.

“ Cantik, tapi malang...dipenuhi dengan orang yang tak berperikemanusiaan. Tch. ”

【complete】10 june : w.junhuiWhere stories live. Discover now