DL - 2

58.4K 2.1K 44
                                    

Rewrite [ edit ]

_________________

Iman Aulia berlari dengan pantas. Sesekali matanya memandang ke arah belakang. Dilihat beberapa orang mengejarnya dengan laju. Iman berlari lagi laju tanpa mempedulikan high heel di kakinya dan baju ketat paras pehanya itu. Yang penting dia harus melarikan diri!

Satu penyesalan dalam dirinya. Kerana seorang lelaki yang dianggap sebagai penyelamat telah menipu dirinya. Kini dirinya terhimpit dalam kesusahan. Tiada jalan keluar selain melarikan diri.

BUK!

Tubuh Iman terlambung dan berguling di atas jalan. Sebuah kereta mewah yang lalu dihadapan dia melanggar tubuhnya. Iman menjerit kesakitan apabila kakinya luka dan dahinya berdarah akibat terhentak di atas jalan.

"Dapat pun kau!" Lelaki tadi terus mengempung Iman. Mereka tersenyum melihat Iman tidak dapat melarikan diri lagi.

"Lepaskan aku! Aku tak naklah!" Jerit Iman. Dia meronta-ronta meminta dilepaskan.

Kesakitan yang dia alami tidak dihiraukan. Yang penting dia harus melarikan diri. Tapi badan dia sudah didukung ke atas bahu lelaki yang merupakan pengawal night club.

Adakah dia bakal dijadikan pelacur? Tak! Dia tak nak! Bodohlah dia jika tidak melarikan diri. Sikit saja lagi tadi nak menjadi habuan seorang lelaki tua. Tapi kerana kepantas dia lelaki tua itu disepak di celah kangkang dan dia terus keluar dari night club itu. Tapi kini dia telah terperangkap!

"Lepaskan dia!" Suara itu membuatkan Iman berasa takut.

"Sorry bro! Dia hak kami. Dia dah lari dan kami perlu bawa dia kepada bos kami" ujar salah seorang lelaki itu lalu tersenyum sinis.

Firash meraup rambutnya ke belakang. Dua berjalan mendekati Iman. Rambut panjang Iman yang menutupi wajahnya diangkat.

'Cantik!' Desis hati Friash.

"Kalau aku cakap aku nak dia? Kau nak buat apa?" Firash bermain dengan kata-katanya. Seakan mencabar pun ada.

"Belasah dia" arah lelaki yang mengendong Iman itu.

Firash tersenyum sinis. Belum sempat lelaki itu ingin menumbuk Firash satu tembakan kedengaran. Semua memandang ke arah tiang elektrik sana. Mike berdiri dengan lagaknya sambil mengacukan pistolnya. Selepas itu beberapa orang lain mengelilingi mereka.

"Lepaskan dia! Kalau korang nak selamat" Firash pandang tiga lelaki yang mencabarnya tadi.

Mereka nampak macam tidak puas hati. Tanpa berkata apa-apa tubuh kecil Iman dihempas ke atas jalan. Iman menjerit lalu memegang pinggang dia yang terasa sakit itu.

"Ingat! Kau tak akan terlepas!" Lelaki tadi memberi amaran dan terus pergi bersama rakannya.

Firash mendekati Iman dan mencangkung di hadapan gadis itu. Dia melihat wajah berkerut Iman yang menahan sakit. Tubuh Iman diangkat lalu dibawa masuk ke dalam keretanya. Tubuh kecil Iman dibaringkan di seat belakang. Dia menutup pintu kereta dan memandang Mike serta yang lain.

"Find them! Kill them!" Satu arahan saja diberi oleh Firash. Mereka mengangguk dan terus masuk ke kereta mereka sendiri.

Firash masu ke dalam keretanya dan memandu meninggalkan kawasan itu. Satu senyuman sinis terukir di bibir dia.

"Ehh, awak nak bawa saya ke mana ni?" Iman mula cemas. High heelnya dibuang lalu dia mencampak ke atas karpet kereta itu.

"Rumah sayang..." leret Firash. Dia pandang wajah terkejut Iman. "...because you're mine!"

Iman tak terkata apa-apa. Lelaki di hadapan dia tak kenal apatah lagi jadi milik lelaki itu. Siapa dia?

••••••

Firash masuk ke bilik yang menempatkan Iman. Dilihat gadis itu terlena. Mungkin tenaga dia habis kerana berlari. Firash memandang wajah lena Iman dengan satu perasaan.

"Mike, kau dah siasat siapa perempuan ni?" Firash berkata tanpa memandang.

Mike yang berasa di muka pintu menghampiri Firash. Dia berdiri lalu membukan telefonnya. Maklumat tentang Iman semua ada dalam telefonnya.

"Her name is Iman Aulia binti Malik. 19 years old. Datang ke sini bersama seorang lelaki bernama Faizal. Dia dijual oleh Faizal di Platinum Club"

Firash mengangguk. Jadi gadis ini dijual? Tanpa sedar Firash sudah mengetap bibirnya. Seakan-akan terasa panas hatinya ketika itu.

"Kau boleh keluar" Mike terus keluar. Firash menundukkan badan dia lalu mendekatkan wajah dia ke arah wajah Iman.

"So beautiful. Rugi kalau aku lepaskan kau, sayang. Thanks god sebab temukan aku dengan dia. Iman Aulia seindah orangnya..."

Tanpa sedar bibir dia sudah mendekati bibir Iman dan satu kucupan dilabuhkan disitu. Firash tersenyum sinis apabila melihat wajah Iman yang berkerut itu.

Dia melangkah keluar dari bilik itu. Sebaik saja Firash keluar dua pengawal yang menjaga bilik itu menunduk hormat.

"Keep your eyes on her. Jangan biarkan dia larikakan diri kalau tak..." Firash menyengetkan kepalanya dan "...korang aku bunuh!" Firash terus berlalu dengan wajah dingin.

Mereka gerun dengan ugutan itu. Firash Aryan jangan buat main-main kalau tak na kena sakit. Mereka tahu bos mereka itu akan buat apa saja untuk mendapatkan hak dia.

••••••

Faizal terduduk lemah apabila dibelasah teruk oleh anak buah Chong, pemilik Platinum Club. Habis wajahnya berdarah.

"Itu lu punya ayam sudah lari. Sekarang wa sudah tak ada apa-apa lagi. Lu bagi balik wa punya wang" marah Chong. Bergema suaranya di dalam bilik itu.

"Sorry Chong. Duit lu dah jadi hak milik wa. Wa janji wa akan cari itu amoi dan beri pada lu" Faizal memandang Chong yang nampak bengang itu.

Chong tergelak. Cari? Jumpa ke? Tapi perempuan yang Faizal jual padanya sangat menguntungkan dia. Tapi malangnya dah larikan diri.

"Wa bagi lu masa. Make sure lu bawa itu perempuan pada wa. Tapi lu wa bagi kerja baru. Lu mau tak?" Chong tersenyum penuh makna. Dia tahu Faizal sangat perlukan duit.

"Kerja apa?" Soal Faizal pantas. Dia memandang Chong yang berdiri di hadapan dia itu.

"Jadi wa punya pekerja. Kerja lu senang saja ma. Bawa perempuan pada wa dan wa bagi lu money" tawar Chong.

"Wa ok. Tapi wa akan bagi amoi itu juga" tekad Faizal. Chong angguk dan keluar dari bilik itu.

Faizal.mengetap bibir menahan geram. Susah payah dia menjerit Iman tapi gadis itu berjaya melarikan diri.

"Iman kau tunggu! Jangan ingat kau terlepas" Faizal tersenyum sendiri. Terbayang wajah polos Iman. Senang-senang ke tipu dengannya.


DANGEROUS LOVE | DITERBITKAN | ARS •2•Where stories live. Discover now