DL - 12

52.3K 2K 37
                                    

Gugup! Itulah Iman Aulia rasa sebaik saja kakinya melangkah masuk ke dalam ballroom itu. Semua mata memandangnya dan Firash Aryan. Lengan Firash dicengkam kuat. Hatinya terasa berdebar-debar. Muka dia serta merta berubah pucat.

"Kau kenapa?" Bisik Firash. Pelik dia melihat wajah Iman Aulia yang pucat itu. Tangan Iman digenggam olehnya.

"Sa--saya takutlah..." perlahan saja Iman bertutur.

Firash hanya tersenyum saja. Tangan kiri dia merangkut pinggang Iman. Menarik gadis itu lagi rapat. Senyuman manis dia lemparkan kepada tetamu yang memandang mereka.

"Lama betul kamu nak sampai ke sini?" Sindir Raisya. Wajah kacak Firash dipandang dengan tajam.

Firash mengeluh. Sudah dia agak pasti mama dia akan menyindir. Kalau tak sindir, membebel. Itu dia faham sangat.

"Hai my beautiful mama..." suara Ray Amsyar menyentakkan mereka. Kini mata tetamu ke arah si adik pula.

"Tak payah nak bodek mama. Kamu berdua ni memang tak sayangkan mama kan. Kalau tak ada majlis macam ni jangan harap nak nampak muka kamu berdua. Agak-agaknya mama ni tak penting kot..." suara Raisya seakan berjauh hati.

Kembar itu berpandangan. Masing-masing tersengih. Aduh! Kena pujuk mama dia pula.

"My mama, my angel, my love and my heart. Janganlah merajuk mama. Am selalu ingatkan mama. Wajah mama yang umpama bintang ini selalu menyinari hati Am. Please ma, senyum sikit. Am sayangkan mama..." pujuknya lalu dia mengucup pipi Raisya.

Ayat dia saja mampu mencairkan mana-mana wanita. Firash hanya buat wajah menyampah. Adik dia kalau tak mengayat tak sah! Macam manalah dia tak digelar buaya darat! Selalu saja mengayat wanita.

"Ma, maafkan Aryan sebab tak ada masa nak bersama mama. Aryan janji lepas ni Aryan akan selalu melawat mama" si abang mula menabur janji.

Dia tidak mahu angkara mereka berdua mama dia menangis. Rosaklah majlis pada malam ini. Raisya tersenyum mesra. Sempat dia mencubit pipi Ray Amsyar.

"Eii! Kamu ingat mama cair ke dengan ayat kamu ni..." Raisya mengelengkan kepala dia.

Ray hanya tersengih. Kemudian mata Raisya jatuh ke arah dua gadis yang berdiri di sisi kembar. Dia tersenyum manis kepada dua gadis itu.

"Kami bawa menantu untuk mama ke malam ni? How sweet my twins? Haha..." Raisya mengenggam tangannya lalu diletakkan ke dada.

Mata Firash dan Ray terus membulat. Danny datang bersama Shalina. Pelik dia melihat isterinya yang nampak gembira lain macam itu.

"Kenapa ni sayang? Happy semacam je?" Danny memeluk bahu isterinya erat.

"Abang, Aryan dan Amsyar bawakan menantu untuk kita. Tak sabar saya nak dapat menantu" ujarnya.

Danny menjungkit keningnya. Menantu? Sejak bila pula kembar itu bercinta? Shalina pula sudah terlopong.

"Surprise from my twins. Cantik-cantik menantu papa. Jangan risau papa restu.." Danny mengenyit matanya kepada kembar itu.

Iman sudah terkebil-kebil disitu. Kemudian mata dia beralih ke arah Ray. Pandangan dia dan seorang gadis disebelah Ray bertembung. Mulutnya sedikit ternganga.

"Ika..." serunya perlahan. Kemudian dia terus menundukkan pandangan dia.

"Come girls. Have a sit. 5 minit lagi majlis akan bermula" ajak Raisya dalam nada teruja.

Dalam hatinya dia sudah tergelak. Baru diusik sedikit kembar itu mengelabah. Belum kena paksa kahwin lagi. Mahunya pengsan terus!

Shalina pula sudah tersengih sendiri. Kalau macam tu dia tak sunyi lagi. Ballroom itu menjadi malap dan hanya diterangi lampu-lampu di tepi saja. Iman tergamam melihat dewan itu. Sungguh cantik! Sesuai dengan Danny dan Raisya. Dua-dua nampak cantik dan kacak pada malam itu. Ballroom itu penuh dengan bunga-bunga. Nampak mewah dan elegan!

Majlis bermula dengan bacaan doa. Kemudian diikuti dengan pengenalan dua pasangan itu. Dari mula hingga akhir. Raisya tersenyum di sebelah Danny. Kini dia bahagia bersama sang suami dan tiga anaknya.

••••••

"Aulia..." Iman yang sedang merenung air di dalam kolam itu tersentak. Hanya seorang saja panggil dia dengan belakang itu.

Zalikha!

Iman hanya dia. Dia berdiri tapi mata dia asyik pada air itu. Zalikha berjalan perlahan menuju ke arah Iman Aulia. Selagi dia tak bertemu gadis itu jiwanya tak tenteram.

"Aulia, kau memang tak tengok muka aku ke? Benci sangat ke kau pada aku" kini Zalikha sudah berdiri di sebelah Iman.

Iman tersenyum nipis. Benci? Dia tidak membenci Zalikha. Tapi mengenangkan Faizal, abang Zalikha hatinya menjadi sakit.

"Aku datang nak minta maaf dengan kau. Aku sepatutnya halang abang aku tapi..." Zalikha terhenti. Dia pandang sahabat dia disebelah.

"...aku tak. Aku tak ada masa kau perlukan aku. Aku rasa kesal sangat. Aku faham kalau kau tak maafkan aku. Apa yang terjadi pada kau memang sakit. Luka boleh sembut tapi parut? Tak boleh kan..."

"Aku tak salahkan kau Ika. Kalau kau ada sekali pun kau masih tak dapat halang aku. Aku maafkan aku. Tapi maaf aku pada abang kau susah sangat..." Iman akhirnya memandang Zalikha.

Setitis airmatanya jatuh ke pipinya. Sahabat dia yang selalu ada disisinya. Zalikha juga menangis sama. Tubuh Iman didakap erat. Mereka menangis disitu. Pada malam itu mereka bertemu. Pada malam itu mereka menangis dan pada malam itu mereka luahkan rasa.

"Aku tak sangka abang aku sanggup buat kau begitu. Kalau aku tahu memang aku tak bawa kau tinggal bersama kami. Aku akan bawa kau jauh dari dia.." penuh kesal Zalikha menutur.

Iman mengelengkan kepalanya. "Nasi sudah jadi bubur. Kau nak menyesal dah tak sempat. Sekarang aku dah selamat. Kau jangan risaukan aku..."

Zalikha tersenyum. Kepala Iman yang dilapisi tudung digosok dengan lembut. Gadis di hadapan dia terlalu baik. Terlalu lembut sehingga dianiaya oleh abangnya. Dia rasa sangat ralat pada Iman Aulia.

Perbualan mereka disaksikan oleh Firash Aryan dan Ray Amsyar. Mereka berdua berpandagan sesama sendiri. Tak sangka dua gadis itu saling berkenalan.

"Aku tak sangka bakal kakak ipar aku kawan kepada girl aku..." Ray tesenyum sendiri.

"Dah takdir. Tapi kau kena tahu sesuatu.." Firash memang adiknya dengan serius.

"Tahu apa?" Soalnya dengan wajah hairan.

"Zalikha...dia dalam bahaya. Kalau kau nak diselamat kau kena selalu awasi dia" ujarnya dengan muka tanpa riak.

Bermakna kata-kata dua bukan main-main. Kalau tersilap langkah habislah mereka. Ray Amsyar hanya mengangguk. Dia sudah agak. Sejak kebelakangan ini, dia sudah perasan akan sesuatu. Tapi dia hanya berdiam diri saja.

DANGEROUS LOVE | DITERBITKAN | ARS •2•Where stories live. Discover now