DL - 5

51.1K 2.1K 44
                                    

Firash Aryan terjaga dari tidurnya apabila telinga sayup-sayup terdengar suara orang mengaji. Dia bangun dan mencapai baju-t hitamnya lalu disarung ke tubuh tegapnya.

Dia membuka pintu bilik dan mencari suara itu. Sungguh merdu sekali. Jarang ada orang mengaji di dalam rumah itu. Di lihat semua budak-budak dis terbongkang tidur di ruang tamu. Semuanya kepenatan.

Perlahan-lahan kakinya melangkah mencari suara itu. Tapi kakinya terhenti di hadapan bilik Iman. Suara itu semakin jelas dan dengan perlahan tangan dia membuka pintu bilik itu.

Satu perasaan menyusup masuk ke jiwanya. Satu perasaan membuatkan dirinya terasa begitu tenang. Tenang sekali dia melihat Iman Aulia mengaji dengan tajwidnya yang betul. Dia melihat Iman mula menutup al-Quran dan diletakkan ke atas katil.

Iman mula berdiri. Subuh sudah masuk 2 minit yang lalu. Firash tak berkelip melihat Iman Aulia yang menunaikan solat subuh itu. Tidak langsung berkalih.

"Ya Allah adakah kau turunkan dia untuk aku? Adakah dia yang kau tuliskan untuk aku?"

Firash menutup pintu bilik Iman perlahan-lahan. Dia terasa dirinya begitu kerdil di sisi Iman. Biliknya dituju dan tubuhnya dilambung ke atas katil.

Perlahan-lahan dia tertidur. Wajah Iman asyik menjadi igauan dia. Seorang gadis yang lembut tapi masih lagi terselit sedikit ketegasan dalam dirinya.

••••••

Iman menjenguk ke arah dapur. Dia melihat Hani begitu ralit sekali menyediakan sarapan untuk mereka semua. Tak menang tangan gadis itu.

"Ada apa-apa Iman boleh tolong?" Suara lembut Iman menyentakkan Hani. Nasib saja pisau itu tak terpotong jarinya.

"Maafkan Iman. Iman tak bermaksud nak kejutkan Hani" Iman mendekati Hani. Jelas sekali riak serba salahnya. Tapi Hani hanya mengeleng saja.

"Tak apa Iman. Erm...Iman duduklah dulu. Nak tolong Hani dah nak siap dah ni. Tinggal nak sediakan saja" Hani takut sebenarnya.

Firash sudah memesan padanya agar tidak membenarkan Iman melakukan kerja rumah. Hani menutup dapur gas dan memandang Iman Aulia. Cantik! Lebih cantik dengan tudung di kepala.

"Hani terima kasih tau untuk tudung ni. Sekarang baru Iman rasa selesa sikit nak keluar. Kalau tak selama ni Iman rasa berdosa. Rambut dan tubuh badan terdedah buatkan Iman rasa berdoa pada Dia. Mujur saja Hani bantu Iman"

"Ala, Iman ni. Perkara kecil saja. Kalau Iman nak pinjam minta saja pada Hani. Al-Quran tu Iman ambil saja. Hani hadiahkan pada Iman"

Iman terkejut. Tapi melihat anggukan dari Hani membuatkan dia tersenyum kembali.

"Terima kasih Hani. Ni yang sayang Hani lebih ni"

Tubuh Hani dipeluk oleh Iman. Firash yang baru turun ke dapur bersama Mike terkaku. Dia melihat Iman Aulia pada saat itu umpama seorang bidadari.

"Ehem...!"

Mike sengaja berdehem. Hani segera menyediakan sarapan di atas meja. Iman senyum pada Mike dan Firash.

"Jemput makan Tuan"

Hani menundukkan badan dia. Firash hanya mengangguk. Dia pandang Mike. Mike yang faham terus menarik lengan baju Hani keluar dari ruang dapur itu. Tinggallah Firash dan Iman berdua disitu.

Iman menilik wajah Firash yang sedang menyuap nasi goreng itu. Wajah lelaki itu ditenung lama. Kacak! Bermata sepet dan rambutnya berwarna hitam pekat. Tubuh tegap dan sasa.

"Hensem sangat ke aku?" Firash tersenyum senget.

Iman tersentak. Wajah dia terus membahang. Kantoi tenung anak teruna orang.

"Aku nak pergi kerja. Kau jangan nak lari pula. Kalau aku tahu kau larikan diri siap kau!" Ugut Firash.

"Ba--baiklah" lambat-lambat Iman membalas. Gerun denga pandangan tajam Firash itu.

Firash tersenyum dalam diam. Kasihan melihat gadis itu takut dengannya. Kereta Lamborghini warna merah dipandunya. Berderum bunyi enjin di kawasan mansion itu.

••••••

Ray Amsyar mengeluh kelegaan. Kerjanya sudah habis dan dia nak balik rehatkan dirinya. Kerjayanya sebagai model membuatkan dirinya tak putus-putus menerima tawaran jadi model untuk syarikat pemodelan.

Kaca mata diambil dan dipakai. Cap hitam dipakai ke kepalanya. Identiti dia sebagai anak kepada Danny Asyaraf Lee dijaga dengan rapi. Malah sistem maklumat dia dijaga begitu ketat sekali.

Ray Amsyar keluar dari syarikat itu dan menuju ke satu cafe. Di persimpangan jalan tubuhnya dirempuh oleh seorang gadis. Dia kelihatan tergesa-gesa.

"Maaf" hanya itu saja dikatakan oleh gadis itu. Kemudian dia masuk ke salah satu bangunan itu.

Ray Amsyar mendengus perlahan. Nak marah dia penat sangat sekarang. Jadi dia hanya membiarkan saja. Di luar dia mengenakan kaca mata untuk menutup identiti dia. Rambut hitam keperangan dia diraup ke belakang. Kalau dia buang kaca mata itu pasti orang akan mengecam dirinya.

"Susah betul jadi artis ni" ucapnya lalu tersenyum lebar.

Persama dia dan abang kembar dia adalah rupa. Tapi kelakuan mereka berbeza. Firash Aryan lebih bersikap dingin dan tak banyak cakap. Ray Amsyar pula terlebih ramah dan sweet talker. Itulah perbezaan mereka yang paling ketara sekali.

DANGEROUS LOVE | DITERBITKAN | ARS •2•Where stories live. Discover now