DL - 6

48.1K 2.1K 73
                                    

Firash membelek kertas-kertas kerja yang berteraburan di atas mejanya. Sesekali dia mengerling laptop yang memaparkan e-mail daripada kliennya.

Satu keluhan terbit di bibirnya apabila melihat e-mail itu. Lincah jarinya membalas e-mail daripada klien luar negara itu. Berkat  usahanya sendiri dia mampu membina syarikat sendiri di bawah syarikat papa dia.

"Cik tak boleh--"

Firash mengangkat mukanya apabila terdengar kekecohan. Muncul seorang gadis timggi lampai dan berpakaian seksi. Wajah dia terjelas riak sombong. Natasya sudah menundukkan wajahnya apabila melihat wajah bengis bos dia.

"You may go, Tasya. But lock my door first" tenang saja Firash bersuara.

Natasya hanya mengangguk dan meninggalkan dua manusia itu. Tidak lupa juga pintu bilik bos dia ditutup rapat.

"Baby, you should fired your PA. She very rude! How dare, she push me like a cat?"

Marah Melinda. Kekasih yang entah ke berapa bagi Firash Aryan. Melinda dengan muka selamba duduk di hadapan Firash Aryan.

"Kenapa datang sini? Tak ada kerja ke ganggu I?" Suara Firash kedengaran tegas. Dia tak peduli itu Melinda atau siapa pun.

"Baby, you lupa atau you menang nyanyuk? Hari ni kan anniversary kita yang ke 2 bulan. How you can forget it? Wake up, baby!" Melinda dengan secara tak sedar menengking Firash.

'Berani betul perempuan ni naik suara dekat aku! Kau tunggu je lah perempuan. Next is your turn!'

Firash tersenyum sinis dalam diam. Dia memerhati Melinda yang menarik mukanya. Tapi Firash buat tak nampak. Dia terus mengemas meja kerjanya.

"Since you dah ingatkan I kita celebrate our anniversary. Choose anywhere you want go?"

Mata Melinda seakan-akan bersinar. Peluang di depan mata. Dua bulan dia menggoda Firash dan akhirnya berjaya juga. Dia tak akan lepaskan Firash kerana lelaki itu memang ciri-ciri lelaki idaman dia.

"Ok, baby! That why I love you more!" Melinda berteriak teruja. Dia mula membuka telefonnya.

Firash hanya memandang saja. Berbahagialah selagi mampu. Di dalam fikiran Firash sudah ada perancangan untuk mengenakan gadis itu. Gadis yang selalu terkejar-kejarkan dia. Selalu ingin diberi perhatian.

•••••

Iman membaringkan badan dia di atas katil. Penat! Itu lah dia rasa setelah seharian dia menolong Hani mengemas rumah tamu yang bersepah. Mike pula menolong mereka. Tapi menolong marahkan anak buah Firash yang pandai buat sepah tapi tak pandai kemas balik.

Matanya dipejam dan tak sampai sesaat dia sudah tertidur. Tudung pula sudah dicampak entah kemana. Hanya baju-t lengan panjang dan seluar track saja yang tersarung di badan dia.

Mike memandang Hani yang menyusun majalah-majalah di atas meja. Kemudian gadis itu menyusun bantal-bantal di sofa.

"Rehatlah Hani. One day, you work" tegur Mike perlahan. Kasihan dia melihat Hani.

"Sikit saja lagi. Kejap lagi saya rehat" balas Hani.

Firash masuk ke dalam rumahnya dengan wajah kepenatan. Mana tak penatnya berapa jam dia memusing Pavillion bersama Melinda. Dia dia habis begitu saja dengan barang-barang berjenama.

"Hani...Mike" tegur Firash. Mereka berdua memandang bos mereka yang baru masuk itu.

"Esok tak payah datang sini. Aku bagi korang 3 hari cuti"

Tercengang mereka mendengar arahan itu. Tapi satu senyuman tersungging di bibir Mike. Dapat lah dia meluangkan masa bersama Hani kesayangan dia.

Firash terus naik ke tingkat atas tapi dia bukan menuju ke bilik. Bilik yang menempatkan Iman dituju olehnya. Tombol pintu dipulas dan dibuka. Kemudian ditutup kembali dan dikunci dari dalam.

Firash melihat wajah comel Iman yang terlena itu. Kot di badan tegapnya dibuang dan dicampak ke atas lantai. Baju kemeja di buka dan hanya meninggalkan singlet hitam di tubuhnya.

Badan dia dilambungkan di sebelah Iman. Tubuh Iman ditarik rapat ke badan dia. Terasa lekukan badan Iman saat itu.

"My angel..." bisiknya lembut.

Dahi Iman dikucup lama sebelum matanya dipejam rapat. Terasa dunia milik dia pada saat itu. Adanya Iman Aulia disisi mampu membuatkan dirinya bahagia.

DANGEROUS LOVE | DITERBITKAN | ARS •2•Where stories live. Discover now