DL - 10

46K 1.9K 69
                                    

Melinda memandang lelaki di hadapan dia dengan riak terkejut. Selama ini lelaki ini hanya berpura-pura saja? Lelaki ini pembunuh? Seorang pembunuh!

"Mesti kau anggap aku ni pembunuh kan? Tchh...kau silap!" Firash mencengkam rahang Melinda.

Wanita itu sudah menitiskan airmata dia. Berharap simpati lelaki di hadapan dia itu. Tapi sayang airmata itu tidak bernilai di mata Firash Aryan. Malah dia seronok melihat airmata yang mengalir di pipi wanita itu.

"Aku bunuh orang bukan suka-suka tapi bersebab. Kau tahu apa salah kau? Hmm..."

Melinda mengelengkan kepalanya. Firash melepaskan cengkaman dia perlahan. Dia menghampiri keretanya. Satu kertas yang sudah di cetak olehnya diambil. Kemudian kertas itu diberikan kepada Melinda.

Mereka sekarang berada di hutan. Tiada jalan keluar. Kerana sudah dikepung oleh orang-orang Firash. Melinda membaca kertas itu. Menggigil badan dia. Macam mana dia tahu?

"Account aku ada orang jaga. Jadi apa yang kau buat, apa yang kau beli dan apa yang kau belanja semuanya aku tahu. Jadi silap besar kalau kau nak habiskan duit aku. Sebab kad aku tu bukan sebarangan kad" Firash membuka bonet keretanya.

Beg hitam di keluarkan lalu dihempas ke atas tanah. Dia duduk mencangkung dan beg itu dibuka. Satu peralatan di bawa keluar. Melinda yang melihat sudah pucat wajahnya.

"Kau tahu ni apa?" Firash menunjuk ke arah gunting besi. Tajamnya dia saja tahu. Orang-orang dia hanya buat muka biasa saja. Mereka sudah lali.

"Ni gunting..." Firash terhenti seketika. Dia tersengih melihat wajah pucat tak berdarah Melinda itu.

"...dan aku nak..." Firash mengenggam erat tangan Melinda. Gadis itu meronta-ronta. Tapi kerana terkena tamparan padu Firash dia terus terhenti. Hanya esakan saja kedengaran.

Tangan kanan Melinda di pegang. Lalu jari-jari Melinda digunting. Meraung Melinda menahan kesakitan. Mengeletar badan dia melihat kelima jarinya dipotong oleh Firash.

"Ni semua tangan kau ni gatal sangat ambil duit aku. Kalau kau nak tahu aku benci perempuan penipu. Jadi memang kau patut kena..." jari-jari Melinda di kutipnya.

Kemudian dia memandang Melinda yang nampak takut itu. Lagi membuatkan dia bertambah teruja.

"...dan malangnya boy kau tu memang musuh aku. Musuh abadi aku. Kau dah bagi duit aku pada dia dan ini bermakna kau bersubahat dengannya" bisik Firash perlahan.

Wajah dia terus bertukar bengis. Musuh lama dia kini kembali. Tak bermakna dia diam dia tak tahu apa-apa. Dia mengambil peralatan lain dalam beg hitam itu. Pistol Beretta 92 diambil. Pistol kesayangan dia.

Pistol itu diacukan ke dahi Melinda. Melinda memandang Firash lama.

"Any last words, dear?" Firash memandang Melinda. Tak lama lagi.

"Forgive me..." ujar Melinda perlahan.

"As you wish..." dia tersenyum nipis.

BANG!

Berlubang dahi Melinda akibat tembakan itu. Badan dia terkulai lemah. Dada dia yang tadinya berombak-ombak kini statik. Tak bergerak. Firash pandang orang-orang dia.

"Bersihkan..." arahan dia hanya dibalas dengan anggukan.

Firash menyisip pistol ke pinggang dia. Beg hitam itu dicapai dan dimasukkan kembali ke dalam keretanya. Dia pandang orang-orang dia yang membuat kerja. Kemudian dia masuk ke dalam kereta. Kereta dipandu meninggalkan kawasan itu.

••••••

"Iman sayang...bila besar nanti nak jadi apa?"

Iman yang sedang berbaring di ribaan itu dia itu sudah tersenyum. Dia ada satu cita-cita. Yang penting bila besar nanti dia nak capai cita-cita dia.

"Iman nak jadi peguam ibu! Iman nak lawan kejahatan. Iman nak tegakkan keadilan" katanya bersungguh-sungguh.

Ibunya hanya tersenyum. Rambut Iman dimainkan. Ayahnya sudah tiada. Terselit rasa sedih di hatinya.

"Kalau anak ibu nak jadi peguam, anak ibu kenalah belajar. Belajar rajin-rajin. Biar masuk U. Iman anak ibu bijak kan?" Ujar ibunya.

Iman mengangguk. Dia yang berusia enam tahun pada masa itu hanya mendengar saja kata-kata ibunya.

Kenangan lalu membuatkan Iman Aulia terasa dirinya tidak berguna. Cita-cita dia hanyalah angan-angan saja. Dia mungkir janjinya pada si ibu.

"Maafkan Iman bu. Iman gagal lagi. Iman bodoh! Iman tak mampu capai cita-cita sendiri. Iman..." tangisan dia pecah.

Wajah ibunya mula terbayang. Senyuman ibu dia membuatkan dia terkenang. Kata-kata ibunya membuatkan dia bersemgat. Tapi kini...

Dia hanya lah insan lemah. Insan yang tak punya apa-apa. Dia gagal! Gagal menjadi anak ibu yang terbaik! Dia berasa berdosa! Berdosa pada ibunya...

Iman Aulia tidak lah sekuat mana. Hanya gadis biasa yang memiliki banyak kelemahan. Tak sepandai rakan-rakannya. Berkat usahanya dia mampu mencapai hasrat ibunya. Tapi sayang...

Hanya sekerat jalan. Kerana kesempitan duit dia berhenti. Tapi malang tidak berbau apabila dia menjadi anak ayam kepada Faizal. Lelaki paling dayus padanya. Dia memerlukan seseorang.

Seseorang yang mampu melindungi dirinya. Seseorang yang mampu menjaganya. Seseorang yang mampu memberikan kasih sayang kepadanya.

DANGEROUS LOVE | DITERBITKAN | ARS •2•Where stories live. Discover now