• Part XX •

12.6K 732 72
                                    

Emma masuk ke ruangan pejabat Tengku Shamri apabila dia dipanggil. Tengku Shamri seperti biasanya sedang menikmati secawan teh sambil merehatkan dirinya.

“Professor panggil saya ke?” Soal Emma dengan dingin.

“Duduk.” Arah Tengku Shamri.

Emma akur dengan arahan Tengku Shamri kerana pada masa itu, dia merupakan pekerja dan Tengku Shamri merupakan majikannya. Tengku Shamri menawarkan secawan teh kepada Emma tetapi Emma menolak dengan sopan tetapi dingin.

“Kau tak nak tahu ke kenapa Iz tinggalkan kau?” Soal Tengku Shamri lalu menghirup tehnya.

Riak wajah Emma berubah serta-merta, “Isn't it obvious?” Balas Emma dengan sinis.

Tengku Shamri tertawa, “Pada mulanya, aku fikir Iz tinggalkan kau disebabkan harta. Sama macam yang kau fikirkan.” Tengku Shamri memulakan bicara. “Tapi dia tinggalkan kau bukan sebab harta. Kau tak nak tahu ke apa sebabnya?”

Fikiran Emma dipenuhi dengan semua yang berkemungkinan menjadi penyebab Iz meninggalkannya. Namun, satu pun tidak masuk akal baginya.

“Tengku nak bagitahu saya ke apa sebabnya?” Soal Emma dengan nada yang sama.

Tengku Shamri tertawa sekali lagi, “Where's the fun in that?” Soalnya.

Emma bangun dari duduknya, “Well, kalau Tengku don't have intention in telling me, saya rasa membuang masa je kalau saya kat sini.” Ujar Emma.

Dia berpaling untuk meninggalkan ruangan pejabat itu tetapi langkahnya terhenti apabila Tengku Shamri mengeluarkan suara.

Kalau kau nak tahu, “come to my house this Saturday.” Beritahu Tengku Shamri. “Aku ada kejutan untuk kau.”

Emma meneruskan langkahnya keluar dari situ.

•●•●•●•

Emma keluar dari perut teksi.  Dia kemudiannya masuk ke dalam bangunan hotel lima Bintang di hadapannya. Dia disambut oleh seorang yang memakai baju seragam hotel tersebut.

“Good evening, Miss.” Ucap penyambut tetamu tersebut.

“I'm here to see Tengku Shamri.” Balas Emma sambil menanggalkan cermin mata hitamnya. Bibirnya mengukirkan senyuman.

“This way, please.”

Emma mengikuti penyambut tetamu tersebut yang membawanya ke restoran lima bintang yang terdapat di hotel tersebut. Emma berhenti di hadapan sebuah meja. Tengku Shamri dan seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 40an duduk di meja tersebut.

Emma sempat menghadiahkan ucapan terima kasih kepada penyambut tetamu tersebut sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Dia duduk di sebelah wanita tersebut.

“Kenapa Tengku tiba-tiba change location? I thought we're having this discussion alone in your mansion.” Ujar Emma dengan dingin. Dia tidak senang dengan kehadiran wanita tersebut yang digelarnya sebagai ibu tiri.

“Let's talk about this once your step-brother's here.” Ujar Tengku Shamri.

Emma tidak menyangka akan hal itu, “My step-brother?”

Bagaikan masin mulut Tengku Shamri, lelaki yang bergelar abang tiri kepada Emma itu tiba di meja mereka. Dia duduk berhadapan dengan Emma.

“Sorry I'm late.”

Emma duduk mencangkung sambil menangis teresak-esak. Bagi seorang gadis kecil yang berumur sembilan tahun, dia terlalu muda untuk memahami semua yang terjadi.

Surgeon In LoveWhere stories live. Discover now