• Part LV •

10.3K 473 13
                                    

Afaaf membuka perlahan kelopak matanya. Perkara pertama yang dilihatnya iala sebuah figura. Walaupun penglihatannya kabur, dia dapat mengagak bahawa figura tersebut adalah milik seorang lelaki.

Lelaki misteri tersebut berpaling dan buat seketika dia memandang Afaaf dengan pegun. Selang beberapa saat, lelaki misteri tersebut berlari mendapat Afaaf. Lelaki tersebut mengatakan sesuatu kepadanya tetapi dia tidak mendengar apa-apa.

Terasa bagaikan dia sudah kehilang penglihatannya dan juga pendengarannya. Afaaf mengerdipkan matanya beberapa kali dan akhirnya penglihatannya kembali semula. Dia memerhatikan sekelilingnya. Semua putih dan kelihatan tidak bermaya.

Afaaf dapat mendengar nafas yang dihembuskannya ke dalam alat pernafasan yang disambungkan pada mulut dan hidungnya. Bunyi heart beat monitor juga memenuhi ruang bilik tersebut. Akhirnya, mata Afaaf jatuh pada figura misteri tadi.

“Dr. Dylan?” Sebut Afaaf, suaranya kedengaran tidak bermaya sama sekali. “Doktor buat apa kat sini?” Soal Afaaf.

“Saya—”

Belum sempat Dylan menghabiskan kata-katanya, Haziq menerobos masuk ke dalam wad tersebut. Dia segera menghampiri Afaaf. Tangan Afaaf diambil lalu digenggamnya erat.

“Awak okay?” Soal Haziq dengan nada yang risau.

Afaaf menarik semula tangannya. “Awak siapa?” Soal Afaaf, dahinya berkerut seribu.

Dylan dan Haziq bertukar pandangan. Haziq dapat merasa apa yang ditakutkannya selama ini akan berlaku. Dia amat takut jika Afaaf melupakannya dan melihat pada keadaan Afaaf ketika itu, Haziq benar-benar ketakutan.

“Awak ingat nama awak siapa? Umur awak? Siapa saya?” Dylan menyoal Afaaf bertubi-tubi.

Afaaf berfikir sejenak. “Nama saya Afaaf Anan. Umur saya 24 tahun.” Beritahunya. “Dylan Fazley. Doktor ni suami Emma.” Tambahnya lagi, keningnya dikerutkan.

Dylan menarik nafas dengan dalam lalu menudingkan jari telunjuknya pada Haziq. “Awak ingat dia siapa?” Soal Dylan.

Afaaf meneliti wajah Haziq yang kelihatannya amat berharap agar Afaaf mengingatinya itu. Afaaf tertunduk setelah seketika. Dia menggelengkan kepalanya. Entah mengapa dia rasa bersalah apabila dia tidak dapat mengingati siapa lelaki di hadapannya.

Haziq kini mengerti apa yang dimaksudkan oleh doktor yang merawat Afaaf. Gangguan memori. Semua memori tentangnya telah dilupakan oleh Afaaf. Ketakutannya akhirnya muncul jua dalam dunia realitinya.

•●•●•●•

Emma duduk berhadapan dengan doktor peribadi yang merawat Tengku Shamri itu. Seorang pembantu rumah meletakkan sebuah dulang berisi teko teh, dua buah cawan dan makanan ringan pada meja kopi di hadapan mereka.

“Apa yang doktor nak bincangkan dengan saya?” Soal Emma kepada doktor di hadapannya itu.

Doktor tersebut mengeluh kecil, “Saya dah jumpa doktor yang kemungkinan besar boleh menyelamatkan Tengku Shamri. He's a foreigner and dia pernah buat pembedahan ke atas pesakit yang mempunyai kondisi yang sama seperti Tengku Shamri dan tiga daripada lima pesakit tersebut berjaya diselamatkan.” Jelas doktor tersebut dengan nada yang serius.

Emma mengucapkan lafaz syukur. “Bila kita boleh jumpa doktor tu?” Soal Emma segera.

“That's the problem. Doktor tu kat Amsterdam and—”

“Amsterdam?” Cantas Emma. “Let's do it.” Balasnya.

“Puan Emma. Kos pembedahan tu agak tinggi—”

“Saya tak kisah berapa sekalipun saya kena bayar. Saya cuma nak ayah saya selamat and I'll do everything—I literally mean everything to save him!” Emma menunjukkan betapa nekadnya dia.

Doktor di hadapannya menganggukkan kepalanya, tanda akur dan faham.

•●•●•●•

“Excuse me, pesakit yang bernama Afaaf Anan takde dalam bilik dia. Dia kat mana?” Soal Afaaf kepada jururawat di situ.

“Oh, Cik Afaaf ada kat taman.” Beritahu jururawat tersebut.

“Oh. Terima kasih.” Ucap Emma.

Dia menaiki semula lif lalu menekan butang G yang akan membawanya kembali ke lobi utama hospital tersebut. Setelah pintu lif terbuka semula, Emma melangkah keluar dan berjalan menuju ke pintu keluar hospital.

Emma berjalan ke arah taman yang disediakan khas untuk pengunjung dan pesakit di hospital itu sekiranya mereka hendak bersenam ataupun sekadar menenangkan fikiran.

Emma serta-merta dapat menangkap kelibat Haziq dan Afaaf yang sedang duduk pada bangku taman. Mereka kelihatannya sedang berbual tentang sesuatu. Emma mengatur langkahnya ke arah mereka berdua.

“Emma.” Ucap Haziq setelah melihat Emma yang berjalan ke arah mereka.

“Boleh saya duduk?” Soal Emma kepada mereka berdua.

Haziq mengerling ke arah Afaaf lalu melihat semula ke arah Emma kemudian mengangguk. “Korang boraklah dulu, saya nak pergi main dengan budak-budak tu.” Beritahu Haziq sambil menudingkan jarinya ke arah sekumpulan anak kecil yang sedang bermain bola.

Haziq sempat menghadiahkan senyuman kepada Afaaf sebelum berlalu pergi. Emma perlahan-lahan duduk di sebelah Afaaf. Mereka berdua berdiam diri.

“Emma, aku nak minta maaf.” Ujar Afaaf, memecahkan kesunyian di antara mereka berdua. “Aku tahu sebelum aku kemalangan, kita berdua ada bergaduh but I can't seem to recall punca kita bergaduh. But I know, it's totally my fault so aku betul-betul nak minta maaf kat kau.” Tambahnya lagi dengan perasaan serba salah.

Emma mengukirkan senyuman kecil lalu dia menggenggam kedua-dua tangan Afaaf, “Aku pun nak minta maaf juga sebab tak lawat kau awal-awal lagi. Aku takut kalau kau tak nak jumpa aku. Aku minta maaf, okay?” Ujar Emma pula. Afaaf mengangguk sambil mengukirkan senyuman. “Kau—dah ingat semua pasal Haziq?” Soal Emma pula.

Afaaf menggelengkan kepalanya, “Aku masih tertanya kenapa Haziq je yang aku lupakan? Dia siapa sebenarnya?” Soal Afaaf kepada Emma.

Emma menunduk lalu menarik nafas dengan dalam, “Sebelum kemalangan tu, kau dengan Haziq bergaduh about a thoracic surgeon, Danielle. So korang sort of end relationship korang.” Jelas Emma.

“Relationship? Maksud kau—aku dan Haziq?” Soal Afaaf diikuti dengan anggukan daripada Emma. “Kenapa dia tak bagitahu aku? Kenapa dia tak cuba untuk ingatkan aku semula?” Soal Afaaf.

Emma menjongket bahu. “Kau tak ingat dia, so kenapa kau bagi dia stay kat sisi kau sedangkan kau tak kenal dia?” Soal Emma pula.

Afaaf memandang Haziq yang sedang bermain bola bersama kanak-kanak di situ. Tanpa menyedari, bibirnya mengukirkan senyuman. Emma yang melihat akan hal itu turut tersenyum.

“Aku pun tak tahu.” Balas Afaaf. “Even aku tak kenal dia macam dulu, dia masih lagi nak stay dengan aku. Care pasal aku and bila aku dengan dia, aku langsung tak rasa janggal or awkward. It's like there's a part of me, deep down inside yang masih ingat kat dia—and aku tak nak kehilangan dia buat kali kedua.”

Emma mengangguk faham. “Aku nak kena berangkat pergi Amsterdam esok untuk pembedahan ayah aku.” Beritahu Emma, dia tertunduk.

“Haziq ada cerita kat kau pasal Tengku Shamri. I'm so sorry.” Kata Afaaf dengan pandangan simpati. “Haziq pun ada cerita yang Iz ada kat Amsterdam. Kau rasa kau boleh jumpa dia ke?” Soal Afaaf pula.

“I hope so.” Emma mengeluh kecil.

•●•●•●•

Um hai? 😂 I'm so sorry fr the late update. it's not that I'm very busy tapi idea takde 😂 maklumlah, citer ni pun nak smpai ending so idea mmng brkurang. hope you guys understand it ☺

Surgeon In LoveWhere stories live. Discover now