FOUR

1.9K 142 8
                                    

Bunyi tapak kasut adidas berwarna putih milik seorang pelajar kedengaran di koridor yang sunyi.

Kelas telah bermula,pelajar-pelajar pun telah memasuki ke kelas masing-masing.

Hanya seorang sahaja yang belum masuk ke dalam kelas,

Jeon Jungkook.

Sudah jadi rutin harian Jungkook untuk datang ke sekolah lewat. Cikgu-cikgu di sekolah tersebut sudah masak dengan perangai malas dan sikap sambil lewa budak lelaki itu.

Semua jenis denda cikgu dah bagi,

Kelas tahanan? √

Cuci tandas √

Tulis karangan panjang gila bab- √

Kena basuh dengan guru besar √

Semua tu sudah Jungkook kena dengan cikgu-cikgu kat sini. Setakat denda-denda macam tu, alah apa sangat la untuk Jungkook.

Kelas tahanan? Seronok la si anak teruna tu, boleh tidur dalam kelas tahanan. Cikgu yang jaga kelas tu bukannya rajin sangat nak tunggu Jungkook sorang.

Lagipun sekolah ni ada banyak pelajar dan sekarang sekolah sudah kekurangan cikgu.

Cuci tandas? Jungkook adalah anak kesayangan mak cik cleaner dekat sekolah tu. Perangai teruk-teruk pun orang sayang tau!

Jadi,Jungkook akan dikasihani oleh mak cik kat situ. Terlepas la dia dari cuci tandas.

Tulis karangan? Paper karangan bersepah A. Setakat karangan kelas tahanan,kacang je!

Kena basuh dengan guru besar? Tuan dan puan sekalian,guru besar sekolah tersebut adalah Bapa kandung Jungkook.

Kau rasa?





Krikkkkk!!!!



Bunyi pintu kelas bahasa inggeris
ditolak oleh Jungkook. Kelas yang tadi bising dengan suara Miss Aly berceramah terus bertukar menjadi senyap.

Semua memandang Jungkook yang tersandar di pintu kelas dengan muka ada aku kisah?

"Hah yang kamu berdiri kat situ apahal? Duduk tempat kamu sekarang!" Jerit Miss Aly,kecik besar kecik besar sahaja Jungkook di matanya.

Miss Aly melontarkan jelingan yang padu kepada budak lelaki itu. Nasib cikgu bahasa inggeris mereka berkaca mata kalau tidak Jungkook dah boleh mati akibat jelingan padu cikgunya.

Jungkook memandang Miss Aly dengan muka tiada perasaan untuk beberapa saat dan melangkah ke tempat duduknya.

Sesi belajar berlangsung selama beberapa minit sebelum guru besar memasuki kelas mereka dengan seorang budak lelaki.

Miss Aly menyuruh mereka semua memberi salam kepada guru besar.

Jungkook yang tadi hampir tertidur akibat kebosanan terus terbangun apabila pelajar lain memberi salam kepada guru besar.

Matanya yang layu tadi,sekarang sudah terbeliak apabila matanya melihat seorang budak lelaki misteri yang berdiri di belakang guru besar.

"Miss Aly,ini Kim Taehyung daripada Thompson High School" Guru besar memperkenalkan budak baru tersebut kepada Miss Aly.

"Wah! Thompson High School,mesti budak pandai kan?" Miss Aly memuji Taehyung yang menunduk malu.

"Saya keluar dulu la ya,pandai-pandai la awak uruskan" kata guru besar lalu keluar dari kelas.




_______________

berhenti kat sini sat penat siak

sᴏᴜʟᴍᴀᴛᴇ ×Where stories live. Discover now