[ 3 ]

1.4K 50 2
                                    

🦋Image: Cathryn Helena // Qayla Adrianna🦋

Cathryn tersedar mengejut setelah merasakan suara Puan Sri Arina yang cuba mengejutkan dirinya dari lena.

Dia bangun terduduk, perlahan air matanya menitik.

Rindunya pada arwah tidak tertanggung. Kenapalah dia perlu menanggung semua ini pada usianya yang masih muda.

Panggilan telefon daripada Aunty Mary menyentakkannya.

Letih punya pasal dia terlupa untuk memaklumkan kepada Aunty Mary bahawa dia selamat tiba di Malaysia beberapa jam yang lalu.

Hampir 4 hari menempah di suite mewah itu, Cathryn memutuskan untuk mencari rumah sewa untuk didiami sepanjang keberadaannya di Malaysia.

Demi menyempurnakan penyamarannya, dia tidak boleh berlama di suite itu nanti lain pula jadinya. Dia perlu segera meneruskan misi utamanya.

Nasib menyebelahi Cathryn apabila dia menemui rumah sewa yang sederhana selasa yang terletak di kawasan Taman Mawar di tengah tengah ibu kota itu.

Di rumah itu ada 3 orang lagi penghuni, jadi tidaklah Cathryn takut untuk bersendirian. Lumayan untuk dia tinggal sementara mencari pekerjaan yang sesuai.

"Nampaknya aku dah tak boleh buang masa, aku kena start cari kerja. Kalau lagi lama aku buang masa, lagi lambat aku nak bongkarkan segalanya" desis Cathryn.

Baru sahaja merebahkan badan di atas katil di rumah sewa barunya itu, tiba tiba iphone 12 nya berdering meminta diangkat.

Tertera nombor yang tidak dikenali pada skrin iphone nya itu.

Berkerut dahi Cathryn memandang skrin itu sebelum mengangkatnya. Awalnya dia teragak agak untuk menjawab, tapi otaknya meyuruh untuk menjawab panggilan itu.

"Hello Cath, Aunty Liza ni. Esok free tak?"

"Ouh Aunty Liza, ada apa aunty? Setakat ni free je aunty"

"Baguslah kalau macam tu, aunty ingat nak ajak Cath datang rumah esok"

"InshaAllah boleh aunty, nanti Aunty bagi location"

"Boleh kejap lagi aunty bagi. Pastikan Cath datang tau, aunty nak masak sedap sedap sebagai tanda terima kasih sebab dah tolong aunty haritu"

"Buat susah susah je aunty, Cath bukan tolong apa sangat pun"

"Tak susah pun, sayang oi. Apa pun aunty tetap bersyukur sebab Allah dah temukan kita. Kalau tak sebab Cath, tak tahu lah apa yang jadi dekat aunty haritu"

"Cath pun bersyukur sebab dapat kenal aunty. Esok kita jumpa tau, Cath datang after zohor macam boleh aunty?"

"Boleh, sekarang zohor awal. Kira nicelah nanti Ryn sampai kita lunch terus"

Sebaik sahaja menamatkan panggilan itu, Cathryn termenung ke arah siling biliknya.

Bila terfikir wajah Aunty Liza, dia teringat akan arwah mummynya. Tak semena mena hatinya dirundung sebak.

✨✨✨

Esoknya...

Seperti yang dijanjikan, Cathryn bersiap awal untuk pergi ke rumah Tengku Eliza.

[EDITED] HANYA KERANA DIAWhere stories live. Discover now