[ 28 ]

923 32 1
                                    

Tengku Edriz memperhatikan Cathryn yang khusyuk membaca novel diatas katil. Semangnya hampir 100% persamaan Cathryn dengan gambar kekasih arwah Tengku Ezrakil.

Cathryn sedikit terkejut apabila menyedari bahawa dirinya diperhatikan. Lantas novel yang dibaca nya ditutup dan diletakkan di atas meja.

"Awak okay ke tak ni? Kenapa tengok saya macam tu?"

"Okay, saya cuma nak tengok muka awak puas puas"

"Aw..awak ni dah kenapa? Jangan macam macam eh" ujar Cathryn tersekat sekat.

"Helena, awak ada kembar ke?" soalan yang terpacul dari mulut Tengku Edriz itu sememangnya agak mengejutkan Cathryn. Bimbang jika Tengku Edriz mengesyaki sesuatu.

"Takda, saya anak tunggal lah. Kenapa awak tanya saya tiba tiba macam ni? Is it something bother you inside?"

"Nothing, just asking"

" But why awak nampak macam curious sangat?"

"Mana ada, saya biasa biasa je ni. Helena, jom"

"Jom nak pergi mana?"

"Saya dah bersedia ni"

"Yelah bersedia pergi mana?" Cathryn masih blur.

"Saya dah bersedia nak tunaikan tanggungjawab, kalau saya mintak sekarang boleh?"

"Ap...apa yang awak mintak ni Ayden? Sa..saya mintak maaf tapi saya tak mampu nak bagi.."ucap Cathryn gagap gagap.

"Tak mampu bagi apa? Saya ajak awak untuk tunaikan tanggungjawab nak solat maghrib sama sama. Apa yang awak fikir ni hmm?" Soal Tengku Edriz sengaja ingin mengusik Cathryn. Hampir sahaja dia tergelak melihat reaksi Cathryn sebentar tadi.

Cathryn mengetap bibir menahan malu, nampaknya dia dah terlebih jauh berfikir.

"HMMM MALUUUUUU🙂😭😭😭" desis Cathryn.

✨✨✨

"Aunty, apa yang dah jadi dengan uncle?" soal Bella sebaik sahaja tiba di rumah mak sedaranya.

"Aunty tak tahu Bella, tiba tiba je polis datang terus bawak uncle" rintih Datin Rafida.

"I'm sorry to hear that, sorry Bella ada hal semalam tak sempat nak datang. Banyak benda nak handle sebab Bella baru je balik Malaysia"

"It's okay Bella Aunty faham, apa yang penting sekarang kita kena ikat jamin uncle. Aunty tak sanggup nak biarkan uncle kat penjara"

"Bella faham aunty, nanti kita usahakan sama sama eh. Aunty dah bagitahu Raifal, Raiqal dengan Raziq ke pasal ni?"

"Aunty dah bagitahu. Raifal je yang susah payah nak tolong uruskan pasal uncle. Raiqal dengan Raziq macam tak nak kisah sangat, sebab mereka gaduh besar dengan uncle. Dah berbuih mulut aunty suruh balik Malaysia, tapi mereka tak amik kisah sangat"

"Lah kenapa Qal dengan Ziq tak balik, takpalah kalau macam tu malam ni Bella teman aunty"

"Terima kasih Bella, aunty dah serabut sangat sekarang ni. Semua jadi serba tak kena. Tadi aunty ada call polis, tapi buat masa sekarang ni dia tak bagi kita jumpa dengan uncle sebab kes yang uncle terlibat ni kes besar"

[EDITED] HANYA KERANA DIAWhere stories live. Discover now