[ 16 ]

1.1K 35 1
                                    

Cathryn termenung sendirian di tepi pantai, entah kenapa kakinya membawanya ke situ, di kawasan yang sedikit tersembunyi dari kerumunan orang ramai.

Waktu sudah menginjak senja, Cathryn ternampak kedua orang tuanya sedang berdiri tersenyum manis disana. Tanpa memikir panjang Cathryn melangkah menuju ke arah persisiran pantai

"Mummy..daddy..."

"Helena!"

Cathryn kaget, apabila tangannya tiba tiba ditarik. Wajahnya dipalingkan ke arah empunya suara.

"Awak buat apa kat sini sorang sorang?"

"Saya cuma...." percakapan Cathryn tergantung, wajahnya dipalingkan kembali ke arah pantai namun tiada lagi sosok tubuh orang tuanya.

"Cuma apa? Bahaya tahu tak, awak sorang sorang kat sini waktu macam ni. Nasib baik saya nampak awak"

"Kenapa Tengku cari saya? Kita dah nak balik ke?"

"Yup kita dah nak balik. Jom lah"

"Amboi pengantin baru ni tak boleh berenggang sikit pun eh" usik Adhia apabila melihat kelibat abang dan kakak iparnya berjalan menuju ke arahnya.

"Dengki lah tu sebab dia takda partner" sakat Tengku Edriz.

"Diam lah Abang Ed ish"

"Ed dengan Cath nak tidur dekat resort ke nak balik rumah malam ni?" soal Tengku Eliza yang baru muncul.

"Ingatkan nak balik penthouse bonda"

"Larat ke nak drive balik? Kenapa tak stay je dekat sini? Muka tu dah penat sangat bonda tengok"

"Larat je bonda, lagipun penthouse Ed 15 minit je dari sini"

"Kalau macam tu kamu berdua balik lah dulu, balik rest. Nanti selebihnya biar bonda dengan walid uruskan kat sini"

"Okay bonda, kalau macam tu kami mintak diri dulu" jawab Tengku Edriz dan Cathryn Helena.

"Tengku boleh tak kita singgah rumah sewa saya dulu? Sebab saya nak amik baju baju saya" soal Cathryn sebaik menaiki kereta.

"Sure, untuk malam ni awak amik dulu barang apa yang patut. Nanti esok atau lusa kita datang balik untuk amik segala barangan awak boleh?"

"Alright" putus Cathryn.

✨✨✨

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam penthouse milik Tengku Edriz itu, Cathryn sedikit terpegun dengan dekorasi rumah itu. Sepertinya rumah itu dijaga penuh rapi.

 Sepertinya rumah itu dijaga penuh rapi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[EDITED] HANYA KERANA DIAWhere stories live. Discover now