17

78 21 36
                                    

Lokasi: Ruang Makan Utama, Rumah Agam Miss Belle.
Masa: 9:15 malam.

Ruang makanan yang sebesar dewan sekolah membuatkan semua yang melihatnya terpana. Lampu neon yang berantai diikat menjalur di sekeliling dewan memeriahkan keadaan. Susunan flora palsu membuatkan terbitnya rasa keindahan alam semula jadi. Dan di sini, beberapa buah meja dan kerusi kayu antik bermotif batik menjadi peneman seri suasana. Aku sendiri terpegun dengan kesungguhan mereka menghias.

Kebiasaannya, makanan akan dihantar ke bilik masing-masing namun tidak kali ini. Sebagai tanda terima kasih para pekerja kepada tetamu, mereka mengadakan jamuan besar-besaran khasnya di ruang makan utama.

Penemuan mayat Bella dirahsiakan oleh kami dari pengetahuan umum. Bukan mudah untuk membuat riak muka gembira terutama bagi insan yang bernama Ken walau Aku sedaya upaya memujuknya.

Mayat Bella telah kami kambus semula...
Masih ada misteri yang aneh mengenai keadaan mayat.
Bagaimana tangannya hilang?
Siapa yang lakukan?
Adakah pembunuh yang sama?
Tapi kenapa Bella?
Apa kena mengena dia dengan semua ini?

Ken hanya berkurung di dalam bilik. Keadaan ini agak merisaukan aku. Kadang-kadang Aku tidak faham hubungan antara Ken dan Bella. Seperti mereka berdua menyimpan rahsia yang besar dariku.

"Eh. Mana Ken?" Soal Akira.

"Dia penat. Baru lepas main sorok-sorok tadi. "Balas Ril.

"Hmm.. hei.. nama kau siapa eh? Aku Auf. " tanyaku kepada insan yang baru dikenali. Dari riak mukanya kelihatan seakan trauma. Badannya yang berbalut membuatkan aku terfikir mungkin dia alami kemalangan. Syukurlah dia selamat...

"Aku Akid... " balas remaja lelaki itu.

Aku melihat terdapat dua tetamu lain. Dari gaya mereka nampaknya kurang mesra dengan orang lain kerana kedudukan mereka makan agak tersorok.

Tap.
Bahuku disentuh seseorang.

Aku segera menoleh. Susuk tubuh yang matanya layu memandangku dengan wajah sayu.

"Kau turun jugak... dah duduk sebelah aku. Biar aku ambil makanan" ujarku lalu aku segera mengambil makanan kegemarannya iaitu nasi dicampur dengan lauk ayam masak merah. Tidak dilupakan juga jus durian belanda kesukaannya.

Aku meletakkan makanan dan minuman di hadapannya dengan penuh cermat. Permulaannya, dia bagai tiada selera namun setelah enam suapan, barulah kelajuan makannya meningkat.

"Pssst" satu bisikan terdengar di telingaku. Aku menoleh ke arah belakang.

""Sape pulak tegur aku?"" Kata kotak hatiku.

"Hai dik. Saya Arif. Nak tanya ni. Tau tak tandas kat mana? " Soal susuk tubuh 'sedang-sedang' kepadaku.

"Oh saya Auf. " Balasku lalu menunjukkan ke arah timur barat. Di situ terdapat lorong untuk ke tandas.

"Oh okay. Terima kasih" ucap Arif lalu segera ke arah tersebut.

Tanpa sebab... kenapa Aku terbau wangian seakan Bella pada lelaki tersebut?
Atau aku terlalu memikirkan pembunuh Bella?
Mungkin kerana penemuan mayatnya membuatkan aku masih terimbas masa silam bahawa Bella suka wangian Lavender.
Wahai diri.... redha lah pada takdir Ilahi.

"Huuh..." air mata jernih mula jatuh di pipi Ken sekali lagi.
Dengan segera dia menyekanya.

"Eh Ken. Kenapa ni?" Jerkah Akira perlahan sebaik terlihat kesedihan Ken semasa dia siap mengambil sepinggan ayam goreng. Habis niat makannya terbantut.

Aku mengusap kepala Ken dengan lembut bagai sentuhan kasih seorang abang. Kadang-kadang perbuatanku ini membuatkan orang menganggap aku seorang 'gay'. Astaghfirullah... masyarakat yang terlalu negatif. Sabar sajalah, lagipun mulut orang mana boleh ditutup.

Aku faham...
Ken mungkin turut terbau haruman lavender pada lelaki tadi sehingga menyebabkan dia terkenang arwah Bella.

"Tak... saya ok. Habuk je" balas Ken dengan senyuman tawar.

"Oh..baiklah. bye-bye~ Masa makan." pantas Akira membalas. Niat dihatinya untuk meratah ayam berempah ingin ditunaikan segera.

DZzzz..
Tolakan kerusi kedengaran.

"Auf, Ken... macam mana dengan kod tu. " Soal Ril perlahan sambil berdiri menuju ke arah Aku dan Ken.

Ken menghulurkan sekeping nota kepada Ril lalu dia bangkit untuk meletakkan pinggan dan gelas kotor ke dalam besen besar.

Kod palsu.
Target pembunuh adalah untuk membunuh saksi kejadian.

" heh..Tak guna... " sinis Ril.

BUNUH ✔Where stories live. Discover now