19

73 20 21
                                    

Kami bermain permainan monopoli sepanjang malam. Ken sebagai Banker kerana dia minat bab matematik, manakala Aku, Ril, Naz dan Hikaru menjadi pemain. Yang lain? 

Cik Mas dan Cik Akira bermain congkak manakala Amil, dan Akid yang tersedar dari tidur bermain catur.

Bunyi cakaran yang kami dengar rupa-rupanya hanyalah ranting akar pokok disebabkan hembusan kuat angin. Untuk memastikan perasaan takut tidak berleluasa, Ril menutup tingkap dengan langsir.

Jam menunjukkan pukul 11:58 malam.

Aku mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Kedengaran bunyi tali tergesel di luar tingkap.

PLOP!
Secara tiba-tiba lampu terpadam. Kami yang berada di dalam bilik terkaku. Penglihatan kami terbatas. Masing-masing cuba mencari antara satu sama lain untuk memastikan tiada sesiapa yang...

"AAAARRRRGHHHHH!!!!!!!!!!" Jeritan Akira kedengaran.

"Akira!!!! Kenapa ni!!!" Laungku  sambil tercari-cari kedudukannya.

Buk!
Kepalaku terhantuk seseorang.

"Woi.. Auf ke tu? " Soal seseorang yang aku kenali.

"Ken eh? Wei cepat. Aku rasa Akira tu takut gelap. " ujarku sambil memandang ke arah sekeliling.

Ktak ktak!
Tombol pintu kedengaran.

"Weii korang!! Pintu terkunci ni!!" Laung Naz. Mungkin dia berada berdekatan kawasan pintu.

"Korang jangan bergerak. Tunggu aku cari telefon pintar. Akira pulak, tolong pejam mata dan fikir benda yang melucukan. " Arah Ken.

Aku hanya mendiamkan diri. Apa yang dicadangkan Ken ada benarnya.

Menyesal juga mengumpulkan semua telefon di satu sudut supaya tidak menjadi anti sosial.
Kini, kami terperangkap dalam gelap.

"Huh! Nanti..." Mataku terpana.

"CIKK MASSSSSS TUNDUKK!!!!!!!" jeritku segera.

Shin...
ZAAAAAASSSSSSSSS!!!!!

BUK!
Kedengaran bunyi hentaman yang kuat.

PLOP!
Lampu menyala.

Kesemua yang ada diam terpaku. Masing-masing tidak menyangka dengan apa yang dilihat.

Cik Mas....
Mati dilibas sesuatu yang tajam pada lehernya.
Darah merahnya membuak-buak keluar.
Matanya yang terbungkam ditutup oleh Naz.

Akira yang baru saja membuka mata mulai pengsan.

Aku....
Aku tak percaya....

"Ini.... ini semua salah aku!!
Salah aku!! Aku nampak ade benda tajam berkilau! ... aku... aku... " Aku tidak mampu menerimanya.

Ril mendekati aku. Dia membisikkan sesuatu padaku.

"Pssst...Aku.... aku pun perasan benda tajam bersinar tu.." bisik Amil pada telingaku.

Aku merebahkan diri.

"Ini semua salah aku.." kataku sambil meraut wajah.

Tok tok tok!
Bunyi ketukan dari luar pintu.

Kreakkk..
Pintu terbuka.

"AAARRGHHHHH!!!! apa yang berlaku!!! Mas!!!!! Masss!!!!" jerit orang yang membuka pintu lalu menerpa ke arah tubuh Mas yang terkaku.

"Kita perlu hubungi polis segera!" Kata pembantu rumah itu.

"Jangan!" Bantah Hikaru. Dan semestinya Aku, Ken dan Ril dan Amil setuju dengan bantahan tersebut.

"Tapi tuan..." pembantu itu mula berkata-kata.

"Jangan... Aku dapat surat ugutan dari pembunuh dua hari lepas. Jangan cari pasal..." terang Hikaru.

"Baiklah. Saya akan uruskan mayat Cik Mas. Dan lagi satu... kenapa kalian kunci pintu dari luar bilik?" Soal Pembantu rumah itu.

"Bukan kami. Tapi ade yang kunci seseorang yang melakukannya namun identiti tidak diketahui." Balas Amil.

Pembantu rumah itu hanya mengangguk lalu dibantu oleh rakan-rakan setugas, mereka menguruskan mayat Cik Mas dengan segera.

"Hei... korang... aku rasa.. aku terlanggar lutut seseorang tadi masa gelap. Maaf tau.. mesti darah luka aku terlekat kat seluar korang.." ujar Akid.

Semua yang mendengar kata-kata Akid membisu.

"Kejap! Siapa yang tadi lutut terlanggar benda?" Soal Naz.

"Bukan aku. Aku terhantuk kepala Ken." Jawabku jujur.

"Ha ah. Aku hantuk kepala Auf tadi." Balas ken.

Melihat reaksi muka setiap orang yang menggeleng kepala, nampaknya Akid telah melanggar lutut orang lain. Yang pasti... itu lutut pembunuh.

Namun, seperti sedia maklum. Itu bukan bukti yang baik. Cuma bukti tersebut menunjukkan pembunuh mungkin bukan dikalangan kami semua. Melihat seluar masing-masing yang tiada secalit darah, maka, sangkaan kami terhadap pembunuh itu adalah orang luar lebih kuat.

BUNUH ✔Where stories live. Discover now