Bab 1: Bola Kristal

6.7K 345 25
                                    

    Aleya meletakkan kembali tin biskut itu di bawah katil bujangnya dengan perasaan hiba. Setiap kali dia melihat barang-barang milik ahli keluarganya terdahulu di dalam tin biskut tersebut, beginilah perasaannya. Meskipun sudah 7 tahun berlalu, namun kerinduan terhadap mereka tidak pernah terkubur.

    Air matanya diseka. Dia terbaring di atas katilnya yang empuk sambil melihat kipas siling yang berpusing dalam kelajuan empat. Namun fikirannya sekarang ini melayang terhadap perkara lain. Mengapa dia perlukan teruskan hidup padahal dia sudah tidak mempunyai ahli keluarga? Mengapa, dia yang harus melalui semua ini? Mengapa dia?

    Aleya tersedar daripada lamunan apabila terdengar pintu biliknya diketuk. Dia bangun sebentar dan menyahut, "masuklah, pintu tak kunci!"

    Pintu bilik dikuak. Kelihatan rakan serumahnya, iaitu Dira. Gadis kacukan cina itu tersenyum melihatnya, "kau buat apa? tidur?"

    "tak ada buat apa" balas Aleya sambil menggosok hidungnya, cuba menutup kemerahan akibat menangis tadi.

    Dira mendekatinya, lalu memberikan satu bungkusan kepada Aleya, "barang kau"

    "aku tak ada beli barang online pun?" soal Aleya pelik. Dia masih tidak menyambut bungkusan itu daripada tangan Dira.

    "tapi ini nama kau"

    Aleya mengerutkan dahinya. Akhirnya bungkusan itu bertukar tangan dengan penuh persoalan.

    "tapi yang peliknya, tak ada alamat pengirim" Dira duduk di sebelah Aleya.

    "mana kau dapat benda alah ni?"

    "aku jumpa kat depan pintu. Pelik juga aku. Entah-entah, crush kau kot yang bagi?" Dira tersengih teruja.

    "merepeklah" kata Aleya sambil membuka bungkusan itu dengan cermat.

Dia mengambil masa seketika untuk membuka. Dia boleh kerat jari kaki bahawa bukan peminatnya yang kirim seperti yang diteka oleh Dira. Perkara itu tidak akan pernah terjadi.

    Tidak lama kemudian, isi di dalam bungkusan itu sudah terjawab, namun Aleya dan Dira terdiam setelah melihat objek tersebut. Masing-masing mengerutkan dahi.

    "apa benda tu?" soal Dira sambil melihat bola kristal yang dipegang Aleya.

    Aleya meneliti bola kristal yang bersaiz bola golf tersebut. Dia memusing-musing pergelangan tangannya cuba memahami apakah objek ini.

    Namun beberapa saat kemudian, terdapat cahaya biru yang muncul daripada bola kristal tersebut. Tidak terlalu terang dan tidak terlalu malap. Cukup membuatkan ia bercahaya di celah-celah jari jemari Aleya. Dia melihat terdapat simbol nombor dua yang kelihatan pada bola kristal tersebut.

    "apa benda tu? Kenapa ada nombor dua?" soal Dira lagi tanpa berkelip.

    "ni apa pula..." Aleya melihat terdapat kad berwarna kuning dan sekeping tiket bas yang disertakan sekali. Bola kristal itu diberikan kepada Dira.

    Aleya membaca isi kandungan kad tersebut.

    Saudari Aleya Qistina Binti Rahman,

    Anda terpilih, jadi kenapa perlu berasa ragu-ragu? Hadirkan diri anda pada 26 Ogos 2017, Sabtu ini. Disertakan sekali tiket bas ke destinasi. Kami akan menjemput anda di sana.

    Gunakan peluang ini untuk mengubah persepsi anda.

    "tiket pergi mana?"

    "KL ke Perlis" kata Aleya apabila membaca destinasi pada tiket bas tersebut.

Enam TerpilihWhere stories live. Discover now