Bab 11: Sungai

2K 218 3
                                    

"kau tak nak tunggu diorang ke?" soal Zana apabila sudah setengah jam mereka berjalan tanpa Aleya, Adan, Fuad dan Hani.

"kau penat ke?" soal Ezlan tanpa memandang Zana. Pakaiannya yang koyak sudah basah sedikit akibat berpeluh.

"kita tunggu diorang lah"

Ezlan menghentikan langkahnya. Dia menoleh ke belakang dan hampa apabila tidak melihat bayang mereka yang lain. Sejujurnya, dia bengang dengan tindakan mereka yang seakan-akan tidak serius untuk situasi sebegini.

"aku rasa diorang tak jauh daripada kita" kata Zana lalu duduk bersila di atas tanah.

Ezlan mengeluh kasar dan ikut duduk di sebelah Zana.

"macam mana kalau kita tak dapat keluar daripada sini?" soal Zana tiba-tiba.

"tak payah merepek lah"

"tapi ada kemungkinan kan?"

"family kau mesti buat sesuatu untuk cari kau dan adik kau. Takkan diorang nak duduk diam je" balas Ezlan lagi.

Zana terdiam. Dia mulai rasa hiba apabila teringatkan arwah adiknya, Zati. Dia tidak sangka Zati akan pergi begitu sahaja dan terpaksa menjadi mangsa hidangan burung-burung gagak yang gila.

"sorry, aku tak bermaksud..." Ezlan mula berasa serba salah. Dia tidak patut menyebut tentang adik Zana.

"tak apa. Aku dah mula terima hakikat" jawab Zana sambil tersenyum lemah.

"aku faham perasaan kau. Aku pun ada adik perempuan juga yang lebih kurang sebaya dengan adik kau" kata Ezlan. Di dalam fikirannya terbayang wajah Erra. Dia mula rindu akan keluarganya, termasuk ayahnya.

"mesti keluarga kau tengah risaukan kau kan?"

Ezlan mengangguk perlahan.

Kemudian dia melihat keadaan sungai yang tiba-tiba berubah menjadi sangat deras. Keadaan yang sangat drastik kerana sebentar tadi sungai ini hanya berarus normal, namun sekarang sudah sebaliknya.

"kenapa dengan sungai ni?" kata Zana yang turut terkejut dengan perubahan arus sungai. Dia dan Ezlan terus berdiri dan melangkah setapak apabila paras air mulai meningkat.

Namun keadaan air yang deras dan semakin melimpah membuatkan mereka terpaksa berundur. Kelebaran sungai itu seakan-akan sudah semakin meningkat. Jelas mereka sangat terkejut dengan situasi mendadak ini.

Air sungai yang melimpah seolah-olah mengejar mereka. Semakin lama semakin laju air berwarna coklat keruh itu mengejar sehingga mereka terpaksa masuk jauh ke dalam hutan.

"lari, Zana!" arah Ezlan yang kekal mengekori di belakang. Dia menoleh sekilas. Semakin banyak air yang mengejar dan arus juga sangat deras.

Ezlan dan Zana masih kekal berlari laju dengan tiada arah tuju. Jika air sungai ini semakin melebar ke seluruh hutan, maka mereka mungkin akan mati.

"panjat pokok tu!" kata Ezlan lagi. Dia sedar apabila berurusan dengan air yang mengamuk, mereka tidak boleh terus berlari, tetapi mereka harus pergi ke tempat yang tinggi. Lebih tinggi lebih baik.

Zana terus memanjat salah satu pokok yang paling tinggi dilihatnya. Dia dan Ezlan terus memanjat pokok tersebut tanpa masalah. Apabila tiba di atas, mereka dapat melihat arus sungai berwarna coklat yang tidak berhenti berpusu-pusu masuk ke kawasan daratan.

"macam mana boleh banjir tiba-tiba?" soal Zana. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

"aku tak tahu..." jawab Ezlan yang turut tergamam.

Enam TerpilihWhere stories live. Discover now