Bab 22: Makhluk Misteri

1.8K 200 1
                                    

Keadaan hutan rimba yang gelap menyukarkan perjalanan mereka yang sedia ada sukar. Cahaya bulan tidak dapat membantu dan mereka tidak ada sumber cahaya yang lain. Kepenatan juga antara faktor untuk mereka berhenti berjalan.

Seperti biasa Ezlan menjalankan tanggungjawab yang tiada siapa arahkan, iaitu menghidupkan unggun api. Mereka yang lain pula tanpa membuang masa terus memejamkan mata untuk tidur. Tiada sesi bersembang kosong atau apa pun. Tidur terlalu berharga pada saat itu.

Pukul 2 pagi.

Dengkuran Adan berselang seli dengan bunyi cengkerik dan katak berdekatan. Seperti mempunyai perlawanan bunyi paling kuat. Markah bonus untuk Adan apabila dia mengigau kecil.

Namun dengkurannya terhenti apabila dia mula terjaga. Entah mengapa matanya terbuka luas apabila mendengar sesuatu dengusan yang ganjil. Dalam keadaan masih terbaring di atas tanah sejuk, dia melihat ke sebelah kirinya.

Dua cahaya kelihatan berada di sebelah Hani. Bukan di sebelah, tetapi mungkin di atas. Entah, tidak dapat dipastikan lagi. Cahaya itu juga bergerak-gerak ke kiri dan kanan berserta dengan dengusan yang tidak berhenti.

Adan menggosok-gosok matanya. Kali ini dia bangun untuk melihat dengan lebih jelas. Pada awalnya dahinya berkerut, namun matanya mula membulat. Cahaya itu bukan sekadar cahaya. Cahaya itu adalah sepasang mata!

"weh... weh... weh bangun weh!" Adan panik. Matanya masih merenung ke arah makhluk itu. Mereka yang lain terus terjaga dalam satu saat.

"Arghhh!" Hani menjerit sebaik sahaja dia membuka matanya. Belum sempat dia membuat apa-apa, kakinya ditarik makhluk itu tanpa belas kasihan.

"Hani!" jerit Aleya.

"what was that?!" soal Fuad, juga gelabah.

"tolong!" suara Hani kedengaran.

Tanpa membuang masa Ezlan berlari menuju ke arah Hani ditarik. Adan dan Aleya juga berlari mengekori di belakang dengan terkocoh-kocoh menggalas beg masing-masing. Keadaan kaki Fuad yang masih belum pulih menyebabkan dia tidak dapat menyaingi mereka.

Makhluk itu mengusung Hani bagaikan sebuah patung tidak bernyawa. Namun Hani masih tidak berputus asa dengan menjerit sekuat hati sehingga terkeluar anak tekak. Dia dapat melihat Ezlan yang masih mengejar dan dia sangat terdesak untuk diselamatkan.

"tolong... saya tak tahu awak haiwan atau pun tak... tapi tolong jangan apa-apa kan saya!" rayu Hani kepada makhluk tersebut, namun rayuannya tidak dihiraukan.

"Erghh!" Ezlan melontarkan badannya ke tanah dan berjaya menyambut tangan kanan Hani yag terkapai-kapai. Pegangan yang cukup kuat, tetapi sekaligus Ezlan turut ditarik bersama.

"Ezlan!" jerit Aleya apabila dia tidak dapat melihat susuk tubuh Ezlan di hadapan. Namun dia masih dapat mendengar suara Ezlan dan Hani yang mungkin kesakitan.

Adan mempercepatkan lariannya dan meninggalkan sedikit jarak daripada Aleya. Dia melihat Ezlan dan Hani sedang ditarik bersama dengan rakus.

Mujurlah disebabkan berat Ezlan dan Hani, momentum dan kelajuan makhluk itu berkurangan. Jadi, Adan dapat mengejar dan menyaingi mereka. Dengan pantas dia cuba melepaskan pegangan makhluk itu daripada kaki Hani.

Ezlan terpaksa melepaskan genggaman tangannya daripada tangan Hani, dan cuba untuk menolong Adan. Adan masih lagi bergelut.

"Arghhhh!" Hani menjerit kesakitan apabila kedua-dua lelaki itu cuba menarik kakinya serentak. Geseran bulu-bulu kasar makhluk itu pada kakinya sangat menyakitkan.

"aku tak rasa kita boleh!" kata Adan tiba-tiba.

"kita tak boleh nak biarkan je!" balas Ezlan pula.

Enam TerpilihWhere stories live. Discover now