Bab 35: Persamaan

1.4K 175 7
                                    


"kak Leya! Tolong kak! Kak!"

"Leya...!"

Aleya terjaga.

Nafasnya naik turun dan dahinya berpeluh. Episod hitam itu muncul lagi di fikirannya.

Dia cuba menenangkan dirinya. Air botol Tupperware milik Hani di sebelahnya dia teguk dengan laju. Tekaknya sangat haus seperti berhari-hari tidak minum.

Dia berhenti minum. Apabila melihat botol tersebut, dia teringat akan sesuatu. Terus dia melihat keadaan sekelilingnya.

Dia sedang berada di dalam pondok kecil yang mungkin bila-bila sahaja akan runtuh. Namun lantainya agak bersih dan pintu ditutup rapat.

Aleya bangun. Kepalanya sedikit pening, sempat dia berpaut pada dinding pondok berkayu itu. Dia menunggu selama 10 saat untuk menghilangkan peningnya.

Pintu pondok dibukanya perlahan. Dia dapat menghidu bau asap dari abu unggun api. Namun, tiada sesiapa di situ.

Ubi keledek rebus yang berada di dalam periuk dia ambil untuk makan. Perutnya meronta-ronta kerana berasa sangat lapar.

"Aleya?"

Aleya menoleh dan melihat Hani tiba dengan membawa beberapa sayuran di tangannya. Zana versi mini pula sedang duduk di bahunya.

"awak dah sedar!" Hani berlari mendapatkannya dan memeluk Aleya. Sayur pada tangannya dijatuhkan ke atas tanah.

Zana pula terpelanting, "adoi!"

"sorry-sorry Zana!" Hani ketawa kecil, namun dia menyambung memeluk Aleya.

"cukup Hani, saya tak boleh bernafas" kata Aleya menepuk-nepuk belakang Hani.

"sorry! tapi bila awak sedar? awak dah dua hari pengsan tau!" soal Hani sambil melepaskan pelukannya.

"dua hari?" kata Aleya terkejut.

"eh, Aleya?" Fuad, Ezlan dan Adan pula muncul.

"hai" Aleya tersenyum janggal, dia menyambung mengunyah ubi keledek.

"kau okay tak?" soal Fuad lalu duduk di sebelah Aleya.

"okay..." Aleya melihat tangan kiri Fuad yang berparut, "parut tu sebab aku ke?"

"eh tak ada lah..."

"sebab kau, ikan-ikan tu hampir bunuh Fuad tahu tak?" sampuk Adan. Dia meletakkan ayam yang masih bernyawa ke dalam pondok. Pintu pondok ditutup.

Aleya terkedu mendengar kata-kata Adan. Dia serba salah dengan Fuad, "aku minta maaf... dan terima kasih sebab selamatkan aku"

"bukan aku yang selamatkan kau. Kau yang selamatkan diri kau sendiri" ujar Fuad.

Kini semua mata memandang ke arah Aleya.

Aleya menelan air liurnya. Ubi keledek diletakkan ke dalam periuk kembali. Dia memandang mereka silih berganti, "korang dah tahu?"

"aku cuma bagitahu apa yang aku nampak. Selebihnya kau yang kena terangkan" kata Fuad, tenang.

"ke kau nak aku bagitahu?" soal Adan tiba-tiba, dia tersenyum.

Aleya melihat Adan, ya, cuma Adan yang tahu akan rahsianya.

"macam mana kau boleh tahu pula?" soal Ezlan kepada Adan. Akhirnya dia bersuara.

Adan hanya tersengih. Dia menepuk bahu Ezlan lembut.

"Ada sesuatu yang... lindungi aku dari bahaya" ujar Aleya perlahan. Dia cuba memberanikan diri untuk berterus-terang. Dia sedar akhirnya saat ini akan berlaku juga.

"contoh bahaya... kemalangan bas dan ikan-ikan yang serang kau?" soal Ezlan.

Aleya mengangguk, "termasuk kes kebakaran 7 tahun dulu"

"sebab tu kau sorang je yang terselamat, padahal semua ahli keluarga kau mati..." kata Ezlan.

"sepatutnya aku mati juga. Kalau tak aku takkan hidup dengan perasaan bersalah" Aleya mula menangis. Kehilangan keluarga dan hanya dia satu-satunya yang terselamat kerana ada sesuatu yang melindunginya adalah satu perkara yang sangat sukar.

Hani memeluk bahu Aleya, cuba menenangkannya.

"jadi, kita semua ada satu persamaan" kata Zana tiba-tiba.

"kecuali aku. Aku manusia yang paling normal kat sini" balas Adan sambil tersenyum.

Aleya menyeka air matanya, "kau punya paling teruk. Kau boleh baca fikiran orang lain"

Mereka semua tergamam.


🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤

"tak mungkin semua ni kebetulan" kata Ezlan sambil melihat ayam yang sedang dipanggang di atas unggun api. Buat pertama kalinya di dalam hutan ini mereka dapat makan daging.

"jadi, semua ni dah dirancang?" soal Fuad yang duduk disebelahnya.

"aku nak tanya korang something..." kata Aleya.

"apa dia?" soal Ezlan kembali.

"kenapa korang nak pergi Perlis?" soal Aleya. Dia tahu masih terdapat perkara yang belum terjawab.

Semua terdiam. Masing-masing seperti menunggu siapa yang mahu menjawab dahulu.

"aku dapat surat" jawab Zana tiba-tiba.

Pada masa itu reaksi mereka semuanya serupa. Terkejut.

"dan tiket bas ke Perlis?" soal Fuad pula.

Hani menambah, "saya dapat juga! Saya dapat surat jemputan, tiket bas dan..."

"bola kristal?" Aleya dan Ezlan menjawab serentak. Mereka memandang sesama sendiri.

Aleya bergegas membuka beg galasnya, dia mengeluarkan sesuatu yang berbentuk bulat dan bersinar, "ini ke?"

Ezlan, Adan, Fuad, Hani dan Zana membuat perkara yang sama. Masing-masing menunjukkan bola kristal yang mereka terima mungkin sebulan yang lepas.

Bola-bola kristal itu mereka kumpulkan di tengah. Setiap bola menujukkan nombor yang berbeza.

Ezlan satu, Aleya dua, Fuad tiga, Zana empat, Hani lima dan Adan enam.

"kenapa korang tak pernah cakap pasal ni?" soal Ezlan yang sememangnya sangat terkejut.

"aku tak tahu pula korang pun dapat..." kata Fuad sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"tapi, siapa yang bagi bola kristal ni? Apa yang diorang nak?" soal Hani pula.

"jadi, bas tu bukan kemalangan?" kata Zana. Dia tidak percaya adiknya telah terkorban dalam kemalangan yang mungkin sudah dirancang.

"siapa ada bawa kad jemputan tu?" soal Ezlan.

"aku ada" Aleya mengeluarkan kad yang berwarna kuning. Kad itu sudah agak lusuh kerana pernah basah. Namun tulisannya masih boleh dibaca.

Ezlan membaca isi kandungan kad tersebut dengan berbekalkan cahaya samar daripada unggun api.

Anda terpilih, jadi kenapa perlu berasa ragu-ragu? Hadirkan diri anda pada 26 Ogos 2017, Sabtu ini. Disertakan sekali tiket bas ke destinasi. Kami akan menjemput anda di sana.

Gunakan peluang ini untuk mengubah persepsi anda.

"anda terpilih?" Ezlan mengulangi ayat itu.

"jadi betul lah, persamaan kita bukan kebetulan" kata Fuad.

"apa maksud dia mengubah persepsi?" soal Adan pula.

Aleya mengigit kuku ibu jarinya, dia sedang berfikir sesuatu, "aku rasa kita ada lagi satu persamaan"

"apa dia?" soal Ezlan.

"kita semua benci dengan kebolehan kita"

Enam TerpilihWhere stories live. Discover now